Budaya yang langsung tidak menggambarkan diri mereka sebagai wakil Rakyat yang bergelar Yang Berhormat ( YB ) telah cuba untuk dipersembahkan semula didalam Dewan Parlimen pada hari Isnin 15hb. Jun semalam.
Semasa dinegeri Perak Darul Ridzuan khususnya di DUN Perak, Kelab Kumpulan Kebudayaan Pembangkang ini telah banyak kali membuat persembahan yang sangat membanggakan para peminatnya yang sudah kehilangan kawalan diri.
Kelab KKP ini pertama kali mempersembahkan sesetengah hasil kreatif mereka iaitu sewaktu Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak yang baru iaitu YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga ADUN Pangkor pada hari Jumaat 06hb. February 2009.
Antara acara yang Kelab KKP ini pamerkan pada Majlis itu ialah perarakan beramai-ramai sambil membawa kain rentang yang telah ditulis dengan kata-kata yang entah dipungut dari mana. Acara yang tidak ketinggalan untuk mereka persembahkan ialah menjunjung bendera Parti-parti seperti DAP, PAS dan PKR sambil menjerit-jerit dan berteriak kuat, menghamburkan kata-kata nista.
Ada satu persembahan yang sangat menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan juga mungkin masyarakat di negara lain yang telah mereka tonjolkan pada hari tersebut iaitu sebelum Majlis yang sebenarnya berlangsung ialah acara "berbaring diatas jalanraya" depan kereta yang membawa rombongan KDYMM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Pada rakyat Malaysia yang cintakan kesejahteraan, keharmonian serta kedamaian mungkin mengagakkan bahawa itulah kemuncaknya perbuatan melampau Pembangkang.
Namun telahan sedemikian adalah meleset apabila semalam pada pembukaan sessi kedua penggal kedua Parlimen ke 12, selesai saja Majlis Angkat Sumpah oleh Anggota Dewan Rakyat yang baru iaitu Y? Nizar Jamaludin selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang, suasana tiba-tiba menjadi kecoh.
Segalanya bermula apabila Y? Nizar 5 minit selepas dia selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, dia mengambil reben hitam yang ditulis dengan perkataan "Bubar DUN!!!" lalu mengikat atau melilit dikepala sambil berteriak "Hidup Rakyat, Bubar DUN!!!". Kelakuan yang paling tidak bersopan dan yang paling tidak bertamadun oleh Y? Nizar itu turut diikuti oleh ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang lain seperti geng Coffee Mix beliau iaitu Y? Ustaz Nga Kor Ming, Y? Ngeh Ko Ham, Y? Mahfuz Omar serta yang lain-lain lagi.
Ekoran daripada perbuatan tidak bersopan Y? Nizar serta ahli-ahli sindiket beliau itu, maka Yang DiPertua Dewan Parlimen YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menggunakan kuasa beliau meminta Y? nizar serta Nga, Ngeh, Mamfuz Omar dan rakan-rakan mereka untuk menghentikan segala perbuatan mereka yang langsung tiada terkandung didalam peraturan mesyuarat.
Y? Nizar bagaimanapun akur dengan arahan Speaker Dewan, namun geng-geng Coffee Mix Y? Nizar enggan mematuhinya serta ingkar dengan arahan daripada Speaker. Disebabkan keengganan puak-puak Y? Nizar itu menurut perintah Yang DiPertua Dewan, maka YB Tan Sri Amin telah mengambil tindakan mengusir samseng-samseng kumpulan Y? Nizar termasuk Y? Nizar sendiri ini keluar dari dalam bilik mesyuarat dan dikenakan tindakan dengan digantung dari hadir ke Dewan selama 2 hari masing-masingnya.
Tindakkan sama dikenakan terhadap Y? Nizar walaupun beliau telah menuruti arahan yang telah dikeluarkan oleh Speaker Dewan, tetapi setelah Speaker mendapati bahawa insiden itu berpunca daripada perbuatan Y? Nizar sendiri, yang mana perbuatan itu akhir telah menjadi ikut-ikutan oleh ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang lainnya.
Cuma apa yang dapat saya lihat dari perkembangan ini ialah, bila seseorang itu telah mendapat sesuatu serta sempat memilikinya, tetapi malang sekali tidak lama selepas itu benda itu terlepas dari genggamannya dan kini telah menjadi milik orang...maka perasaan sukar menerima keadaan itu akan menguasai diri. Sekiranya perasaan itu terus bersarang didalam jiwa seseorang, memang payah untuk beliau kembali kepada keadaan asal dimana beliau berada sebelum dia berada pada kedudukan sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Kita boleh mengambil contoh, seandainya ada dua insan yang tengah kemaruk bercinta tetapi tiba-tiba cinta yang telah begitu lama mereka jalinkan dengan tidak disangka-sangka telah putus kerana kecurangan pasangan. Mungkin akibatnya, pasangannya yang tertekan dengan situasi itu telah meletakkan dirinya sendiri didalam keadaan yang tidak terurus, terabai dan kemungkinan akan mengalami sakit jiwa yang teruk. Kes seperti jugalah yang banyak menyebabkan ada diantaranya telah mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat diri dengan membunuh diri. Ini tetap akan terjadi kepada mereka-mereka yang gagal untuk menerima kenyataan bahawa sesuatu itu ada yang menentukanya walaupun manusia yang merancangkannya.
Begitu juga dengan diri Y? Nizar serta rakan-rakan beliau dari DAP, PAS dan PKR yang masih tidak mampu untuk menerima kenyataan sebenar bahawa sebenarnya di negeri Perak Darul Ridzuan mereka sudah tiada harapan lagi. Mereka perlu faham dengan apa yang pernah mereka ada sebut, iaitu tentang Undang-undang Tubuh Negeri Perak...apa yang terkandung didalamnya, apa maksudnya, bagaimana untuk memahaminya serta bagaimana untuk menurutinya dan sebagainya lagi.
Apa yang paling baik atau langkah yang terbaik buat Y? Nizar serta rakan-rakan pembangkangnya buat masa ini ialah, ambil cuti rehat, pergi berubat, ambil rawatan, minta nasihat daripada pakar kaunseling yang ada di Negara ini. Bersihkan dulu diri dari segala perasaan yang kecewa, terkejut, terperanjat, trouma akibat dari peristiwa kehilangan kuasa. Apabila segalanya sudah bersih serta segar nanti, mereka ini bolehlah mulakan semula perjuangan. Mereka ini harus ingat, apabila kita membuat sesuatu benda itu untuk pertama kalinya, kebiasaannya akan tidak berjaya, jika ianya gagal kita kena selidiki dulu apa yang tak kena. Misalnya, jika kita membangun sebuah rumah, setelah siap apabila hujan turun...ianya bocor, apabila kena tiupan angin ia akan bergoyang. Jadi kita kena periksa mana puncanya bocor serta bergoyang.
Bila keadaan seperti itu berlaku kepada rumah yang kita baru bina, tidak mungkin kita hendak membakar atau merobohnya semula, sudah pasti kita akan mengambil langkah kita berehat dulu, mandi bersihkan diri supaya segar semula, makan, tidur sekejap dan lepas itu apabila kita bangun serta segalanya terasa segar maka kita pasti akan dapat ilham baru untuk membaikinya dengan perasaan yang lebih tenang dan selesa. Apabila kita melakukan pekerjaan dalam suasana yang paling tenteram, maka tidak mustahil apa saja yang kita lakukan akan mendapat hasil yang diharapkan.
Oleh itu, diharap agar Y? Nizar, Ngeh, Nga, Mahfuz serta yang lainnya...kunjungilah pusat-pusat SPA dan juga pusat khidmat nasihat atau Pusat Kaunseling yang terdapat di Malaysia ini untuk mereka ini mendapatkan rawatan fizikal dan mental atau minda. Disana terdapat ramai yang pakar dalam soal-soal kerosakkan jiwa, mental dan minda. Pakar-paka itu semua sentiasa bersedia untuk mendengar sebarang keluhan daripada para pesakitnya, oleh itu apabila pakar ini mendengar sebarang rintihan serta keluhan pesakitnya maka secara pintas mereka akan mengetahui dari mana punca penyakit yang menyerang pelanggan mereka. Jadi harapan saya kepada mereka ini...selamat mencuba, jangan malu untuk kesitu...nanti kalau tidak mau,..takut pulak jadi seperti kata orang "malu berkayuh, perahu tak jalan..malu bertanya sesat jalan".
Tak sabar lagi hendak melihat bagaimana agaknya Amerika nak menyerang sebuah lagi negara di rantau Asia ni...iaitu negara Komunis, Korea Utara. Apakah Amerika Syarikat akan melakukannya sebagaimana ia telah menceroboh negara Iraq seketika dulu.
Tapi suasana antara Iraq dengan Korea Utara agak berbeza sedikit. Jika dulu semasa Amerika Syarikat hendak menyerang Iraq, Setiausaha Agung PBB waktu itu adalah Kofi Annan yang berasal dari benua Afrika. Amerika Syarikat tidak mendapat restu daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mereka menyerang Iraq.
Tetapi bagi kes Korea Uttara ini pula, PBB kini diterajui oleh seorang warga Korea Selatan iaitu Ban Kim-Moon. Untuk rekod, Korea Utara dan Korea Selatan adalah dua buah negara berjiran yang sentiasa berada dalam keadaan paling tidak kukuh dan stabil dari segi perhubungan dua buah negara sebagai dua negara tetangga.
...kini setelah berbagai usaha untuk memaksa Pyongyang bagi menamatkan kegiatan mereka iaitu pengayaan uranium tidak di endahkan oleh negara Komunis itu...maka PERANG lah jawapan yang harus diterima oleh pemimpin serta rakyat Korea Utara. Keadaan yang semakin panas itu telah berjaya mengheret negara Russia serta China terlibat setelah bersetuju untuk memberi tekanan kepada Korea Utara agar menghentikan segera projek pengayaan bahan nuklear itu atau jika tidak, Pyongyang akan berhadapan dengan tindakkan yang lebih keras lagi.
