Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Disember 04, 2012

Jika PR bentuk kerajaan, Sarawak akan dikuasai penuh oleh Pusat !

Tidak sepertimana keadaan sekarang ini yang mana Sarawak hanya diperintah oleh parti tempatan sendiri di negeri ini walaupun bersama dengan UMNO, MCA, MIC, PPP, PBS, PBRS, UPKO dan lain-lain lagi bergabung membentuk perikatan Barisan Nasional namun parti-parti lain dari luar tidak pernah untuk mencuba masuk campur di dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak yang ditadbir secara autonomi oleh empat buah parti tempatan PBB, PRS, SPDP dan SUPP.

Keadaan ini akan boleh berubah seratus peratus menjadi sebaliknya jika Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS mengambil alih kuasa memerintah negara daripada Barisan Nasional di mana tiada satupun parti pembangkang peringkat negeri Sarawak yang akan diberi kuasa untuk mentadbir kerajaan negeri sebagaimana ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan.

Segala urustadbir negeri Sarawak akan mendapat arahan terus dari PR Pusat dan walaupun mungkin Baruk Bian mahupun Wong Ho Leng ataupun Chong Chieng Jen akan dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sarawak mereka tidak akan dibenarkan untuk membuat keputusan sendiri mengenai pentadbiran di negeri Sarawak tanpa terlebih dahulu dirujuk kepada Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Haji Abd Hadi Awang.

Rakyat Sarawak perlu dan wajar lebih awal melihat perkara yang bakal kita di Sarawak hadapi sekiranya Pakatan Pembangkang tiga parti ini berkuasa di Malaysia dan jangan sesekali lupa bahawa selama kerajaan Barisan Nasional yang bertulang belakang parti UMNO, mereka ini tak pernah cuba untuk menguasai atau mempengaruhi cara kerajaan Sarawak mengurustadbir negeri ini malah dalam keadaan tertentu parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung inilah yang sentiasa memberikan bantuan sedaya upaya yang mungkin kepada rakan mereka dalam BN negeri ketika pilihan raya negeri misalnya dan tidak timbul isu cuba berkuasa di Sarawak sepertimana sedang dilakukan secara terang-terang oleh PKR, DAP dan PAS sejak sekian lama.

2 ulasan:

Pemikir berkata...

Pemikir sangat bersetuju. matlamat dan tujuan mereka nampak jelas dan terang. Hati hati

Jeffry berkata...

SLM BRO...TUJUAN SEBENAR FUCKATAN CUMA NAK REBUT PUTRAJAYA..YANG LAIN2 TU BUANG KE TEPI DULU MCM SAMPAH..AGAK2 SUSAH NAK TAWAN NANTI DIORANG KUTIP BALIK HEHEH

Arkib Blog