Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 09, 2014

Intifada kali ke-4 rakyat Palestine cukup menggerunkan Zionis!

Kita semua tentunya masih ingat lagi bahawa intifada kali pertama rakyat Palestine yang berlaku pada tanggal 9 Disember 1987 hingga 1990 terjadi akibat tindakan yang disengajakan oleh sebuah lori besar milik Yahudi melanggar dua buah lori kecil milik rakyat Palestine menyebabkan 4 rakyat Palestine terbunuh dan 9 orang lain cedera. Kejadian itu hanya sebagai pencetus kepada tindakbalas seterusnya daripada rakyat Palestine yang sekian lama telah menjadi mangsa kekejaman pihak Zionis Israel.

Begitu juga dengan intifada kali kedua pada tahun 2000-2005 di mana ianya berlaku disebabkan rasa tidak puas hati rakyat Palestine terhadap proses Perjanjian Oslo tajaan Amerika Syarikat yang akhirnya nyata gagal membentuk sebuah negara Palestine yang merdeka dan berdaulat sebagaimana matlamat asal rundingan yang dibincang dalam setiap kali pertemuan diadakan mesyuarat antara tiga pihak iaitu Palestine, Amerika Syarikat dan Israel.

Intifada kali ke-3 rakyat Palestine pada 15 Mei 2011 terjadi apabila pihak Zionis Israel mahu mengambilalih Masjid Ibrahimi dan Bilal untuk dijadikan sebagai kawasan bersejarah Yahudi dan tindakan melampau pihak Israel inj telah menimbulkan kemarahan rakyat Palestine. Maka itulah jika setiap kali kebangkitan rakyat Palestine menentang pihak Zionis sudah tentu ada sebab disebalik tindakbalas mereka yang harus diberi sokongan oleh penduduk dunia yang cintakan kedamaian.

Sebagaimana yang berlaku pada ketiga-tiga kebangkitan rakyat Palestine sebelum ini, intifada kali ke-4 ini juga mempunyai sebab yang tidak perlu dipertikaikan lagi apabila tindakan kejam pihak Zionis Israel menangkap dan menculik seorang remaja lelaki Palestine, Mohammed Abu Khudair dan kemudian membunuhnya dengan tindakan yang cukup kejam dan zalim sekali apabila membakar remaja berkenaan hidup-hidup.

Tindakan kejam Yahudi itu dikatakan ekoran dari kes kehilangan seorang remaja Israel yang kemudian dijumpai mati selepas beberapa hari operasi mencari diadakan dan menuduh pihak Palestine sebagai bertanggungjawab hingga membawa kepada isu remaja dibakar hidup-hidup.

Bertindakbalas dari kematian Mohammed Abu Khudair itu telah membangkitkan semangat juang yang sungguh luarbiasa rakyat Palestine dari segenap lapisan untuk menuntut keadilan yang hakiki bagi rakyat dan tanah air mereka dan perkembangan ini nyata telah meletakkan pihak Zionis Israel pada posisi yang semakin tidak menentu sehinggakan tindakan menutup Lapangan Terbang Tel Aviv diambil.

Semoga perjuangan rakyat Palestine mencapai kejayaannya, berjaya mempertahankan hak mereka, berjaya mendapatkan semula apa saja hak mereka yang telah dirampas oleh pihak Israel selama ini.

4 ulasan:

youtube berkata...

entah lah rasanya rakyat Palestine tak akan berjaya sebab kalau berjaya maka semua hadis berkenaan akhir zaman - kebangkitan dajal turunnya Isa a.s dan Mahdi etc etc tu semua tipulah kot.

Kalau berjaya pun ianya bukan kejayaan sejati cuma kejayaan yang di cipta oleh musuh Islam. Jangan lupa jika berjaya negara yang terbentuk ialah bersistemkam demokrasi yang mana tertakluk pada UN IMF dan sistem kewangan dajal juga.

youtube berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

U tiub,.. Cuba terangkan knp hadis dan. Perkara lain tu tipu jika palestin menang?
Kejayaan yg d cipta musuh islam dan bukan kejayaan sejati?? Kamu fikir HATI saudara d Gaza tu sama dengan malaysia dan negara timur tengah yg lain ka? majoriti mereka yg ada skrg ni lahir dlm keadaan penindasan & peperangan, mereka adalah insan2 yg terpilih utk mempertahankan Al-Quds. InsyaAllah zionis tdk pernah menang dan tdk akan menang.. sda lebih 60thn memerangi palestin tp tdk pernah berjaya walau skalipun.. Sehinga kini Gaza,Al-Quds masih d kuasai oleh Islam.. Dengan memiliki kelengkapn tentera tercanggih d tmr tengah 800 ribu tentera tp tdk dpt mencapai matlamat mereka walau sekali.. Mampu ka kecanggihan senjata melawan seketul hati sekeras batu anugerah Allah swt utk insan terpilih.. dr intifada palestin 1-3 zionis yg meminta gencatan senjata mahukan perjanjian tapi mereka sendiri yg melangarnya.. Dasar yahudi zionis laknattullah,. Tidak akan ada kepalsuan bait2 wahyu suci Allah yg telah d tulis dan d bukukan itu.. Mungkin utk hadis kekasih Allah.. Tetapi hanya kpd mereka yg malas mengaji.. Kerna ketaksuban pd duniawi.. Semua org tahu dunia akan hancur tp ramai yg mengejar dan mencintainya..
Wallahualam

Unknown berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

Arkib Blog