Tapi malang sekali, semua tekanan yang telah dikenakan oleh masyarakat antarabangsa terhadap Korea Utara, langsung tidak mampu mengubah apa jua bentuk pendirian mereka terhadap perkara yang telah mereka buat malah Pyongyang nekad melancarkan beberapa buah lagi peluru berpandu milik mereka. Perbuatan Pyongyang itu telah mendapat berbagai bantahan daripada pemimpinn-pemimpin besar dunia.
Saya setuju sangat dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga wakil rakyat bagi kawasan Santubong YB Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung dengan sikap suka membisu kebanyakkan daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional Sarawak ketika persidangan Parlimen diadakan. Walaupun kenyataan terbuka beliau itu telah menyinggung perasaan beberapa ahli Parlimen BN Sarawak, namun bagi saya itu adalah satu teguran yang harus dianggap sebagai sebuah teguran membina yang harus diterima oleh semua ahli-ahli Parlimen BN Sarawak bagi memperbaiki prestasi mereka supaya sentiasa segar serta lebih mantap lagi ketika hadir didalam dewan.
Teguran Dr. Wan Junaidi itu memang bertepatan sekali kerana jika dikira dengan jumlah wakil rakyat BN dari Sarawak yang agak ramai, tetapi cuma dua tiga orang saja yang ada suara ketika didalam Dewan iaitu MP Batang Sadong YB Nancy Sukry, MP Bintulu YB Datuk Seri Tiong Kiing Sing, MP Kapit YB Alexander Nanta Linggi Tun Jugah, MP Mambong YB Datuk Dr. James Dawot Mamit serta dua muka baru iaitu MP Tanjung Manis YB Puan Hjh Norah Tun Abdul Rahman dan MP Sibuti YB Ahmad Lai Bujang. Kedua-dua MP ini iaitu dari Tanjung Manis dan Sibuti, walaupun baru pertama kali memasuki Parlimen tetapi mereka berdua telah berani menyuarakan pendapat atau membentangkan soalan untuk dijawab oleh pihak kementerian.
Yang sangat dikesali ialah, kebanyakkan daripada mereka ini iaitu ahli Parlimen BN Sarawak yang hadir ke Dewan Rakyat dilihat bukanlah untuk menyertai perbahasan tetapi sekadar bertindak sebagai pemerhati atau penonton saja tidak ubah seperti seseorang yang berkunjung ke sebuah pawagam untuk menonton wayang. Pada hal jika diambil kira, saat itulah yang paling bermakna kepada wakil-wakil rakyat khususnya yang datang dari Sarawak untuk mereka mengenengahkan setiap permasalahan rakyat yang terdapat di kawasan masing-masing kepada kerajaan untuk diberi perhatian. Tetapi sayangnya, apa yang berlaku ialah mereka itu gagal untuk menggunakan masa terluang atau peluang yang telah diberikan untuk menyuarakan sesuatu isu rakyat sewaktu sama-sama berada di dalam dewan.
Boleh diingat, ketika YB Datuk Dr. Wan Junaidi belum lagi dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, beliau seringkali mengambil bahagian dalam perbahasan ketika dewan bersidang serta selalu mengemukakan berbagai-bagai soalan yang tidak hanya berkaitan dengan perkara yang berlaku didalam negara saja, malah berkenaan dengan sesuatu perkara yang telah dan sedang berlaku diseluruh dunia. Tetapi setelah beliau dilantik ke jawatan sebagai Timbalan Speaker, adalah sangat mustahil bagi beliau untuk mengemukakan sebarang soalan kepada pihak Kementerian berhubung dengan berbagai isu baik yang melibatkan kepentingan rakyat dikawasan yang beliau wakili ataupun berkaitan dengan kepentingan rakyat Sarawak keseluruhannya.
Mungkin bertitik-tolak dari situlah maka dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai wakil rakyat dari Sarawak YB Datuk Dr. Wan Junaidi telah memberanikan diri sanggup menegur ahli-ahli Parlimen dari Sarawak khususnya yang dari BN supaya mereka dapat mengubah sikap mereka ketika berada didalam dewan dari lebih suka mendiamkan diri kepada tegas dan berani menyuara sesuatu perkara ataupun berani bertanyakan soalan kepada menteri ataupun timbalan menteri. Perlu YB-YB ini ingat bahawa apabila mereka masuk saja ke dalam dewan, bermakna mereka membawa bersama-sama sebuah harapan besar rakyat di kawasan mereka agar masalah yang rakyat hadapi dapat didengar oleh Kerajaan Pusat.
Jadi kepada Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak, terimalah teguran daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu sebagai peringatan yang perlu demi kebaikan bersama. Jadi usahlah tersinggung. Anggaplah teguran oleh Timbalan Speaker itu sebagai sebuah cermin yang besar dimana kita boleh melihat diri kita sendiri dan kita juga boleh melihat segala pergerakkan kita sendiri melalui cermin.

Jika ingin merujuk kepada parti mana yang terbaik dikalangan parti yang ada didalam kompanen Barisan Nasional boleh dijadikan contoh, jawapannya mudah iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak atau hanya dikenali dengan PBB.
PBB ditubuhkan pada 30 April 1973 berikutan hasil daripada pergabungan tiga buah parti yang ada ketika iaitu Parti PANAS, Parti BERJASA dan Parti PESAKA yang masing-masing mempunyai asas perjuangan serta tujuan yang sama iaitu untuk membela dan menjaga kepentingan hak-hak kaum Bumiputera yang mendiami negeri Sarawak.
Presiden Parti PBB yang pertama ialah bekas Menteri Hal Ehwal Sarawak Mendiang Tun Jugah anak Barieng. Setelah itu PBB diterajui oleh YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib bin Mahmud sehingga kini.
Keahlian Parti PBB hanya terbuka kepada semua kaum Bumiputera Sarawak tanpa mengira pegangan agama yang mereka amalkan. Keadaan ini telah memperlihatkan bahawa perjuangan Parti PBB sentiasa berada dilandasan yang betul dan tidak pernah lari dari komitmen asalnya iaitu sebagaimana ianya mula terbentuk.
Parti PBB juga boleh dilihat sebagai sebuah parti yang bukan berasaskan kepada kaum-kaum yang tertentu sahaja jika dibandingkan dengan parti-parti lain yang terdapat di Negara ini. Contohnya di Semenanjung Malaysia, UMNO misalnya, dilihat lebih menekan kepada kepentingan kaum Melayu saja tetapi oleh kerana peranannya sebagai tunjang kepada Barisan Nasional, sentimen itu cuba untuk disimpan namun kadang kala muncul juga apabila apabila ada suara dari pihak lain yang cuba untuk mempertikaikan hak-hak orang Melayu sebagaimana yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.
MCA lebih tertumpu kepada kaum Cina manakala MIC memang jelas kelihatan lebih terarah kepada permasalahan kaum India saja. Parti GERAKAN walaupun ada kaum Melayu dan India yang menjadi anggotanya, tetapi perjuangan GERAKAN lebih kepada kepentingan masyarakat Cina saja. Begitu juga dengan parti kerdil seperti PPP, ahlinya juga dilihat ada yang terdiri dari kaum Cina namun majoritinya adalah dari kaum India dan sudah tentulah yang majoritinya yang akan mendapat kelebihan didalam pelbagai perkara.
Bagi parti pembangkang pula, seperti DAP, PAS dan PKR...perjuangan berlandaskan kaum bagi ketiga-tiga parti ini kadang kala memang tidak dapat disembunyikan daripada umum walaupun berbagai alasan diberikan untuk mengaburi pandangan rakyat.
DAP, biarpun terdapat ada ramai kaum Melayu dan Bumiputera lain yang menjadi ahlinya, namun itu bukan bermakna jaminan kesamarataan hak akan dapat dilaksana atau diseragamkan tanpa mengira kaum sebagaimana yang dijanjikan. Kaum yang majoriti didalamnya tetap akan mempunyai kata putus didalam sesuatu perkara walaupun melalui mesyuarat bersama yang disertai oleh ahli-ahli dari kaum lain yang minoriti.
Begitu juga dengan Parti Islam SeMalaysia iaitu PAS. Berdirinya PAS sebagai sebuah parti adalah semata-mata untuk menegakkan syiar, ajaran serta undang-undang Islam di Negara ini disamping itu juga mempertahan serta melindungi hak kaum Melayu. Walaupun PAS telah mewujudkan sebuah kelab penyokong PAS dimana ahli-ahlinya terbuka kepada rakyat yang bukan dari kaum Melayu, namun langkah PAS itu juga bukan bermakna mereka akan menggugurkan asas perjuangan serta ideologi mereka biarpun sebeberapa ramai orang bukan Melayu yang memberi sokongan kepada PAS.
Parti KeAdilan Rakyat (PKR) walaupun membuka keahliannya kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa melihat seseorang itu datang dari bangsa apa dan apa agama yang dianuti tetapi sentimen kaum memang tidak dapat dihindari apabila kaum tertentu telah menjadi majoriti didalamnya maka kumpulan yang lebih kecil iaitu kaum yang datang dari yang minoriti hanya akan menjadi pelengkap sahaja. Kumpulan yang kecil ini tidak akan mampu untuk berdepan dengan kaum mempunyai suara majoriti. Segala keputusan pada akhirnya hanya akan ditentukan oleh kumpulan yang besar. Buktinya kita lihat apa yang dilakukan oleh PKR kepada kesemua perwakilan parti itu di dua buah negeri iaitu Sarawak dan Sabah, bagaimana Anwar telah menidak secara total peranan serta kebolehan para pemimpin PKR di kedua-dua negeri ini.
Mengenai soal krisis kepimpinan parti. Parti-parti anggota Barisan Nasional yang pernah menghadapi suasana sedemikian adalah seperti UMNO, MCA, MIC, SUPP, PRS, SPDP, PBS, UPKO, PBRS, AKAR, LPDP dan lain-lain lagi. Bagi sebelah parti pembangkang juga krisis kepimpinan memang sering berlaku terutamanya dalam PAS dan PKR.
