Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, September 15, 2012

Sarawak sebelum penubuhan Malaysia 49 tahun yang lalu..

Serba sedikit tentang sejarah pertengahan Sarawak sebelum bersama-sama dengan Malaya, Sabah dan juga Singapura yang bergabung untuk membentuk sebuah negara persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 iaitu 49 tahun yang lalu.

Sebelum kedatangan pelayar Inggeris bernama James Brooke ke wilayah Sarawak pada 15 Ogos 1839, negeri ini telahpun di perintah oleh kerajaan Brunei sejak berabad-abad lamanya. Kisah bermulanya James Brooke mendapat kuasa untuk memerintah Sarawak ialah selepas beliau menerima tawaran daripada kerajaan Brunei ketika itu untuk menangani pemberontakan kaum Iban yang menentang pemerintahan beraja oleh Brunei di Sarawak.

James Brooke ditawarkan dengan beberapa wilayah Sarawak yang dikuasai oleh Brunei sekiranya beliau berjaya mengekang kemaraan serangan oleh para pemberontak suku Dayak Iban yang berterusan mensasarkan kepentingan kerajaan Brunei di Sarawak. Bagai orang yang sedang mengantuk disorongkan bantal, James Brooke dengan lapang dada menerima tawaran berkenaan dan berjaya dalam tindakbalasnya melawan kebangkitan para penentang kaum Iban.

Sebagai membalas jasa James Brooke yang berjaya mengawal keadaan, pemerintah Brunei telah menyerah beberapa wilayah kepada James Brooke dan ini dilaku bagi memenuhi janji Brunei kepada James Brooke sebelum itu. Dan begitulah terjadi seterus apabila keadaan mendesak sehingga pemerintah Brunei terpaksa melepaskan banyak lagi wilayah yang mereka kuasai kepada James Brooke setelah gagal bertahan dari serangan dari pemberontak Iban ketika itu.

James Brooke dan keturunannya berada di Sarawak selama lebih seratus tahun di mana keluarga Brooke telah diangkat sebagai Raja Putih dikenali sebagai Rajah Brooke. Pada tahun 1941, tentera Jepun telah mendarat di Pulau Borneo dan menyerang Sarawak dan terus menguasainya sehingga pada perang dunia yang ke-2. Tahun 1945, tentera Jepun telah menyerah kalah ekoran pengeboman dua bandar utama di Jepun iaitu bandar Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh tentera Amerika Syarikat dan tentera Australia.

Selepas berakhirnya perang dunia kedua, Sarawak tidak ditadbir oleh pemerintah yang tetap namun peranan itu kemudiannya telahpun diambilalih oleh British Borneo Civil Affairs Unit dan tentera Australia diberi tugas untuk mengawal selia sebelum Sarawak di serahkan kepada kerajaan British. Selepas itu, Sarawak mendapat status negara merdeka daripada kerajaan British pada 22 Julai 1963 iaitu sebulan setengah sebelum berlakunya pembentukan negara Malaysia.

Pada 16 September 1963, Sarawak bersama dengan Malaya, Sabah dan juga Singapura telahpun bersatu membentuk satu negara persekutuan yang kini dikenali sebagai Malaysia. Sejarah ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebenarnya bukanlah mendapat kemerdekaan daripada kerajaan keluarga Brooke ataupun dari pemerintah keluarga Di Raja Brunei sepertimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak tetapi kemerdekaan Sarawak adalah diperolehi daripada kerajaan British.

SELAMAT MENYAMBUT DAN MERAYAKAN HARI MALAYSIA YANG KE-49 TAHUN!!!

Tiada ulasan:

Arkib Blog