Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label RTM1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RTM1. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 14, 2012

Apa kata anda tentang celoteh tidak senonoh pengacara Malar Segar TV1?

Program Malar Segar terbitan RTM  yang disiarkan setiap Isnin jam 10 malam di TV1 memang sebuah rancangan yang sangat bagus kerana ianya sentiasa akan menampilkan barisan artis atau penyanyi dari tiga era iaitu era 70an, 80an dan 90an untuk diketengahkan dalam rancangan berkenaan pada setiap minggu.

Usaha oleh pihak RTM itu memang patut dipuji kerana selain menjemput penyanyi-penyanyi veteran itu untuk menyerikan rancangan yang dikhususkan kepada mereka ianya juga dilihat sebagai suatu pengiktirafan serta penghargaan kepada para penyanyi lama yang mana ada di antara mereka hampir dilupakan gara-gara jarang mendapat undangan untuk membuat persembahan.

Tetapi bagi penyanyi veteran yang masih lagi aktif walaupun tidak seaktif zaman kegemilangan mereka dulu seperti Datuk Sharifah Aini, Dauk D. J. Dave, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Sheila Majid, Uji Rashid, Hail Amir dan lain-lain pasti saja mereka ini sering mendapat undangan atau jemputan untuk majlis-majlis yang tertentu namun lain pula halnya dengan beberapa nama lain yang seangkatan penyanyi tersebut di atas seperti Serena Hashim, Julie Remy, Fatimah Razak, A. Razak, Sanisah Huri, Junainah M. Amin dan ramai lagi yang kini entah bagaimana nasib mereka.

Berbalik kepada program Malar Segar ini, ingin saya nyatakan bahawa kesilapan RTM dalam memastikan rancangan ini agar menepati tujuan asal ianya diadakan ialah apabila mereka tersalah pilih pengacara yang memang tidak berseuaian sama sekali untuk mengendalikan rancanganberkenaan. Rancangan yang begitu bagus sekali sewaktu musim pertamanya dibawah pengacara terdahulu iaitu Ifa Raziah kini rancangan Malar Segar seperti sudah hilang arah sebaik saja ianya dikendalikan oleh pengacara baru iaitu Yatt Hamzah atau nama sebenar Haryanti Binti Hamzah.

Anda boleh lihat setiap kali ketika Yatt Hamzah mengacarakan program berkenaan, tumpukan kepada apa yang beliau kata dan kita akan kurang pasti apa yang dibebel beliau dengan gelagat yang memualkan. Apa yang lebih mendukacitakan apabila celoteh Yatt Hamzah yang tidak menjadi sewaktu melontarkan soalan kepada barisan penyanyi veteran yang menjadi tetamu malah kita boleh lihat reaksi segera artis undangan yang menunjukkan rasa tidak selesa mereka dengan kelakuan tidak senonoh Yatt Hamzah yang nampak seolah-olah seperti memperlekehkan atau mempersendakan mereka.

Haraplah supaya pihak RTM dapat memberi perhatian khusus kepada setiap program yang mereka terbit terutama sekali dari segi penyampaian iaitu pengacara haruslah diberikan kepada mereka yang benar-benar faham dengan kandunagan rancagan yang mereka menjadi host serta mempunyai pengetahuan luas mengenainya agar tidak nampak seperti terlampau mengada-ngada ketika rancangan disiarkan di kaca tv.

RTM memang punya ramai bakat pengacara yang bagus seperti Sayed Munawar Sayed Musta yang memang hebat dengan Bicara Rakyatnya, Suhaimi Mohamad dengan Dialognya, Izwan Pilus dengan program herbanya, Ustaz Rizal dan Ustaz Ridzuan Tee dengan program Ehwal Islamnya, Azura Zainal dengan program penjelajahannya dan lain-lain lagi tetapi kenapa untuk program Malar Segar nampaknya RTM seakan-akan sudah ketandusan pengacara yang berbakat dan bersesuaian untuk rancangan berkenaan?

Harap selepas ini pihak RTM dapat menukar pengacara sedia ada untuk Malar Segar musim ke-2 ini dengan pengacara yang lain pula dan letaklah Yatt Hamzah untuk mengemudi rancangan khusus untuk kanak-kanak seperti rancangan 'Apa Kata Adikku" atau apa jua rancangan yang khusus untuk anak-anak kecil yang memang sesuai untuk pengacara yang punya gaya mengacara seperti kanak-kanak di bawah umur.

Ahad, Mei 10, 2009

RTM - Datuk Seri Dr. Rais Yatim Terlepas Pandang.

Sejak RTM membuat berbagai-bagai perubahan yang mengelirukan penonton berikutan menterinya yang saling bersilih ganti, sejak dari itu juga saya selalu mendapati pihak RTM seolah-olah telah hilang kewibaannya untuk bersaing dengan badan penyiaran swasta di Negara ini.