Tetapi bagi Parti PBB, biarpun berbagai masalah dalaman parti sering berlaku kepada rakan-rakan partinya didalam Barisan Nasional, tetapi tidak kepada PBB. Perkara ini seolah-olah menampakkan bahawa Parti PBB sentiasa terlepas daripada masalah sedemikian dan PBB terus mampu bergerak dengan selesa untuk memberi khidmat kepada rakyat tanpa dibebani dengan bermacam-macam hal yang boleh dianggap sebagai kontroversi.
Inilah yang menjadi kelebihan kepada PBB didalam kerajaan Barisan Nasional. Kepimpinan yang mantap, berpengelaman serta jujur kepada rakyat. Kurang berpolitik serta lebihkan tumpuan untuk membangun negeri Sarawak serta utamakan usaha untuk menaiktaraf kehidupan rakyat Sarawak kepada tahap yang lebih tinggi lagi sesuai dengan "Politik Pembangunan" yang diperkenalkankan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika beliau mula mengambil alih jawatan sebagai ketua menteri Sarawak pada awal tahun 1981.
Dan kelebihan yang ada kepada parti PBB ini jugalah yang banyak membantu serta menyumbang kepada kestabilan dan juga kejayaan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak selama ini. Perjuangan PBB tidak boleh dilihat hanya terhad kepada kaum Bumiputera semata-mata tetapi lebih jauh lagi dari itu iaitu meliputi kehendak rakyat Sarawak keseluruhannya.

Dalam tempoh beberapa tahun selepas PRU pada tahun 2004 serta PRU 2008 lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDN & HEP) telah menyaksikan menterinya sering silih berganti.
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah diberi tugas untuk menerajui kementerian itu serta dan digalaskan dengan harapan yang tinggi agar mampu mengatur strategi bagi menangani berbagai isu berbangkit dengan kenaikan harga barangan yang saban minggu seolah-olah tidak terkawal dan juga masalah penyeludupan minyak, kes menyalahgunakan subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan-golongan tertentu. Namun selama berada di Kementerian tersebut, tidak banyak perkara yang mampu dibuat oleh Shafie, malah rungutan demi rungutan dari pengguna serta para peniaga itu sendiri yang selalu kedengaran. Banyak pihak yang merungut dengan cara Shafie mengendalikan setiap masalah yang timbul berhubung dengan harga barang-barang keperluan lain apabila kenaikan harga minyak petrol dan diesel berlaku.
Mungkin disebabkan faktor kelemahan Shafie mentadbir Kementerian itulah, maka selepas PRU yang ke 12 pada 2008 lalu, tempat beliau di Kementerian itu telah diberikan kepada Ahli Parlimen dari Johor Baharu iaitu YB Datuk Shahrir Abdul Samad.
Dalam masa yang sangat singkat iaitu untuk satu tahun lebih saja, Datuk Shahrir telah berjaya membuktikan kemampuan beliau untuk bekerja di kementerian tersebut. Datuk Shahrir yang sentiasa begitu rajin untuk turun berjumpa dengan rakyat biasa, mudah sekali bagi beliau untuk mendapatkan maklumbalas mengenai segala keperluan mendesak daripada rakyat yang kurang berkemampuan.
Datuk Shahrir mudah memahami jiwa rakyat diluar bandar juga yang berada di kawasan pendalaman, apabila beliau sering mengunjungi mereka walaupun ditempat-tempat yang agak sukar. Contohnya, bila beliau sering datang kekawasan pendalaman Sarawak.
Kini, Datuk Shahrir akan tetap dikenang oleh penduduk Sarawak sebagai dulunya seorang pemimpin yang sukar diramal, tetapi hakikat sebenarnya Datuk Shahrir lebih memahami tugas beliau sebagai menteri bukan hanya sekadar menteri untuk orang dibandar dan kaya, tetapi tumpuan beliau lebih kepada penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah dan tidak tetap.
Sayangnya, selepas tewas dalam pemilihan jawatan yang dipertandingkan semasa perhimpunan Agung UMNO lepas, maka Datuk Shahrir telah pun mengambil langkah untuk berundur dari kabinet.
Tugas yang telah ditinggalkan oleh Datuk Shahrir kini diberikan oleh YAB Datuk Seri Najib kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu bekas Menteri Belia dan Sukan.
Persoalannya, mampukah Datuk Seri Ismail meneruskan kemampuan sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab didalam hal ehwal turun naiknya harga pelbagai barangan di Negara ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Datuk Shahrir ?
Sekurang-kurangnya kemampuan beliau hendaklah seiring ataupun lebih kurang dengan keupayaan Datuk Sharir dalam menangani masalah harga barang dalam Malaysia. Apa yang rakyat tidak mahu dengar dari Datuk Seri Ismail nanti ialah, "rakyat sendiri sebagai pengguna yang ada hak untuk menentukan harga barang-barang, samada mahu harga barang naik ataupun harga barang turun". Jadi kenapa harus diletakkan kepada rakyat hak itu? Apakah tindakan kementerian seperti itu seolah-olah ingin "lepas tangan"? ...rakyat sebenarnya tiada pilihan lain, terpaksa membeli barangan perlu walaupun harga tinggi. Nak memboikot, macamana?..jika rakyat saja yang bertindak tetapi kerajaan hanya berdiam diri...
Sekarang sudah ada berita yang menyatakan bahawa harga minyak dunia atau global akan naik. Jadi apakah Kementerian PDN & HEP sudah bersedia untuk menghadapi kerenah para peniaga yang jenis lintah darat itu nanti?
Sudah adakah pelan yang dirangka khas oleh Kementerian PDN & HEP bagi membela nasib pengguna khususnya rakyat yang berpendapatan tidak tetap, rendah dan sederhana jika benar bahawa harga minyak akan naik sekiranya ekonomi dunia pulih pada akhir tahun ini ?
Diharap supaya Kementerian PDN & HEP tidak menunggu sehingga harga minyak betul-betul melambung naik barulah berhempas pulas memerah idea untuk mengatasi masalah yang sudah terpampang didepan mata. Baik ikut kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan" dan jangan sampai "sudah terantuk. baru terngadah".
Dahulu semasa kenaikan harga minyak berlaku, semua harga barangan lainpun turut mengalaminya dengan alasan para peniaga bahawa ianya tidak dapat dielakkan memandangkan harga yang sudah tinggi dan tentu sekali kerajaan menerima alasan itu. Tetapi apabila harga minyak telah diturunkan sejak beberapa kali secara berperingkat-peringkat, harga barang-barang masih lagi yang dulunya dinaikkan tidak juga diturun-turun. Malah ada sesetengah pekedai yang masih mengekalkan pada kadar harga yang tidak sepatutnya.
Jadi bagaimanakah nanti sekiranya harga minyak petrol dan diesel akan naik semula, sudah pasti harga barang yang dinaikkan oleh peniaga sebelum ini tetap tidak akan diturunkan malah kemungkinan besar akan terus dinaikkan. Yang akan menjadi mangsa kepada keadaan itu nanti adalah rakyat yang kurang berkemampuan serta miskin dan apakah yang mampu dibuat oleh Kerajaan khususnya kementerian PDN & HEP jika masalah harga berbagai barang-barang naik akan berulang kembali ?

Mereka yang mengelilingi Anwar sekarang ini dahulunya adalah seteru politik kepada beliau. Dahulu mereka inilah yang berusaha untuk memusnahkan karier politik beliau. Disebabkan desakan daripada DAP terutamanya Karpal Singh agar Anwar diambil tindakan sewajarnya berikutan banyak pendedahan yang melibatkan salahlaku termasuk masalah moral yang dihadapi oleh Anwar, maka tindakan telahpun dikenakan terhadap Anwar apabila terdapat adanya bukti yang menyokong dakwaan pendedahan itu memang berasas.
Setelah Anwar jatuh tersungkur kebawah berikutan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri serta jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998, mereka ini pula yang datang mengerumuni Anwar serta tampil dengan berbagai
kata semangat serta menyatakan sokongan kepada Anwar. Yang peliknya, Karpal Singh yang dulunya beliaulah yang begitu lantang sekali memberi tekanan kepada Kerajaan agar Anwar disiasat serta diambil tindakan, tetapi setelah Anwar dipecat dari Kerajaan dan UMNO, tiba-tiba saja Karpal Singh datang menawarkan khidmat beliau sebagai peguam bela kepada Anwar. Sangat pelik.
Dahulu sebelum peristiwa 1998, mereka yang duduk disekeliling Anwar adalah rakan-rakan seperjuangan beliau didalam politik. Yang memberikan beliau tempat dan ruang untuk berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat Malaysia melalui Barisan Nasional serta UMNO. Tetapi sayang seribu kali sayang, peluang serta ruang luas yang telah diberikan itu tidak dapat dipenuhi oleh Anwar dengan sebaik-baiknya, malah peluang dan ruang itu telah diisi dengan sesuatu yang tidak memberikan faedah kepada rakyat serta juga kepada diri Anwar sendiri.
Walaupun kita tahu dalam dunia politik tiada pernah ada yang akan kekal sebagaimana ianya bermula atau dalam ertikata lainnya tidak ada kawan atau lawan yang sejati dalam politik. Ianya tetap akan berubah apabila wujud ketidaksefahaman diantara satu dengan yang lain. Mungkin bagi ahli politik atau wakil rakyat, perkara seperti itu adalah biasa. Tetapi bagaimana pula bagi rakyat? Bagi kebanyakkan rakyat, permainan politik sedemikian tidak ubah seperti hanya mempermain-mainkan kuasa yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada mereka-mereka yang tertentu. Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang stabil serta teguh pendiriannya dan tetap setia dengan perjuangan asalnya.
