Ekoran isu pengusirannya dari memasuki negeri Sabah pada Khamis semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan sedang menimbang tindakannya untuk mencabar larangan masuk ke negeri itu yang dibuat oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah ke mahkamah.
Jika benar itu tindakannya sebagai tindakbalas terhadap keputusan pihak kerajaan negeri Sabah itu maka ini bermakna ianya pertama kali dalam sejarah negara ini seorang Ahli Parlimen Malaysia mahu mencabar salah satu perkara daripada 18/20 perkara di dalam perjanjian Sarawak/Sabah yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memberi hak keistimewaan kepada kedua-dua negeri berkenaan.
Perkara 6 Akta Imigresen dalam perjanjian 18/20 perkara bagi Sarawak/Sabah yang cuba dicabar oleh Nurul Izzah berbunyi "Kawalan ke atas Imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukkan ke Borneo (Sarawak/Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk VETO kemasukkan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak/Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak/Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakkan orang lain dari bahagian-bahagian lain di Malaysia ke Borneo (Sarawak/Sabah).
Perkara ini jelas dan telahpun dipersetujui oleh semua pihak sebelum berlakunya pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963. Dan apa yang penting ialah 18/20 perkara dalam Perjanjian Sarawak dan Sabah merupakan lambang kuasa autonomi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kedua-dua negeri ini yang tidak boleh lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Inilah kuasa autonomi yang akan menjadi hak milik kekal Sarawak/Sabah sejak bersama-sama Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura membentuk negara Malaysia yang membolehkan kedua-dua negeri membentuk barisan kabinet negeri masing-masing serta harus dipertahankan sampai bila-bila oleh Sarawak/Sabah dan amat tidak wajar sama sekali bagi orang lain seperti Nurul Izzah untuk mencabar kuasa istimewa yang dimiliki oleh kedua-dua negeri Malaysia Timur ini di mahkamah.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Mei 31, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Nurul harus cabar juga hak istimewa negeri sabah sebagai pintu masuk pendatang asing utk dpt kerakyatan msia dalam hal ini jabatan imigresen lah agensi pertama memberi status mereka
Cabar pemberian kerakyatan untuk pendatang asing bukan sahaja untuk di Sabaha tetapi juga di Semenanjung semasa pihak pemerintah meangka perlembagaan negera yang memberi keistimewaan kepada lebih 1.2 juta pendatang asing ketika itu.
Catat Ulasan