Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 30, 2012

Taufan Sandy: Amerika Syarikat terima hukum karma !

Sikap pilih kasih serta layanan berat sebelah dan juga ketidakadilan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap negara-negara Islam khususnya negara di sebelah Asia Barat seperti Palestine, Iraq, Iran, Syria, Libya dan beberapa buah negara Islam yang lainnya selama ini kini seakan-akan mula mendapat pembalasan daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Antaranya dengan tindakan kerajaan Amerika Syarikat selama ini dalam memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada pencerobohan serta penaklukan rejim pengganas Zionis ke atas wilayah rakyat Palestine, menzalimi penduduk Palestine, merampas tanah dan juga meroboh rumah kediaman penduduk Palestine, menyiksa serta membunuh rakyat Palestine yang menentang mereka seolah-olah telah mendapat restu daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Apakah selepas dibadai taufan ganas Sandy akan menyedarkan kerajaan Amerika Syarikat bahawa selama ini kerajaan mereka sebenarnya telah silap dalam mempertahankan satu dasar yang tidak adil kepada masyarakat dunia, dasar luar yang nyata menindas pihak yang lemah dan bersubahat dengan pengganas seperti Israel yang terbukti kejam serta zalim.

Taufan dasyat Sandy yang kini sedang melanda dan menyerang beberapa buah negeri di Amerika Syarikat seperti New York, New Jersy dan lain-lain lagi sepatutnya akan membuka hati dan mata kerajaan Amerika Syarikat betapa perbuatan mereka yang berdekad-dekad sanggup bersekongkol dengan rejim Zionis menganiaya dan menzalimi rakyat Palestine perlu menerima pembalasan yang berlipat kali ganda dari apa yang telah mereka lakukan ke atas penduduk Palestine.

4 ulasan:

PUTRA CHUBADAK berkata...

Ditambah lagi dengan pengisytiharan Berak Obama (yang bertanding jawatan President US buat kali kedua) menghalalkan LGBT termasuk perkahwinan sejenis. Taufan yg sedang melanda itu hanya sekelumit sahaja bala dari Allah. Yang peliknya ada pemimpin pembangkang Malaysia berkiblatkan US dan tidak pula ditentang oleh sekutu mereka(PAS)kan. Janjai Allah itu benar, tunggulah.....

hilbert berkata...

Putra Chubadak,
kerajaan Amerika Syarikat perlu membayar harga yg amat mahal bagi penderitaan rakyat Palestine selama mereka dizalimi, ditindas oleh kuasa penakluk rejim Israel..

Jeffry berkata...

SLM BRO...RAMAI KATA BUMI AMERIKA BUMI YANG MENJANJIKAN KEKAYAAN, KESENANGAN DAN MACAM2 LAGI YG SEDAP DI DENGAR..LAGI SEDAP BILE MEREKA JADI KUASA DUNIA DAN BLEH BUAT APE SAJE KAT NEGARA LAIN..TP BILA MALAPETAKA TIMPA NEGARA DIORANG, MEREKA TAK PERNAH RASE INSAF PUN DI SEBABKAN EGO TINGGI..HUHUHUHU

hilbert berkata...

itulah bro Jefry,
negara yg pemimpin mereka sombong, bongkak suka masuk campur hal ehwal dalaman negara orang lain, gemar menyerang negara lain...harap2 Amerika Syarikat mendapat pembalasan yang setimpal dgn apa yg pernah mereka lakukan ke atas rakyat Palestine dan negara Asia yang lain..

Arkib Blog