Sekarang memang sukar bagi kita untuk mendapatkan seorang pemimpin yang benar-benar boleh dianggap berpendirian teguh serta setia kepada perjuangan hanya kepada satu parti. Dalam UMNO ataupun Barisan Nasional keseluruhannya, selepas Allahyarham Tun Ghaffar Baba, memang tiada lagi seorang pemimpin yang begitu setia kepada parti sebagaimana Allahyarham Tun Ghaffar. Allahyarham yang sarat dan penuh dengan peristiwa suka duka sejak dari zaman kanak-kanak serta zaman persekolahannya sehinggalah kepada saat bermulanya Allahyarham terlibat dalam politik tanah air, sentiasa terdedah kepada perkara-perkara yang mampu membuat seseorang itu patah semangat ataupun putus asa jika tiada keyakinan dalam diri, namun bagi Allahyarham semua itu harus ditempohi dan tidak harus dihindari.
Pada waktu ini ataupun pada masa depan, apakah akan ada lagi seorang yang pemimpin yang begitu setia kepada parti, yang mempuyai pendirian kekal dan tetap sama terhadap perjuangannya walaupun dalam suasana yang berbeza sebagaimana yang ada pada Allahyarham Tun Ghaffar Baba???...
Allahyarham Tun Ghaffar walaupun telah tersingkir serta berundur dari sebarang jawatan dalam Kerajaan dan juga UMNO, namun Allahyarham tidak pernah mengkhianati parti yang pernah Allahyarham perjuangkan. Allahyarham tidak pernah menunjukkan sikap yang tidak berpuashati berkenaan dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh parti terhadap kedudukannya, namun Allahyarham menerima segalanya dengan hati yang terbuka malah terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada UMNO dan Barisan Nasional dan jauh sekali bagi Allahyarham untuk menubuhkan sebuah parti baru seperti yang telah dilakukan oleh Anwar.
Cuma apa yang ingin saya nyatakan disini ialah, bagaimana rakyat boleh dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin yang lebih mementingkan kepentingan diri sendiri daripada kepentingan serta kebajikan rakyat yang diwakili. Apakah rakyat sendiri tidak dapat merasai bahawa ungkapan "masalah rakyat" yang kononnya diperjuangkan oleh sesetengah pemimpin hanyalah sebagai satu usaha untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka saja dan tidak lebih daripada itu. Apakah pemimpin yang sebegini mampu membawa perubahan dan pembangunan kepada rakyat. Apa sebenarnya yang mereka perjuangankan, rakyat atau kepentingan diri?
Jika soal kesetiaan sudah tidak diambil kira lagi dalam diri seseorang pemimpin atau ahli politik itu sendiri, bagaimana pula mereka boleh mempersoalkan kesetiaan rakyat yang dulunya memberi sokongan kepada mereka tetapi tetapi telah menukar pendirian serta sifat setia kepada pihak yang lain. Apakah ada sesuatu yang sangat misteri dalam kehidupan seseorang yang telah bergelar ahli politik? Apakah rakyat hanya dijadikan sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan kuasa???

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Pada tarikh 06hb. June setiap tahun telah disambut oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Sebagai salah seorang daripada rakyat di Negara ini saya ingin menjunjung ucapan Syabas dan Tahniah kepada Kebawah Duli Tuanku diatas sambutan Hari Keputeraan rasmi Kebawah Duli Tuanku esok sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Semoga Tuhan mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat di negara ini.
Tuhan Lanjutkan Usia Tuanku.
Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !
Kepada semua rakan-rakan yang berketurunan Dayak Iban, Dayak Bidayuh dan Dayak Orang Ulu, saya ucapkan "Selamat Menyambut Pesta Gawai Pesta Menuai, Gayu Guru Gerai Nyamai".Dalam Negeri Sarawak kita sudah biasa bersama-sama untuk turut merayakan perayaan asal masyarakat yang mendiami Negeri yang tercinta ini. Adat dan budaya bangsa jangan dilupakan, biar sejauh mana kita merantau.Kita harus berbangga dengan apa yang kita warisi, tetapi bukan bermakna kita akan menjadikan adat serta budaya bangsa kita sebagai penghalang kepada sesuatu pencapaian hidup yang kita dan masyarakat impikan. Cuma kita harus memelihara adat dan budaya yang mempunyai nilai-nilai kerukunan dan keharmonian tinggi dari pupus ditelan masa dan keadaan.Dimana-mana jua tempat dalam Negeri Sarawak, kita tidak boleh mengelak dari bergaul dengan kaum-kaum yang berlainan adat, bangsa dan agama. Setiap hari kita berjumpa, bekerja, berbual, bergurau, memancing, bermain bola dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang kita tidak dapat untuk mengasingkan diri untuk bersama.Yang lebih menarik lagi, masyarakat dalam Negeri Sarawak telah terbiasa dengan perkahwinan campur. Misalnya orang dari kaum Melayu kahwin dengan pasangan yang dari kaum Melanau Islam, yang dari kaum Iban kahwin dengan Melayu, Bidayuh dengan Orang Ulu, Iban kahwin dengan orang Cina, Cina kahwin dengan Melanau Kristian dan sebagainya. Perkembangan ini sebenarnya tanpa disedari telah melahirkan suasana muhibah dan harmoni dikalangan pelbagai kaum yang ada di Negeri Sarawak ini.Cuma apa yang perlu dilakukan oleh rakyat di Negeri Sarawak bagi mengekalkan keadaan yang seperti itu ialah, elakkan diri dari selalu terdedah kepada budaya atau anasir-anasir yang ingin cuba untuk memecah-belahkan perpaduan yang telah lama terjalin diantara kaum dalam Negeri Sarawak. Rakyat Sarawak tidak harus tertipu dengan cerita dan pembohongan yang digerakkan secara bersiri oleh Pakatan Pembangkang.Kita di Sarawak sangat berasa bersyukur kerana dapat terus mengecapi kemajuan, ketenangan hidup walaupun tidak semuanya tetapi itu semua telah membuktikan kepada kita bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah atau pentadbir di Negara ini dengan berkesan sekali. Walaupun ada diantara permintaan kita belum lagi tertunai, itu tidak bermakna Kerajaan Barisan Nasional tidak peka dengan permasalahan kita. Namun kita harus sedar bahawa didalam menjayakan usaha untuk memajukan rakyat, kerajaan juga akan membuat penelitian mendalam berkenaan dengan sesuatu projek yang hendak dilaksanakan supaya kelak apabila sudah siap ianya benar-benar akan mendatangkan faedah kepada rakyat.Cepat atau lambat sesuatu peruntukkan itu dapat direalisasikan dalam bentuk projek dan pembangunan, ianya juga akan bergantung kepada keadaan ditempat-tempat yang hendak dilaksanakan projek itu. Semua itu juga akan memerlukan kesedaran rakyat juga. Bahawa tiada projek yang dilaksanakan akan dapat dijalankan sejurus selepas dilancar. Semuanya juga akan mengambil kira dari berbagai sudut sebelum ianya dapat diteruskan secara berperingkat-peringkat ataupun secara menyeluruh.Oleh rakyat di Sarawak, sama-samalah kita memahami keinginan Kerajaan sebagaimana kerajaan cuba untuk memahami kehendak kita. Selamat Hari Gawai Dayak 2009, "Gayu Guyu, Gerai Nyamai...lantang senang"... Segulai sejalai dalam menoa Sarawak enggau Malaysia mega.
Aminah Abdullah adalah satu nama yang agak baru kedengaran didalam persada politik negara kita tetapi jika dilihat dari wajah dan diambil kira dari segi usia, beliau bolehlah dianggap sebagai seorang yang berpengalaman dengan sepak terajang atau selok-belok politik.
Kehadiran Aminah atau lebih mesra dengan Kak Min sebagai calon bebas di DUN Penanti Pulau Pinang telah membuat kedudukkan PKR kian tidak stabil serta mampu memaksa pemimpin-pemimpin atasan PKR berada didalam keadaan yang sangat tidak selesa.
Pendedahan demi pendedahan yang telah dan yang akan dilakukan oleh Kak Min berhubung dengan perlakuan tidak bermoral para pemimpin PKR yang berkaitan dengan pilihanraya DUN Penanti juga dilihat mampu membuka mata penyokong-penyokong setia PKR supaya mereka menilai sendiri perjuangan sebenar parti tersebut.
Kak Min bolehlah kita sifatkan beliau dulunya adalah sebagai seorang yang tergolong didalam keadaan terkeliru dengan perjuangan PKR setelah beliau sendiri berjaya dikelirukan oleh PKR. Namun apa yang kita saksi kini, beliau tersedar dari kesilapan lalu apabila kini telah berusaha menentang arus dengan berani bertindak menentang calon dari parti yang dulu pernah beliau berada didalamnya.
Pendedahan pertama Kak Min telah diperpanjangkan kepada pihak SPRM untuk tindakkan selanjutnya. Pendedahan kedua mungkin hampir melengkapkan banyak kenyataan yang dibuat oleh berbagai pihak tentang PKR ini sebelum ini yang menyatakan bahawa terdapat kepincangan berlaku hampir disetiap jawatan tertentu yang ada di dalam PKR. ...selepas pendedahan kedua itu nanti, mungkin selepas ini akan ada lagi pendedahan-pendedahan lain yang akan muncul. Kita tunggu dan lihat.
Apa yang lebih membanggakan ialah sebagai seorang wanita, seorang isteri dan juga sebagai seorang ibu, Kak Min telah membuktikan bahawa peribahasa Melayu yang menyebut sebagai berikut "tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan Dunia" memang tepat. Kak Min telah berjaya membuktikan bahawa peranan wanita didalam landskap politik negara khususnya PKR sendiri tidak seharusnya dipandang sebagai tidak penting atau sebagai sesuatu yang remeh.
