Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 86 tahun

Jumaat, Januari 20, 2012

Yeahhh!!! ...akhirnyaaa... terima kasih banyak-banyak Peguam Negara !

Bagaikan menanti pasukan Harimau Malaya mengisi gol kemenangan untuk Malaysia ketika menentang pasukan kebangsaan Indonesia pada temasya Sukan Sea tahun lalu maka begitu jugalah perasaan seluruh rakyat Malaysia ketika menunggu tindak balas daripada Peguam Negara setelah pertimbangan dari segenap sudut diambilkira berhubung desakan agar beliau segera memfailkan rayuan atas keputusan kes liwat II yang menyaksikan Anwar Ibrahim dilepaskan oleh hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah dari pertuduhan.

Dan ketika pasukan Harimau Malaya berjaya mengatasi pasukan lawan dengan kelebihan satu gol yang merupakan jaringan penamat, rasa lega, terharu, gembira tak terkata bercampur-aduk dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia ketika menerima kemenangan pasukan bolasepak negara dan begitu jugalah rasanya apabila mendapat berita bahawa YABhg Tan Sri Abdul Ghani Patail akhirnya bersetuju untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan demi memperjuangkan satu keadilan buat seorang insan yang hampir teraniaya oleh keadaan.

Tidaklah terlalu awal rasanya untuk semua barisan bloggers yang cintakan keadilan dan kedamaian untuk menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada Peguam Negara yang kacak bergaya Tan Sri Abdul Ghani Patail atas kesudian beliau menyetujui apapun bentuk desakan yang ramai pihak seru sebelum ini terhadap beliau agar segera memenuhi harapan semuanya yang mahu supaya kes liwat II dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi dan di kesempatan ini juga saya secara peribadi memohon ampun dan maaf kepada YBhg Tuan Peguam Negara andaikata terdapat tulisan saya dan yang lainnya di blog masing-masing yang nampak agak terlalu emosi serta telah menyinggung pihak tuan. Mohon Maaf!

Terima Kasih.

0 ulasan:

Sejarah TYT dan Ketua Menteri Sarawak [t/kasih: www.tehranlasik.com]

Courtesy tehran

Arkib Blog

Laman Sosial 1Malaysia

Laman Sosial 1Malaysia
Pertama di Malaysia

Pakatan Rimba berdemo...

Pakatan Rimba berdemo...
Ehsan blog : Dimensi

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dirasmikan oleh KDYMM SPB Yang Di Pertuan Agong pada Isnin 27hb. Julai 2009: Bernilai RM296.5 juta. Terletak diatas bukit tepi Sungai Sarawak, Kuching seberang Hilton Hotel.

Sarawak Bersatu

Sarawak Bersatu
Menaungi perjuangan murni Blogger Sarawak