Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, September 04, 2012

Ketuhanan Nabi Isa as: tolong terjemahkan Ayat 79 Surah al-Baqarah untuk saya ke dalam Bahasa Melayu !

Saya ingin memohon jasa baik para pembaca khususnya orang-orang Islam yang sekiranya ada terbaca tulisan ini untuk menterjemahkan maksud satu Ayat dari Kitab Suci Al Quran iaitu yang dikatakan ada menyebut tentang ketuhanan Nabi Isa a.s atau Yesus Kristus sepertimana yang diimani oleh umat Kristian sehingga kini.ke dalam bahasa Melayu.

Jujur saya katakan bahawa saya ingin sekali mengetahui tentang kebenaran di sebalik kepercayaan kami orang Kristian bahawa Yesus Kristus itu anak Allah dan saya tertarik sekali berkenaan dengan satu debat agama oleh seorang bekas penganut agama Kristian dari mazhab Protestant iaitu saudara Syamsul Arifin Nababan atau dulu namanya adalah Bernard Nababan berketurunan Batak Indonesia dengan beberapa orang pemimpin Kristian di Indonesia berhubung dengan kelahiran, kematian serta ketuhanan Nabi Isa a.s ini.

Didalam debat itu saudara Syamsul Arifin Nababan ada membangkitkan bagaimana kesedaran beliau tentang ketuhanan Nabi Isa telah menimbulkan keraguan buat dirinya sebaik beliau membaca satu ayat dari Al Quran iaitu dalam Surah Al-Baqarah Ayat 79. Dan begitu juga dalam Surah An Nisa serta Surah Al Imran di dalam Al Quran yang dikatakannya Al Quran membela Nabi Isa a.s apabila mengakui bahawa Nabi Isa a.s atau Yesus Kristus sebenarnya tidak disalib tetapi telah diangkat ke langit dan yang disalib adalah seorang yang telah diserupakan wajah sama dengan wajah Nabi Isa a.s

Jika di dalam Injil Markus fasal 13 Ayat 32 di mana di situ ada mengisahkan bagaimana Yesus sendiri saat ditanya oleh orang Saduki tentang hari Kiamat Dia tidak tahu bila ianya akan berlaku. Ini telah menimbulkan satu tanda tanya...bagaimana boleh seorang Tuhan tidak tahu tentang bila tarikh akan berlakunya hari Kiamat jika benar Dia anak Tuhan. Begitu juga di dalam Injil Markus fasal 12 Ayat 28 dan Ayat 29 di mana Yesus telah menyebut bahawa Allah itu Esa bermakna tiada dua mahupun tiga.

24 ulasan:

khairuzzaman berkata...

Umat Islam beriman bahawa Nabi Isa a.s adalah Pesuruh Allah.
Allah Maha Berkuasa menciptakan setiap sesuatu.
Jika Dia mengatakan 'Jadi' maka jadilah ia. (Kun Fa Ya Kun)
Jika Nabi Isa a.s dianggap sebagai anak Tuhan bagaimana pula dengan Nabi Adam a.s yang diciptakan tanpa bapa dan ibu ? Malah isteri baginda Hawa pula diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam a.s
Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa tapi ada ibu.
Nabi Adam tanpa bapa dan ibu.
Hawa tanpa bapa dan ibu.
Bagaimana mahu dinyatakan status Hawa?
Sesungguhnya semua ini adalah Allah ingin menunjukkan kepada manusia akan kebesaran KekuasaanNya.

Mordechai Kuchai berkata...

Surah Al-ikhlas cukup untuk menjawabnya :

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Talhah berkata...

Pertamanya saya tidak faham atas sebab apa perlu dikaitkan ayat 79 baqarah dan taraf anak Nabi Isa. Perlu di perjelakan lagi

Walaubagaimanapun untuk meyampaikan hajat yang muskil:- ini bukan jawapan standard seorang Imam atau seorang Uztaz tetapi jawapan seorang jalanan yang mengunakan sedikit akalnya


lol Rasanya perkara ini tidak perlu bersusah payah nak cari dalam Al-Quran pun. Guna sedikit akal sahaja dah cukup.

Jikalau benar Isa anak Tuhan kenapa anak lelaki :- kenapa tak anak perempuan? Kenapa tidak anak khunsa?

Adakah jika benar Isa anak Tuhan adakah tubuh fizikalnya suci juga seperti Zat bapanya? Jika benar adakah najisnya boleh di makan dan air kencingnya boleh di minum?

Jika ada makhluk asing yang bukan dari planet bumi yang mempunyai kesedaran juga adakah mereka mahu menerima species manusia sebagai anak Tuhan? Kenapa tidak mereka?

Kenapa anak Tuhan perlu ada zakar dan buah zakar? Adakah Tuhan hendakkan cucu juga? Kenapa perlu dikhitankan Nabi Isa? Adakah ianya bermaksud kejadian kulupnya tidak sempurna hingga perlu di buang?

Kenapa anak tuhan dari keturuanan Ibrani bukannya orang Cina ka? Orang Afrika ka? orang kulit sawo matang seperti orang Melayu ka? orang India ka?