Penyertaan Kak Min sebagai calon di DUN Penanti pasti telah dan akan membuat PKR berada dalam keadaan yang sangat terdesak untuk menepis segala pembongkaran yang mungkin akan dilakukan oleh wanita ini. Kepada Kak Min teruskan usaha anda. Kak Min lebih berhak untuk mendedah sesuatu perkara yang tidak kena dalam PKR kerana Kak Min adalah salah seorang daripada bekas pemimpin PKR negeri yang telah insaf dan telah memulakan langkah baru untuk kembali ke pangkal jalan.
Kepada Kak Min..., selamat berjuang...

Jika diteruskan juga hasrat Pakatan Pembangkang untuk mengadakan "mogok lapar" esok sebagai salah satu daripada usaha terdesak mereka untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN di Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, adalah sesuatu yang sangat memalukan. Kesiannnnnn...
Sudahlah keputusan DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Perak tidak mereka hormati, tetapi kini keputusan Mahkamah Rayuan pun mereka tidak mahu terima. Jadi persoalan yang sedang bermain didalam kotak pikiran rakyat Malaysia sekarang ialah, 'apakah perkara yang sedang dilihat oleh Pakatan Pembangkang sebenarnya, adakah "kepentingan rakyat" yang dipertahankan oleh Pakatan Pembangkang ini ataupun memang mereka hanya mempertahankan"kepentingan kuasa" untuk terus memerintah di Perak walaupun Pakatan Pembangkang sedar bahawa mereka sekarang ini bukan lagi mewakili suara majoriti di DUN Perak?
Sekiranya Pakatan Pembangkang mengutamakan kepentingan rakyat, sudah semestinya mereka tidak akan membuat atau mengambil sesuatu tindakkan yang pasti akan merugikan rakyat serta negara. Malahan tindakkan seperti menghasut rakyat supaya bangun menentang kerajaan, mengumpan rakyat dengan berbagai-bagai janji manis tetapi pada akhirnya tidak mampu untuk menunaikannya, maka jelaslah itu sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan juga tidak adil kepada rakyat keseluruhannya.
Sebagai seorang yang telah bergelar atau mendapat title Yang Berhormat, sepatutnya YB-YB Pakatan Pembangkang ini hendaklah menunjukkan sikap yang lebih toleransi, tahu batas undang-undang negara, bertanggungjawab sebelum dan sesudah membuat perkara-perkara tertentu supaya rakyat pada akhirnya merasakan diri mereka tidak tertipu, terpedaya ataupun tidak merasakan diri mereka telah melakukan kesilapan semasa membuat keputusan untuk memilih calon YB-YB sebagai wakil rakyat ke DUN ataupun ke Dewan Rakyat.
Tetapi malangnya, setelah wakil-wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang ini memperolehi kuasa menerusi kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mereka tidak menggunakan masa dan kuasa yang telah diberikan itu untuk membuktikan kemampuan mereka sebagai wakil untuk membela nasib rakyat, malah yang lebih malang sekali apabila mereka telahpun menyalahgunakan kuasa yang diberi untuk tujuan yang tiada kaitan langsung dengan permasalahan rakyat.
Apa yang saya lihat dari apa yang sedang berlaku di Perak adalah jelas satu usaha bersama pemimpin parti didalam Pakatan Pembangkang untuk mengganggu gugat kestabilan politik di Malaysia serta keharmonian kaum yang telah lama terjalin dengan tujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN. Pakatan Pembangkang yang dilihat semakin berani melanggar undang-undang serta peraturan di negara ini sudah tentu sekali akan terus berusaha ke arah itu apatah lagi setelah mereka mendapati kerajaan semasa yang didokong oleh BN kelihatan seolah-olah takut atau gagal untuk mengambil tindakkan walaupun ada sesetengah rakyat seperti puak HINDRAF yang boleh dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas sering menimbulkan suasana yang mampu mengancam keselamatan negara.

Biarpun sebelum keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kedudukan siapa MB Perak yang sah diumumkan, bekas MBnya Nizar Jamaluddin pernah menyatakan bahawa mereka akan akur kepada keputusan hakim dan kenyataannya itu diperkuatkan lagi dengan ulasan beliau sejurus selepas keputusan mengenainya dibuat.Tetapi malangnya, kesukaran Pakatan Pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR untuk menerima dengan hati yang terbuka berkenaan dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu susah untuk disembunyi. Segala apa yang tersimpan didalam pekung mereka selama ini semuanya seolah-olah kian tidak tertahan lagi untuk keluar.Kita semua faham sangat bagaimana perasaan mereka ini apabila sesuatu benda yang sudah didalam genggaman dan yang sedang dikendong jatuh berciciran sementara sesuatu yang mereka sedang kejar selama ini langsung tak dapat. Kalau bagi orang yang lemah akal menghadapi keadaan seperti itu tentu akan jadi lebih gila lagi daripada orang yang kurang siuman.Tidak sampaipun dua hari keputusan itu diumumkan, kedengaran suara-suara serta khabar berita yang menyebut bahawa pihak Pakatan Pembangkang akan membuat tindakan susulan berhubung dengan keputusan itu. YB Nizar sendiri ada menyatakan bahawa beliau akan mendapat pembelaan diatas keputusan Mahkamah Rayuan itu. Peguam beliau iaitu Sulaiman Abdullah juga telah memberitahu bahawa dia akan merujuk keputusan Mahkamah Rayuan itu ke Mahkamah Persekutuan sebagai protes kepada keputusan yang telah dibuat oleh panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan.Jika Pakatan Pembangkang masih lagi meneruskan niat mereka untuk berbuat demikian ini bermakna mereka memang sah dan jelas telah menentang keputusan Sultan Perak, menentang apa yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan dalam erti kata yang lain mereka tidak akan terima apa-apa saja keputusan sekiranya tidak menyebelahi kepada pihak mereka.Pada pendapat saya tindakan yang telah dan yang akan dilakukan oleh Pakatan Pembangkang selama ini serta seterusnya bukanlah untuk menjaga kepentingan rakyat tetapi sekadar untuk mempertahankan kedudukan mereka sendiri bagi menjaga kepentingan diri sendiri dan juga kepentingan kelompok mereka.
Pada hari Ahad 17hb. Mei 2009, mungkin hari yang paling bersejarah bagi keseluruhan rakyat Sri Lanka apabila pengumuman telah dibuat tentang kemenangan tentera kerajaan dibawah pentadbiran Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa terhadap gerila pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam perang yang begitu lama iaitu selama lebih 37 tahun.Pemberontakan LTTE yang diketuai oleh Velupillai Prabhakaran bermula dalam tahun 1972 bertujuan adalah untuk menuntut serta mendapatkan pemerintahan sendiri bagi bangsa Tamil di Sri Lanka iaitu sebuah negara yang berasingan atau negara hanya untuk bangsa Tamil. Sejak pemberontakan dan penentangan oleh LTTE terhadap Kerajaan Sri Lanka bermula, ianya telah meragut bukan sedikit jumlah nyawa penduduk awam di negara itu.Dengan pengumuman kemenangan di pihak kerajaan yang telah diistyiharkan oleh Presiden Mahinda Rajapaksa, maka berakhirlah derita rakyat Sri Lanka selama lebih 3 abad dinegara itu setelah terlibat secara tidak langsung di dalam peperangan yang sia-sia tersebut. Walaupun nasib sebenar ketua LTTE iaitu Velupillai Prabhakaran belum lagi diketahui samada telah terbunuh ataupun masih bebas namun tentera Sri Lanka telah berjaya menguasai kesemua kubu-kubu serta tempat-tempat persembunyian LTTE itu. Dan berita mengenai kemenangan tentera kerajaan dalam pertempuran dengan LTTE diperkuatkan lagi setelah ketua hubungan antarabangsa LTTE, Selvarasa Pathmanathan mengesahkan perkara itu di laman web TamilNet.Dari apa yang telah dilalui dan dialami oleh rakyat serta kerajaan Sri Lanka, memang jelas sekali kepada kita untuk sentiasa ingat bahawa betapa pentingnya bagi kita semua sebagai rakyat di negara ini harus bersama-sama dengan kerajaan untuk mengekal, memelihara, menjaga serta meningkatkan keamanan, kesejahteraan, keharmonian juga kemajuan yang telah dikecapi dan diperolehi sejak sekian lama.Untuk menjadi rakyat di negara ini tidak semestinya sesuatu bangsa itu melihat sesuatu perkara terjadi hanya didalam lingkungan masyarakat atau kaum mereka sendiri. Setelah kaum-kaum tertentu itu diterima sebagai warganegara Malaysia, mereka harus dan mesti mengubah cara berfikir, berubah cara mengatasi sebarang masalah yang timbul. Mereka tidak boleh lagi membawa cara atau kaedah penyelesaian yang sering digunakan di negara asal mereka untuk dipraktikkan di negara ini bagi memuaskan hati kaum masing-masing. Mereka tidak boleh hanya melihat kepada kepentingan kaum sendiri lagi didalam soal menuntut sesuatu perkara. Mereka sudah sedia maklum bahawa Malaysia dihuni oleh berbagai-bagai bangsa atau kaum yang mempunyai perbezaan fahaman agama juga adat resam yang berbeza.Dalam kes kumpulan HINDRAF sebagai contoh, kita merasakan tidak sepatutnya puak itu mengamalkan cara atau pendekatan yang digunakan oleh LTTE untuk menekan dan mendesak kerajaan bagi memenuhi hawa nafsu mereka. Anggota-anggota kumpulan Hindraf harus sedar dan faham bahawa mereka kini adalah sebahagian daripada rakyat negara ini yang sah dan telahpun diiktiraf sebagai warganegara Malaysia dan bukan lagi rakyat negara India, Sri Lanka ataupun Banghladesh. Mereka mempunyai tanggungjawab bersama dengan kaum lain di negara ini untuk menjaga nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa, juga ada tanggungjawab terhadap maju mundurnya negara ini pada masa depan.Bagi pihak kerajaan pula, jika aktiviti atau kegiatan-kegiatan kumpulan Hindraf yang jelas sekali telah melanggar peraturan dan undang-undang negara tidak ditangani secara tegas dan segera, maka adalah sangat dibimbangkan jika perjuangan kumpulan ini akan berakar dan menular kepada perkara yang lain dan lebih sukar lagi. Seandainya tuntutan mereka dibiarkan ataupun juga sekiranya dilayan, kemungkinan kumpulan Hindraf akan merangka satu tuntutan yang lain pula yang akhirnya jika tidak mampu dilunaskan oleh kerajaan sudah semestinya pemberontakan ala LTTE akan wujud di Malaysia.
