Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mei 27, 2009

Kak Min : Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang PKR.

Aminah Abdullah adalah satu nama yang agak baru kedengaran didalam persada politik negara kita tetapi jika dilihat dari wajah dan diambil kira dari segi usia, beliau bolehlah dianggap sebagai seorang yang berpengalaman dengan sepak terajang atau selok-belok politik.

Kehadiran Aminah atau lebih mesra dengan Kak Min sebagai calon bebas di DUN Penanti Pulau Pinang telah membuat kedudukkan PKR kian tidak stabil serta mampu memaksa pemimpin-pemimpin atasan PKR berada didalam keadaan yang sangat tidak selesa.

Pendedahan demi pendedahan yang telah dan yang akan dilakukan oleh Kak Min berhubung dengan perlakuan tidak bermoral para pemimpin PKR yang berkaitan dengan pilihanraya DUN Penanti juga dilihat mampu membuka mata penyokong-penyokong setia PKR supaya mereka menilai sendiri perjuangan sebenar parti tersebut.

Kak Min bolehlah kita sifatkan beliau dulunya adalah sebagai seorang yang tergolong didalam keadaan terkeliru dengan perjuangan PKR setelah beliau sendiri berjaya dikelirukan oleh PKR. Namun apa yang kita saksi kini, beliau tersedar dari kesilapan lalu apabila kini telah berusaha menentang arus dengan berani bertindak menentang calon dari parti yang dulu pernah beliau berada didalamnya.

Pendedahan pertama Kak Min telah diperpanjangkan kepada pihak SPRM untuk tindakkan selanjutnya. Pendedahan kedua mungkin hampir melengkapkan banyak kenyataan yang dibuat oleh berbagai pihak tentang PKR ini sebelum ini yang menyatakan bahawa terdapat kepincangan berlaku hampir disetiap jawatan tertentu yang ada di dalam PKR. ...selepas pendedahan kedua itu nanti, mungkin selepas ini akan ada lagi pendedahan-pendedahan lain yang akan muncul. Kita tunggu dan lihat.

Apa yang lebih membanggakan ialah sebagai seorang wanita, seorang isteri dan juga sebagai seorang ibu, Kak Min telah membuktikan bahawa peribahasa Melayu yang menyebut sebagai berikut "tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan Dunia" memang tepat. Kak Min telah berjaya membuktikan bahawa peranan wanita didalam landskap politik negara khususnya PKR sendiri tidak seharusnya dipandang sebagai tidak penting atau sebagai sesuatu yang remeh.

Penyertaan Kak Min sebagai calon di DUN Penanti pasti telah dan akan membuat PKR berada dalam keadaan yang sangat terdesak untuk menepis segala pembongkaran yang mungkin akan dilakukan oleh wanita ini. Kepada Kak Min teruskan usaha anda. Kak Min lebih berhak untuk mendedah sesuatu perkara yang tidak kena dalam PKR kerana Kak Min adalah salah seorang daripada bekas pemimpin PKR negeri yang telah insaf dan telah memulakan langkah baru untuk kembali ke pangkal jalan.

Kepada Kak Min..., selamat berjuang...
Posted by Picasa

4 ulasan:

Apai Ngelai berkata...

salam ziarah,

kita pernah cakap dulu, jika BN tidak bertanding di penanti, PKR tetap akan memburukkan BN/UMNO walau macammanapun. Sebabnya mereka sudah tiada modal nak berkempen kalau tak memburukkan BN. Kini apabila muncul satu calon yang setanding kehebatan PKR di penanti, mereka bagaikan sudah tidak ada kuasa hendak berkempen memburukkan Calon itu melainkankan menegakkan benang basah, bagi bermacam-macam alasan apabila terperangkap dalam jerat rasuah wakil mereka sendiri. Nak diburukkan pula calon adalah bekas PKR. Buruk Kak Min maka buruk lagilah PKR..

GSenduk berkata...

Salam;

Sempena cuti sekolah ni, bawalah anak-anak balik kampung, dengarkan sketsa atuk, yang penting sekurang-kurangnya biarlah tau sikit-sikit asas cakap arab.

Jangan biarkan mereka keliru dengan uztaz Nga n ustzah Eliey, he, he, he...

Kucing Parsi berkata...

memang lah apai. dah bn memang buruk macam taik...

adakah jambatan asean tol rm10, hei apai u sarawak dok mana?!

bagi malu jak...

ha ha ha
tol rm10...

hahaha
kaya tiing pek khing

ha ha ha

Kucing Parsi berkata...

ha ha ha

sapa percayak pas mok berik nya tok jadi MB kelantan baru

ha ha ha

orang yang percaya dengan tv3 jak percayak

ha ha ha

anwar gik sik pilih jadi calon, apa erti nak ambik nya tok jadi tkm

ha ha ha

disc blue

ha ha ha

Arkib Blog