Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 27, 2012

Hadi & Karpal terus dihantui kenangan silam !

Nampaknya YB Karpal Singh dan juga YB DS Hadi Awang tidak dapat lari dari terus diburu oleh para pengamal media yang pastinya muncul dengan seribu satu macam soalan tentang Amanat Hadi, Tabung Memali dan juga tentang hansard Parlimen 1997.

Sejauh manapun kedua-dua mereka lari bersembunyi pasti ada waktunya nanti mereka tidak dapat untuk mengelak dari memberi jawapan kepada berbagai persoalan yang timbul berikutan isu-isu lama itu yang kini telahpun timbul semula.

Cuma yang nyata kini ekoran kebangkitan semula kedua-dua isu Amanat Hadi, Tabung Memali dan hansard Parlimen 1997 telah memberi kesan yang sangat buruk kepada perjalanan politik kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka kini seakan-akan sudah terperangkap di dalam permainan politik yang dicipta sendiri.

DS Hadi Awang yang pernah mengeluarkan fatwa mengkafirkan orang-orang UMNO pada tahun 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun yang lalu kini terpaksa pula berdepan dengan bekas-bekas ahli PAS sendiri yang mahu beliau menarik balik kenyataannya sepertimana yang terkandung di dalam amanat tersebut setelah menyedari mereka tertipu dan mahu beliau meminta maaf daripada orang Melayu dan msayarakat Islam di negara ini.

Demikian juga dengan Karpal Singh yang sebelum ini begitu beriya-iya sekali mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan haram Pembangkang menang besar pada PRU13 nanti dan keputusan Karpal yang lebih cenderung memilih Anwar berbanding DS Hadi Awang sebagai Perdana Menteri adalah amat bertentangan sekali dengan pandangan beliau sendiri pada tahun 1997 dulu yang bermati-matian mahu kerajaan memecat Anwar dari jawatannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri atas alasan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana memiliki tahap moral yang sangat rendah setelah terlibat dalam kegiatan salahguna kuasa dan juga seks bebas.

4 ulasan:

Jeffry berkata...

BESA LER BROO..BILE SERBAN ATAS KEPALA DAH SAMA BERAT DENGAN DOSA MULUT DIORANG PUN DAH TAK BLEY NAK KONTROL HEHEH

freemalaysiakini berkata...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Agent X berkata...

Bro, kalau tak keberatan tolong senaraikan blog Keadilan X Sarawak™ untuk berjuang disisi sdr. TQ.

hilbert berkata...

Yup, betul bro Jeff..umpama senjata makan tuan bagi Karpal, dulu dia kena Anwar skrg dia sendiri yg kena hehe..bagi Hadi pulak..amat berat..

FMK.. tq

Agent X, ok bro dn t/kasih :)

Arkib Blog