Ini adalah senarai-senarai kejayaan besar DAP, PAS & PKR sejak bergabung di dalam Pakatan Pembangkang ;1. Berjaya menawan 4 negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sementara masih mengekalkan penguasaan mereka disatu lagi negeri iaitu Kelantan Darul Naim pada PRU yang ke-12 pada 8 Mac 2008.2. Berjaya mendesak dan menekan Kerajaan supaya membayar Ex-gratia kepada bekas-bekas Hakim yang dipecat dengan wang rakyat sejumlah RM10.5 juta tetapi sejak dipecat bekas-bekas Hakim itu tetap juga diberi wang pencen bulanan.3. Berjaya mengelirukan orang ramai atau rakyat melalui projek "Lompat Parti" dengan matlamat untuk menubuhkan kerajaan baru menggunakan cara mengajak, memujuk serta merayu Ahli-ahli Parlimen BN sekurang-kurangnya 30 orang supaya lompat kedalam Pakatan Pembangkang dan tarikh yang disasarkan adalah 16hb. September 2008.4. Berjaya mengekori pergerakkan anggota-anggota Parlimen BN hingga ke Taiwan tetapi malangnya mereka kempunan apabila hanya mampu melihat tumit kasut Ahli-ahli Parlimen BN yang baru saja hendak menaiki pesawat yang akan berlepas dari Taipei ke satu tempat yang belum pasti. 5. Berjaya memecah-belahkan perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini dengan mempengaruhi kaum-kaum tertentu supaya menuntut semula perkara yang sudah dipersetujui bersama sejak Malaysia ditubuhkan sepertimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara.6. Berjaya memburuk dan mencalarkan nama baik serta imej Malaysia di mata dunia dengan dengan cara yang sungguh tersusun dan terancang seperti melarikan diri ke pejabat Kedutaan Turki, kononnya ingin mendapatkan perlindungan oleh kerana terdapat ancaman bunuh terhadap seseorang.7. Berjaya mengajar pengikut mereka bagaimana cara melanggar peraturan serta undang-undang negara dengan cara tidak memperduli, tidak mengendah atau tidak menghiraukan malah melawan serta menentang setiap arahan dan amaran yang telah dikeluarkan oleh pihak polis atau pihak berkuasa.8. Berjaya menanamkan nilai-nilai yang bertentangan dengan amalan hidup seharian masyarakat timur di dalam jiwa generasi muda di negara ini dengan cara menggalakkan pengikut mereka mengadakan perhimpunan haram, demontrasi jalanan, tunjuk perasaan, memfitnah, berbohong, menipu, berbaring di tengah-tengah jalanraya dan sebagainya.9. Berjaya membuktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar telah berjaya mengubah suasana didalam Dewan Parlimen mahupun keadaan didalam Dewan Undangan Negeri yang dulunya sangat dianggap paling mulia tetapi kini bagaikan sebuah tandas awam. Ertinya, sesiapa saja boleh masuk kedalam tandas awam hanya dengan satu syarat saja, bayar RM0.20 sen untuk buang air kecil dan RM0.50 sen untuk buang air besar. Dalam tandas awam sesiapa saja bebas nak kencing ke, nak berak ke, nak kentut ke, nak bersiul ke, nak menjerit ke, nak cuci muka ke, nak berkumur ke boleh saja...tiada halangan kerna tiada peraturan khusus yang ditetapkan.10. Berjaya menyemaikan perasaan tidak menghormati Raja-raja atau Sultan dikalangan segelintir rakyat Malaysia, yang mana Institusi Di Raja adalah sebagai lambang pemerintahan Raja Berpelembagaan di negara ini dan telahpun dimaktubkan di dalam perlembagaan Malaysia dan harus diterima baik oleh semua pihak.Diatas adalah sebahagian kecil sahaja daripada senarai-senarai kejayaan yang sangat besar Pakatan Pembangkang selepas PRU yang ke 12.Dibawah ini pula adalah sebahagian kecil daripada senarai-senarai kegagalan Pakatan Pembangkang setakat ini ;1. Pakatan Pembangkang gagal membuktikan kepada rakyat kemampuan mereka untuk memerintah negara apabila salah satu daripada 5 negeri yang telah mereka tawan pada PRU yang ke 12 dulu jatuh semula kedalam tangan BN.2. Pakatan Pembangkang gagal menyelamatkan sejumlah wang rakyat yang bernilai RM10.5 juta daripada dibazir tanpa tujuan dengan memberikannya kepada bekas-bekas hakim yang telah dipecat diatas kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri dan bukannya berpunca daripada kesilapan rakyat.3. Pakatan Pembangkang gagal mengamalkan prinsip demokrasi didalam perjuangan mereka apabila jelas ada usaha terdesak daripada mereka untuk berkuasa dengan membelakangi sifat-sifat demokrasi itu sendiri seperti menafikan pilihan rakyat iaitu mengajak Ahli-ahli Parlimen yang sudah dipilih menang oleh rakyat menerusi Parti BN untuk menyertai Pakatan Pembangkang, menolak keputusan yang telah rakyat tentukan semasa PRU ke 12 yang lalu.4. Pakatan Pembangkang tetap gagal dalam usahanya untuk menjejakkan kaki ke Putra Jaya apabila misi "5 orang PKR" terbang ke Taiwan dengan hasrat untuk bertemu dengan anggota-anggota BN kononnya bagi membincangkan soal penubuhan kerajan baru melalui cara lompat parti tidak kesampaian malah mereka pula yang tersangkut disana setelah Taiwan di landa ribut taufan.5. Pakatan Pembangkang gagal menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Mereka telah gagal mempamerkan sikap serta tindakkan yang sesuai dengan gelaran yang telah mereka dapat sebagai Yang Berhormat apabila sering menunjukkan kepada masyarakat di negara ini dengan perangai, tingkah laku, tembelang dan belang mereka yang langsung tidak mencerminkan diri mereka sebagai Yang Berhormat yang mewakili semua kaum didalam kawasan masing-masing.6. Pakatan Pembangkang gagal untuk menjaga nama baik negara ini di kaca mata dunia dengan tindakkan mereka seringkali mencari kesilapan-kesilapan kerajaan sehingga sanggup membuat berbagai cerita yang karut, merestui perbuatan kumpulan Hindraff yang memburuk-burukkan kepimpinan Malaysia di luar negara. Mereka sedar atau sengaja tidak menyedari bahawa setiap apa yang telah mereka lakukan dengan cara begitu akan tetap orang luar perhatikan sebagai ukuran untuk masa lalu, masa kini, masa depan dan seterusnya.7. Pakatan Pembangkang gagal menjadikan diri mereka sebagai ikutan kepada rakyat sebagai bakal pentadbir negara(jika ditakdirkan) yang tahu menghormati peraturan dan undang-undang yang telah lama diamalkan di negara ini. Gagal menjadikan diri mereka sebagai pemimpin contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat.8. Pakatan Pembangkang gagal mengawal para pengikut mereka dari membuat tindakkan yang selalu menyusahkan sesuatu keadaan seperti berdemontrasi dijalanan sehingga menyukarkan aliran trafik, berbaring diatas jalanraya bagi menghalang kenderaan-kenderaan yang membawa rombongan Di Raja serta para pemimpin negara dan sebagainya lagi.9. Hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang gagal memahami peraturan-peraturan mesyuarat ketika berada atau berbahas di dalam Dewan Parilmen ataupun di dalam Dewan Undangan Negeri. Mereka tidak tahu atau sengaja tidak tahu apa yang patut, apa yang tidak patut, apa yang boleh, apa yang tidak boleh dilakukan ketika berada di dalam dewan. Ini jelas terbukti apabila mereka telah diambil tidakkan tatatertib oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat atau oleh Speaker DUN disebabkan oleh tindakkan mereka sendiri. Mereka akan tegas mempersoalkan kenapa mereka diambil tindakan dan apa kesalahan mereka serta apa yang telah mereka lakukan. Sebenarnya itu lah Pakatan Pembangkang. Gagal menjaga kemuliaan dewan. Gagal membezakan antara Dewan Parlimen & Dewan DUN dengan pasar atau tandas awam.10. Pakatan Pembangkang gagal mendidik masyarakat terutamanya para pengikut mereka supaya tahu serta harus tahu bagaimana cara menghormati Raja yang memerintah. Mereka sendiri juga gagal dalam soal itu malah lebi teruk lagi mereka gagal untuk memahami apa sebenarnya yang mereka perjuangkan. Kemajuan serta keharmonian negara kah, kebajikkan rakyat kah ataupun kepentingan peribadi mereka sendiri ?
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada adik Mohd. Hafiz bin Mohd. Suip kerana telah berjaya menjuarai Akademi Fantasia untuk musim ke tujuh dengan begitu cemerlang sekali. Hafiz sudah berjaya mewujudkan satu keyakinan baru untuk anak-anak muda di Sarawak agar berpegang kepada prinsip yakin kepada diri, tahu apa yang dibuat dan yang penting gigih berusaha jika ingin mencapai kejayaan. Semua itu telah dibukti dan diterjemahkan oleh Hafiz dalam bentuk pertandingan seni suara pada malam terakhir 16 Mei 2009 di AF7 astro semalam.
Adik Hafiz telah berjaya merealisasikan impian keseluruhan peminat-peminat seni di Sarawak untuk melihat adanya wakil dari negeri ini yang akan menjadi juara pada mana-mana pertandingan yang dianjurkan dan seterusnya mengharumkan nama Sarawak di dalam industri seni di Malaysia.
