Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 19, 2012

NJ awal-awal sudah kibar bendera putih

Parlimen Malaysia belum lagi dibubarkan oleh Perdana Menteri manakala DUN-DUN bagi setiap negeri juga belum lagi dibubarkan oleh Menteri Besar negeri masing-masing namun bekas Menteri Besar Perak YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telahpun mengambil langkah tidak berani apabila awal-awal lagi sudah mengumumkan tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang serta kerusi Parlimen Bukit Gantang bagi mewakili parti PAS pada PRU13 nanti.

Kurang pasti samada tindakan tanpa diduga DS Nizar itu cuma satu helah beliau semata-mata untuk menguji sejauh mana sokongan rakyat terhadap beliau selepas gagal menerajui negeri Perak bagi tempoh sepenggal pemerintahan apabila hanya berjaya menduduki kerusi Menteri Besar Perak selama 8 bulan lebih ekoran tindakan keluar parti oleh seorang wakil rakyat DAP dan dua daripada PKR yang mengakibatkan kerajaan Pakatan DAP/PKR.PAS tumbang setelah mereka hilang kerusi majoriti di dalam DUN Perak.

Atau juga mungkin DS Nizar sedar bahawa rakyat terutama orang-orang Melayu dan Islam semakin ramai menolak parti PAS berikutan berbagai kontroversi yang timbul ekoran tindakan kurang matang para pemimpin serta para pengikut parti PAS sejak kebelakangan ini yang mana terdapat beberapa tindakan yang tidak selari dengan tuntutan Islam nyata tidak mencerminkan yang PAS sebuah parti memperjuangkan agama Islam seperti yang mereka laung-laungkan.

Bertitik-tolak dari situlah maka boleh diramalkan bahawa tindakan DS Nizar untuk tidak bertanding semula pada PRU13 nanti merupakan tindakan yang dibuat selepas sedar yang perjuangan PAS kini tidak lagi bersandarkan kepada perjuangan ataupun matlamat asal penubuhan parti tersebut tetapi lebih kepada usaha para pemimpin PAS itu sendiri untuk mengejar pangkat dan kuasa memerintah negara bersama-sama dengan DAP dan juga PKR.

4 ulasan:

Jeffry berkata...

NIZAR LEMBU NI SEBARIS MCM LEMBU2 PAS YG LAIN GAK BROO..TP DIA NI PALING BODO LEBEY SKET LERR..KEHKEHKEHKEH

Megat Alam Gempita berkata...

Nizar lambai ni jadi Mat Barua (MB) DAP pun hasil sogokan N.Ajis pada komunis Ngah dan Ngeh.

Habis tanah Melayu di Gua Musang dibolot oleh komunis DAP ni. Semuanya kerana bahalul siyasah lebai-lebai malang hamPAS kaki rasuah.

Bingai @ Bangang berkata...

Aku rasa dia nak test market jer tu.. Atau dia nak bertanding atas tiket DAP. hehehehe

Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang

hilbert berkata...

bro Jeffry - DS Nizar kira macam lembu tua dah lah ooo hehe..

bro M-A-G : itulah DAP bro, di mana saja mereka ada kuasa walau sedikit mereka tetap mahu keuntungan walau dgn cara yang salah..

bro B @ B : sya juga rasa demikian..agaknya DS Nizar saja nak dptkan maklumbalas dari pengundi :))

Arkib Blog