Kes yang terbaru yang telah berlaku mungkin bagi RTM sendiri kes itu adalah yang terpencil, namun bagi para penontonnya seperti saya perkara itu sepatutnya tidak akan timbul lagi dan insiden ini amat mengecewakan sebenarnya. Kes yang saya maksudkan ialah mengenai rancangan blog di TV1 yang mula disiarkan ataupun diperkenalkan ketika Datuk Seri Ahmad Sabree Cheek menerajui kementerian itu. Saya tidak ingin hendak menyebut banyak rancangan lain yang terlibat di dalam perubahan-perubahan itu.

Apa yang ingin saya nyatakan ialah tentang bagaimana rancangan itu yang biasanya disiarkan setiap Jumaat, jam 10.31 malam. Tetapi saya dapati tiba-tiba saja pada malam Jumaat 8hb Mei 2009 yang lalu, rancangan tersebut telah ditukar dengan rancangan "sebelum wisel" yang sepatutnya disiarkan pada jam 9.00 malam.

Sebenar pada malam itu, saya memang menanti sehingga jam 10.31 malam untuk menonton rancangan itu, tetapi malangnya rancangan lain pula yang di siarkan. Oleh kerana tidak puas hati, saya mencapai akhbar Utusan Malaysia untuk merujuk senarai rancangan-rancangan yang akan disiarkan di TV pada malam itu, lalu saya mendapatkan naskah MEGA yang ada diselit bersama dalam akhbar Utusan Malaysia dan saya dapati didalamnya sah dan jelas memang ada rancangan blog di Tv1 akan disiarkan pada waktu itu iaitu pada jam 10.31 malam selepas rancangan Bicarawara Fenomena Seni yang dikendalikan oleh Rosyam Nor yang disiar jam 9.31 malam juga selepas rancangan "sebelum wisel".

Satu lagi rancangan sebagai contoh iaitu drama keluarga Arca "wulan" yang bagi saya memang mempunyai ramai sekali penonton di Malaysia, jika mula disiarkan dulu, drama ini bersiaran dari jam 7.30 - 8.00 malam setiap petang Isnin hingga Khamis di TV2. Tidak lama selepas itu ditukar waktu siarannya kepada jam 6.00 - 7.00 petang Isnin - Khamis. Tetapi malang sekali, tiba-tiba pula masa siarannya di ubah lagi kepada jam 3.00 - 4.00 petang setiap Isnin-Khamis.

Sebenarnya saya bimbang jika trend seperti ini akan terus digunakan oleh RTM sebagai cara untuk menarik minat orang ramai untuk mengikuti rancangannya, maka saya fikir tidak mustahil suatu hari nanti selera penonton untuk mengikut rancangan-rancangan yang di bawa oleh RTM akan turut menurun dan terus hilang. RTM sekarang sedang menuju ke Penyiaran Digital, jadi RTM harus lah lebih teguh serta berpendirian tetap juga berpandangan jauh di dalam berbagai perkara seperti menentukan apa yang patut di ubah, kemana sasaran rancangan itu ditujukan, bagaimana nanti penerimaan orang ramai bila ada perubahan dilakukan dan banyak lagi persoalan daripada orang ramai yang boleh dijangka dan RTM harus terlebih dahulu peka dan tahu akan reaksi orang ramai sebaik saja mereka membuka TV.

Kepada Menteri Penerangan yang baru iaitu YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim, saya berpendapat...perubahan memanglah wajar dilakukan demi untuk meningkatkan mutu siaran dan sebagainya, tetapi adalah lebih baik sekiranya perubahan itu dilaksanakan secara berperingkat-ringkat supaya ianya tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada semua pihak. Lakukanlah perubahan satu persatu supaya masa atau jadual siaran dapat ditentukan secara tetap dan yang penting agar waktu siaran rancangannya tidak bertindih diantara satu dengan yang lain.

Saya juga berharap, YB Datuk Seri Dr. Rais sebagai menteri yang suatu ketika dahulu pernah mengetuai Kementerian Penerangan ini, akan lebih memahami kehendak penonton pada masa ini atau lebih tepat lagi ialah penonton pun berubah mengikut keperluan masa tetapi tidak semestinya juga rancangan-rancangan di RTM kerap kali di ubah-ubah. Cuma apa yang ingin saya nyatakan disini ialah, RTM haruslah mengambil sedikit contoh atau mempelajari sedikit pengalaman daripada TV3 yang sekarang jelas sekali telah muncul sebagai sebuah TV swasta yang sangat berjaya sekali di Negara ini.

Arkib Blog