Sarawak kini hampir ketandusan penggiat seni khususnya dalam bidang lakonan dan seni suara di Malaysia selepas era kegemilangan anak-anak seni yang berasal dari Sarawak berakhir seperti nama-nama Siput Sarawak, Murni Sarawak, Dollah Sarawak, Dayang Sulu, Sophia Ibrahim dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka-mereka ini bergiat aktif di dalam kedua-kedua cabang seni ini sejak awal tahun 1950an, 60an dan sekita 70an lagi.
Dengan kemunculan Hafiz sebagai seorang yang bakal bergelar anak seni ini di negara ini, maka diharap kesenimbungan dari generasi yang terdahulu itu akan berterusan. Bermakna Hafiz akan menjadi penerus dan penyambung kepada perjuangan artis-artis kelahiran Sarawak dari generasi kedua, ketiga dan keempat yang kini masih lagi bergiat aktif didalam bidang seni Malaysia seperti Dayang Nurfaezah, Deeja Moss, Nai Dinamik dan yang lain-lainya.
Sekali lagi di ucapkan Syabas & Tahniah kepada Hafiz serta keluarga.

Untuk menyelesaikan masalah politik di Perak adalah tidak perlu sama sekali diwujudkan kerjasama di antara BN dengan Pakatan Pembangkang. Pada pendapat saya, walaupun apa sahaja hasil yang akan dicapai setelah itu iaitu sekiranya perbincangan bersama seperti itu hendak diteruskan ianya tidak akan membawa apa-apa makna.Pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS yang kita semua sudah sedia maklum memang jenis yang akan menolak sebarang keputusan yang bukan memihak kepada pakatan mereka. Pakatan Pembangkang sudah jelas kita lihat memang tidak mengamal sikap terbuka kepada sesuatu keputusan yang dibuat oleh pihak tengah serta tidak pernah bersedia untuk menerima hakikat. Pakatan pembangkang juga sentiasa mengamalkan sikap tidak pernah bersyukur dengan apa yang sudah mereka miliki.Banyak contoh yang boleh kita ambil sebagai rujukan mengenai tingkah laku, helah muslihat serta tindakan Pakatan Pembangkang yang bertentangan sama sekali dengan amalan demokrasi di negara ini. Kita boleh ambil contoh dari banyak perkara yang telah mereka lakukan.Umpamanya, kita balik semula pada waktu selepas beberapa bulan PRU 12 selesai. Pada masa-masa setelah itu kita melihat, membaca didada-dada akhbar, dalam akhbar juga serta mendengar berita dari corong radio juga ketika menonton berita-berita di tv tentang usaha Anwar Ibrahim dan sekutunya untuk menubuhkan kerajaan baru dengan mengajak lebih daripada 30 ahli-ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Pembangkang. Kempen Pembangkang ke arah pembentukan kerajaan baru dengan cara yang paling tidak demokratik itu berterusan sepanjang masa dengan sasaran ialah 16hb September sebagai tarikh yang ditetapkan untuk merealisasikan matlamat mereka itu. Kempen atau promosi yang dijalankan oleh Anwar dan Pakatan Pembangkang untuk melangkah ke Putra Jaya sebenarnya telah mencemaskan keadaan di dalam negara terutamanya bagi majoriti rakyat yang telah tetap memilih BN sebagai kerajaan yang sah untuk memerintah.Pada pandangan saya, jika mereka masih meneruskan usaha untuk mewujudkan kerajaan dengan cara seperti itu maka beerti mereka sendirilah yang telah membunuh semangat demokrasi di negara ini. Maknanya Pakatan Rakyat menolak kemahuan serta keputusan yang telah rakyat laksanakan. Sepatutnya Pakatan Pembangkang hendaklah memiliki perasaan tahu bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha menguruskan saja apa yang telah mereka perolehi seperti mengurus dengan baik kebajikan rakyat di Negeri Selangor, Negeri Kedah, Negeri Kelantan juga Pulau Pinang dan mereka harus buktikan kemampuan mereka mntadbir sebagai kerajaan yang memerintah dan bukannya hanya tahu hendak memiliki kuasa.Dalam setiap pilihanraya kecil yang diadakan, jika keputusan menyebelahi mereka maka akan dianggap sebagai adil dan demokrasi, tetapi apabila rakyat telah memberi kemenangan kepada calon BN maka mereka tetap akan mempertikaikan segala keputusan itu sehingga sanggup menjadikannya sebagai satu isu yang kemudian dijadikan sebagai kes dan membawa sampai ke mahkamah untuk diputuskan semula. Sebagai contoh, 3 pilihanraya yang diadakan baru-baru ini iaitu di kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah serta DUN Batang Ai di Sarawak. Kita sudah mengetahui tentang semua keputusan di 3 kawasan pilihanraya itu. Dua kerusi yang dipertandingkan Pakatan Pembangkang telah menang, maka mereka diam. Tetapi satu kerusi di DUN Batang Ai mereka telah kecundang, lalu berbagai dakwaan yang mula dan telah mereka lemparkan kepada kerajaan BN serta kepada pihak SPR.Berhubung dengan keputusan yang memihak kepada BN di DUN Batang Ai, Pakatan Pembangkang khususnya PKR telah mendakwa bahawa beberapa peti undi telah sengaja dijatuhkan ke dalam laut dari pesawat helikopter serta dibuangkan kedalam sungai dari perahu. Pada hakikatnya bahawa Pakatan Pembangkang baik DAP atau PAS maupun PKR, amat sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan dan kenyataan. Bagi mereka, hanya merekalah saja yang terbaik, betul dan tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. Dalam apa juga keadaan sekalipun, selagi sikap pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang sentiasa terus sedemikian memang tidak ada gunanya Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi muka kepada mereka. Tidak ada faedahnya menyambut pelawaan untuk bekerjasama daripada mereka baik dari Penasihat DAP Lim Kit Siang, Penasihat PKR Anwar Ibrahim ataupun mereka dari kalangan parti PAS.Pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri harus sedar dan tahu bahawa suasana politik yang paling tidak stabil di Perak sekarang ini adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Mereka tergamak menidak perkara-perkara yang benar dan mengiya apa sahaja perkara yang salah. Mereka sesama mereka sanggup untuk dipijak, memijak kepala diantara satu dengan yang lain demi kuasa. Seperti pemimpin PAS yang sanggup menutup mata, telinga dan akal fikiran berhubung dengan kes penasihat DAP Perak Nga Kor Ming yang mempergunakan ayat-ayat suci Al-Quran dengan tujuan untuk mempengaruhi kepercayaan orang-orang Melayu agar mudah untuk diperdayakan dengan perjuangan yang tersembunyi seribu serba satu muslihat DAP itu.PAS sanggup nilai-nilai agama Islam yang sekian lama telah menjadi pegangan, panduan serta amalan hidup orang-orang Melayu untuk diperleceh dan dipersendakan oleh orang yang bukan dari kalangan yang beragama Islam. Dimanakah tanggungjawabnya pemimpin-pemimpin serta para pengikut PAS terhadap agama yang mereka sanjungi dan anuti itu. Mereka itu sebenarnya tidak bertanggungjawab. PAS juga sanggup merestui perbuatan-perbuatan oleh segelintir pihak yang jelas telah melampaui batas tatasusila masyarakat Melayu yang mengamalkan adat memulia dan mendaulatkan Raja sebagai pemerintah. PAS juga sanggup untuk melihat Institusi Di Raja cuba untuk dibabitkan di dalam permasalahan politik mereka.Semua yang telah saya nyatakan diatas ianya hanyalah sebahagian kecil saja yang mampu disebut tentang DAP, PAS dan PKR, manakala yang lebih banyak lagi seluruh rakyat Malaysia sudah tahu mengenainya. Oleh itu, saya sekali lagi berpandangan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak perlu sama sekali untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Pembangkang jika bertujuan hanya untuk menamatkan kemelut politik yang telah dimulakan oleh Pakatan Pembangkang sendiri di Perak.Saya sangat setuju dengan pandangan serta kenyataan yang telah disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib baru-baru ini mengenai perkembangan politik semasa di Perak. YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa masalah politik di Perak boleh diselesaikan sebelum ini jika semua pihak terutamanya Pakatan Pembangkang mahu menghormati undang-undang negara. Tetapi oleh kerana sikap angkuh dan keras kepala para pemimpin pembangkang itu, maka langkah seperti itu adalah amat sukar sekali untuk diguanakan bagi mengatasi sebarang masalah.
