Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, April 27, 2012

Tak sempat?? DBKL suruh guna stadium, bukan bina stadiumlah !

Kesuntukan masa, tiada masa, terlambat dan sebagainya itu semua alasan bodoh Ambiga Samad!

Pihak DBKL suruh BARUA 3.0 pimpinan beliau itu berkumpul atau berhimpun dalam mana-mana stadium yang dicadangkan.

Bukannya pihak DBKL suruh mereka bangunkan atau bina stadium, sediakan segala bahan untuk membina, sediakan alat atau perkasa semua. Bukan! Tapi gunakan stadium yang sedia ada secara percuma!!!

Untuk tidak membenarkan Dataran Merdeka disalahgunakan dengan aktiviti yang boleh mengundang masalah kepada orang awam, maka pihak DBKL telah menyarankan kepada Ambiga Samad buat himpunan dalam stadium.

Memang dasar pengganas memang otak Ambiga Samad sudah keras macam batu.

Pihak DBKL perlu terus tegas dalam perkara ini, jangan bagi muka langsung kepada pihak Ambiga Samad ini dan kalau perlu buat hadangan konkrit mengelilingi sekitar kawasan Dataran Merdeka. Buat sekatan yang paling ketat.

Mulai hari ini, tutup semua laluan masuk menuju ke Dataran Merdeka dan jangan bagi lepas kepada sesiapapun tanpa mengira siapa mereka kecuali para pekerja DBKL sendiri.

Mencegah adalah jauh lebih baik daripada menghadapi kelakuan biadap para peserta BARUA 3.0 itu nanti.

Mempertahankan Dataran Merdeka daripada dicerobohi oleh para pengkhianat negara bangsa seperti Ambiga, Anwar Ibrahim, Samad Said, Mat Syabu, Kadir Sheiks Fadzir dan lain-lainnya adalah sama dengan mempertahankan kedaulatan serta kemerdekaan negara dari dicerobohi oleh anasir-anasir jahat luar negara.

Tiada ulasan:

Arkib Blog