Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, November 08, 2012

Kenyataan Nurul Izzah bakal undang konflik agama di Malaysia !

Kenyataan tidak bertanggungjawab Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan memilih agama  bagi setiap individu di negara ini kalau dilihat dari segala sudut tentunya bukan ditujukan kepada orang Melayu dan Islam saja malah turut disasarkan juga kepada semua penganut agama lain di negara ini.

Sebagai seorang wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen yang juga sebagai seorang pemimpin kanan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak wajar sama sekali bagi Nurul Izzah untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerna walaupun sehingga sekarang hanya sebahagian besar orang-orang Melayu dan Islam yang bangun dan bangkit menyuarakan bantahan mereka terhadap kenyataan terbuka Nurul Izzah itu tetapi bukanlah menjadi satu perkara yang mustahil selepas ini sekiranya orang bukan Islam khususnya orang-orang Kristian juga akan turut bangkit membantah kenyataan celupar Nurul Izzah itu.

Tentu sekali mana-mana agama di atas muka bumi ini tidak pernah merestui barangsiapapun antara pengikut mereka keluar dari agama masing-masing dan kemudian masuk serta menganut lain namun sebagai menghormati hak seseorang, maka pihak gereja terpaksa akur dan menyerahkan keputusan untuk dibuat sendiri oleh mereka yang berhajat untuk memeluk agama lain.

Tetapi seandainya kenyataan oleh Nurul Izzah itu suatu hari nanti akan menjadi kenyataan dan berkuatkuasa, tidakkah kita melihat bahawa akan berlaku pertembungan yang amat tidak sihat di antara berbagai agama yang ada di negara ini. Tentu sekali siapapun juga akan merasakan diri mereka bebas untuk menentukan agama mana yang patut mereka pilih dan berapa lama mereka akan berada dalam agama berkenaan dan jika rasa tidak serasi maka mereka bebas memilih samada mahu keluar dari agama yang sedang dianuti dan balik serta masuk agama lain pula.

Jika ini berlaku sudah tentu banyak juga perkara lain yang akan turut timbul dan apa yang pasti nanti ialah pertentangan antara agama di negara ini mungkin tidak akan dapat dielakkan lagi daripada berlaku apabila masing-masing cuba mempertahankan hak serta fahaman agama mereka. Mungkin pada forum tersebut Nurul Izzah merasakan bahawa kenyataan beliau itu adalah bertujuan bagi menyedapkan hati para peserta serta ahli panel yang beragama Kristian, tetapi dia tidak dapat menjangka kesan buruk yang wujud dari kenyataan beliau itu terhadap hubungan antara agama yang terdapat di dalam negara ini.

1 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO...DIA SBG ORG ISLAM TKDE RASE TANGGUNGJWB TERHADAP AGAMA SENDIRI. DAH TENTU ORG LAIN TAK KN HORMAT KAT DIA LBEY2 LG YG SAMA AKIDAH DAN SE AGAMA SBB DIA SUKA MENIMBULKAN KERAGUAN DAN PERPECAHAN DI KALANGAN UMAT ISLAM TU SENDIRI

Arkib Blog