Apakah kemelut politik di Negeri Perak akan berakhir dengan aman atau akan berterusan seperti suasana semasa di Selatan Filipina, di Selatan Thailand ataupun seperti di Myanmar? Sejak berakhirnya PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, maka dari situ lah bermulanya krisis politik di Negeri Darul Ridzuan itu.Krisis politik di Perak mula memuntahkan laharnya apabila " Kuda Trojan" melompat keluar dari pagar UMNO dan masuk ke dalam kandang kuda PKR. Krisis itu tidaklah berhenti setakat disitu saja, malah lebih parah lagi apabila 2 kuda PKR bersama satu kuda "female" DAP pula melompat keluar dari pintu kandang Pakatan Pembangkang dan memakan rumput segar didalam kawasan padang ragut UMNO. Dan keadaan itu menjadi lebih mencemaskan pihak Pakatan Pembangkang apabila kuda UMNO yang baru masuk ke kandang mereka telah merasa sakit perut sesudah makan rumput yang layu di kawasan PKR lalu melompat semula ke dalam kandang UMNO.Sebenarnya seluruh rakyat Malaysia saya rasa masih ingat lagi apa yang telah berlaku sejak dari peristiwa ADUN Kawasan Bota iaitu YB Datuk Nasaruddin Hashim telah mengistyiharkan keluar daripada UMNO dan menyertai PKR pada 25 January 2009 dan kisah 3 orang ADUN dari Pakatan Pembangkang yang telah mengumumkan keluar dari perjuangan Pakatan Pembangkang dan memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.Berikutan daripada perkembangan yang telah berlaku, maka secara sendirinya kepimpinan di Negeri Perak tentunya akan berpindah tangan daripada Pakatan Pembangkang kepada BN. Tetapi keputusan itu sukar diterima oleh barisan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang kononnya merekalah pejuang demokrasi, malah kes itu telah di bawa ke mahkamah Tinggi untuk diputuskan walaupun mereka tahu bahawa Pakatan Pembangkang telah hilang kuasa memerintah setelah kekurangan suara majoriti di dalam dewan.Tambah menyedihkan lagi, apabila keputusan yang memberikan kuasa kepada BN untuk mentadbir Negeri Perak setelah KDYMM Baginda Sultan Perak memberi perkenan kepada BN untuk menubuhkan Kerajaan telah ditentang habis-habisan oleh Pakatan Pembangkang. Titah KDYMM Sultan Perak agar Nizar Jamaluddin melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar tidak dihiraukan langsung oleh Pakatan Pembangkang.Paling memilukan serta memalukan ialah tindakan Pakatan Pembangkang demi mempertahankan kuasa yang sudah jelas tidak lagi berpihak kepada mereka, Nizar serta sekutu beliau seperti DAP dan PKR sanggup menyembahkan penderhakaan mereka terhadap KDYMM Sultan Perak dengan membelakangkan segala Titah Baginda serta telah membawa isu status jawatan Menteri Besar Perak kepada mahkamah untuk diselesaikan.Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah mengesahkan bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tentu sekali memeranjatkan rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi, yang mempunyai akhlak tinggi, yang bermoral. Bagi puak-puak yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusian seperti itu iaitu sifat-sifat tahu menghormati perasaan orang lain serta tahu erti menghargai sesiapa juga yang membuat kebaikan, maka keputusan oleh Mahkamah Tinggi adalah sebagai adil buat mereka tetapi jika keputusan adalah sebaliknya sudah tentu Mahkamah, Polis dan Kerajaan akan di persalahkan serta menjadi mangsa.Apabila dilihat dari sudut iaitu mengenai "undang-undang tubuh Negeri Perak" jelaslah keputusan yang telah di buat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah silap. Sebab kenapa silap? Sebab setiap sesuatu yang berkaitan dengan pentadbiran di sesebuah negeri itu termasuklah di Negeri Perak adalah tertakluk kepada Kuasa Sultan dan Raja. Keputusan muktamad adalah daripada Sultan dan Raja dimana kuasa untuk memperkenan ataupun tidak bersetuju adalah terletak di atas budi bicara Sultan dan Raja.Mungkin juga Pakatan Pembangkang terutamanya Nizar, tidak sedar bahawa KDYMM Sultan Azlan Shah pernah bertitah bahawa Sultan ataupun Raja sebenarnya berada terletak di atas kepentingan politik dan bermakna Institusi Raja adalah mengatasi segala kehendak politik. Baginda juga pernah menyatakan bahawa kuasa Sultan dan Raja tidak terdaya untuk dibabitkan kedalam masalah politik yang sengaja diwujudkan oleh sesetengah parti politik terutamanya Pakatan Rakyat.Sekarang ini kita semua telah menyaksikan sendiri tentang apa yang telah terjadi dengan suasana politik di Negeri Perak. Kita semua juga telah tahu apa yang telah berlaku selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan bahawa Nizar Jamaluddin sah sebagai Menteri Besar Perak. Hakim Mahkamah Tinggi yang mempengerusikan sidang itu juga telah mengemukakan beberapa sebab yang sukar diterima akal kenapa beliau membuat keputusan yang memberikan hak sebagai sebagai Menteri Besar yang sah kepada Nizar.Berikutan dari keputusan Mahkamah itu, kita telah melihat babak baru dalam politik di Perak telah muncul selang diantara19, 20, 24, 26, 29 jam sekali. Kita telah menyaksikan bagaimana MB Perak YAB Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah keluar dari pejabat MB Perak serta diikuti oleh para Exconya sebaik saja menerima pengumuman keputusan kes itu. Kita juga telah melihat bagaimana Nizar hanya bertahan selama 19 jam sebagai Menteri Besar Perak apabila Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menangguhkan sementara pengistyiharan Nizar sebagai MB yang sah yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi setelah menerima fail rayuan yang dikemukakan oleh MB Perak YAB Datuk Dr Zambry.Dalam sejarah negara kita belum pernah terjadi adanya dua Menteri Besar yang memerintah buat satu-satu masa seperti apa yang telah berlaku di Negeri Perak. Belum pernah terjadi juga Speaker DUN yang terpaksa ditarik dari tempat duduk kerusi Speaker lalu diangkat dan diusung keluar lagak bagai orang yang mabuk arak. Belum pernah juga di dunia ini terjadi persidangan diadakan di bawah pokok serta meluluskan usul sebelah pihak disitu juga. Cuma apa yang sangat dikesalkan ialah, bagaimana Pakatan Pembangkang ini tidak pernah belajar untuk menerima sebarang keputusan. Mereka sebenarnya telah gagal dalam banyak aspek. Bukan hanya gagal mentadbir dengan baik negeri-negeri yang telah mereka menangi pada PRU 12 yang dulu, malah gagal memahami erti demokrasi yang sebenar-benarnya. Pakatan Rakyat gagal membela nasib rakyat, gagal merealisasikan segala manifesto ketika PRU 12 lalu serta gagal mengotakan janji-janji yang di taburkan semasa kempen di PRU ke 12 yang lalu. Yang paling malang sekali apabila mereka telah gagal memahami adat resam serta budaya rakyat berbilang bangsa dan agama di Negara ini. Mereka gagal untuk menghormati hak-hak masyarakat berbagai-bagai yang terdapat didalam Malaysia.
Bekas tahanan ISA yang sama-sama dengan 13 yang lain mendapat pembebasan dari kem tahanan Kemunting terrus menunjukkan sikapnya angkuh, takbur serta juga gagal menerima kenyataan. Beliau dengan angkuhnya menyatakan bahawa dia "tidak akan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia" kerana telah membebaskannya.Apa yang lebih malang lagi ialah, apabila keangkuhan P. Uthayakumar itu turut pula di sokong oleh naib presiden PAS, Mohamad Syabu. Sebagai salah seorang yang sama-sama berjuang di dalam parti yang kononnya sarat dengan matlamat untuk menubuhkan Negara Islam selari dengan slogannya juga iaitu "membangun bersama Islam" sepatutnya Mohamad Syabu mengambil sikap berkecuali di dalam hal itu dan sebaliknya. Ini adalah kerana apa yang telah dilakukan oleh P. Uthayakumar sehingga membawa kepada penahanan beliau di bawah akta ISA sebenarnya adalah bertentangan juga dengan ajaran yang terdapat di dalam agama Islam itu sendiri.Jika pun P. Uthayakumar enggan memberi ucapan terima kasih kepada Kerajaan, tetapi beliau haruslah mempamerkan sikap yang lebih bertanggungjawab dan tidak bertindak bodoh dengan mengoyak baju dia sendiri sebelum keluar dari pintu kem tahanan itu. Sebenarnya kerajaan tidak memerlukan sangat ucapan ataupun penghargaan daripada sesiapapun juga apabila mengambil langkah untuk membebaskan setiap individu dari tahanan, ini adalah kerana bagi Kerajaan adalah memadai untuk melihat suasana aman dan harmoni pulih sejenak di dalam Negara dengan menahan dan selepas itu melepaskan mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap keharmonian Negara, ini pun bergantung kepada keadaan semasa di dalam Negara.Sebagai salah seorang rakyat di negara ini, seharusnya P. Uthayakumar lebih memahami atau juga lebih peka dengan keadaan sebenarnya di negara ini seperti dia harus mengetahui bahawa di Malaysia ini penduduknya bukan hanya terdiri daripada orang India, Cina dan Melayu saja.Jika hanya soal taraf kehidupan masyarakat India berbanding dengan taraf kaum Cina dan Melayu saja menjadi alasan dan punca utama Hindraff memberontak terhadap kerajaan, maka saya rasa tindakan P. Uthayakumar atau Hindraff itu ternyata silap besar.P. Uthayakumar harus sedar bahawa dalam senarai orang terkaya di Negara ini nama seperti Tan Sri T. Ananda Krishnan yang memiliki harta bernilai RM19.63 billion, adalah yang kedua terkaya selepas Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kwok yang mempunyai aset bernilai RM58.11 billion menjadikannya paling kaya di Malaysia, mengikut sumber yang didapati pada tahun 2006. Jika sampai sekarang bermakna bertambah lagilah harta mereka. Pada ketika itu nama orang Melayu iaitu Tan Sri Azman Hashim hanya menduduki tempat yang ke sepuluh dengan harta yang diistyiharkan sebanyak RM2.87 billion. Nombor 3 dan 4 adalah Cina, nombor 5 Melayu Arab iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan harta sebanyak RM8.550 billion, manakala nombor 6,7,8 dan 9 adalah Cina.Bertitik-tolak dari fakta itu lah diharap P. Uthayakumar dan Hindraf melihat sesuatu perkara itu dengan lebih jelas lagi dan bukannya hanya melihat apa-apa perkara yang ada kaitan dengan jatuh bangunnya nasib bangsa India di Malaysia hanya dari satu saja. Di Sarawak dan juga Sabah, masih banyak lagi rakyatnya yang hidup di dalam keadaan yang sangat daif dan serba-serbi tidak sempurna tetapi masyarakat kami sebagai penduduk asal tidak juga pernah menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan undang-undang untuk menuntut atau mendapatkan hak yang sepatutnya. Masyarakat Bumiputera di Sarawak dan Sabah lebih mementingkan keharmonian dan perpaduan dan akan menggunakan saluran yang betul dan sah untuk menuntut hak-hak yang ingin diperolehi, jauh sekali menggunakan cara kekerasan dan berbahaya untuk memberi tekanan kepada Kerajaan.