Kenapa Tuhan begitu sadis hinggakan anaknya sendiri perlu di salib kena cucuk-cucuk dengan paku kat tangan pakai mahkota duri separuh telanjang untuk menyucikan dosa manusia? Ampunkan sahaja la apa susah-susah? Kenapa perlu dramatik dan theatricals?. Tuhan juga seorang emo dan drama queen ke? lol...


Itu jawapan orang jalanan.

Tapi walaubagaimanakan untuk jawapan yang molek sedikit saya ingin merujuk jawapan Mordechai Kuchai 4 september 2012. Surah Al Ikhlas ialah jawapan yang paling tepat mutlak atas taraf Nabi Isa. A.S. Tidak ada ada perlunya merujuk kepada Surah 79 Al-Baqarah sampai boleh keliru dibuatnya.





Talhah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hilbert berkata...

Sdra. Khairuzzaman, terima kasih atas penjelasan berupa perumpamaan namun mudah difahami..

Sebenarnya saya dah berulang kali mendengar rakaman debat agama antara Kristian-Islam menyentuh tentang Nabi Isa a.s

Sebab Syamsul Arifin Nababan sewaktu debat tu dia baca Ayat tersebut dalam bahasa Al Quran..makanya saya tak faham cuma dia menyebut kemudian menafsir sedikit dalam bahasa Melayu.

Mordechai Kuchai, terima kasih...
ayat-ayat tu biasa saya dengar tetapi apakah dalil-dalil lain yang lebih meyakinkan...maksud saya kisah penuh riwayat Nabi Isa mengikut versi Al Quran?

Talhah, terima kasih..
Saya lagi kurang faham mcm mana untuk jelaskan bagi memahamkan anda tentang apa yang saya maksudkan... OK..begini, dalam rakaman debat selama 42 minit itu
Syamsul Arifin Nababan ada menyebut bahawa Ayat 79 surah al-Baqarah menyangkal tentang kepercayaan dalam Injil bahawa Nabi Isa a.s yang kami tahu sebagai Yesus adalah Tuhan..

taufiq Mohd Noor berkata...

Bismillah Ar Rahman Ar Raheem

Al Baqarah ayat 79 : Kecelakaan besar bagi orang orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka kemudian mereka berkata 'Ini ialah dari sisi Allah' supaya mereka dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit.

Mungkin Syamsul Ariffin Nababan terpahat hati dgn Ayat 79 ini selepas membaca dan memahami apa yang telah diwahyukan kepada kami dari Allah Tuhan kami apa yg tersurat didalam surah A-Li Imraan serta surah An Nisaa. Beliau memang mengetahui Injil kini telah lama di ubahsuai ayat ayatnya. Malah Allah menyebut dalam Surah An Nisaa iaitu ibu Nabi Isa AlMasih (Maryam) adalah seorang wanita paling suci disisi Tuhan kami Allah Hu Akbar

Jeffry berkata...

SLM BRO..SETIAP PERSOALAN PASTI ADA JAWAPANNYE...CUBA BRO TONTON DI YOU TUBE CERAMAH OLEH AHMAD DEEDAT...HARAP2 BRO BEROLEH JAWAPAN YANG PALING TEPAT BAGI SOALAN TU..INSYALLAH BRO >:]

hilbert berkata...

Taufiq Mohd Noor,
Ye bro..terima kasih banyak-banyak...ya itulah perkataan yang Syamsul Arifin Nababan sebut..cuma saya fikir separuh tetapi rupanya keseluruhan.. terima kasih...

Harap ada keberanian dipihak orang Islam di negara ini seperti di Indonesia untuk menjelas kekeliruan ini tentang Yesus Kristus atau Nabi Isa a.s...semoga kebenaran dapat ditegakkan..jangankan kami turut tersesat dengan ajaran yang seolah-olah kabur yang kami sendiri kurang pasti. Terima kasih saudara Taufiq.

Bro Jeffery, salam bro...sebenarnya saya dah tergerak hati untuk tahu lebih lanjut tentang ini semua demi bangsa kami yang hanya minoriti di Bumi Kenyalang ini...harap Tuhan menunjukkan jalan terang buat kami semua. Amen!

ISAC berkata...

Bro lama X komen dalam blog tuan,

Terjemahan Surah Al Baqarah ayat 79, "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu".

Kalau mengikut kepercayaan kami (Islam) sesetengah ayat2 dalam kitab2 yang terdahulu iaitu kitab Taurat, Zabur malah juga Injil sebahagiannya telah ditukar oleh "mereka yang berkepentingan".

Tuan sendiri mengakui ada percanggahan terhadap beberapa ayat2 dalam kitab Injil Markus dengan kepercayaan penganut Kristian iaitu mempercaya tiga kuasa (Trinity) Tuhan, anak tuhan (Isa) dan Holy Spirit. Sebagaimana yang tuan sendiri muskilkan, mengapa Isa sendiri tidak tahu bila hari Kiamat akan berlaku jika beliau benar2 anak Tuhan..

Bagi kami umat Islam, Isa a.s. adalah sama seperti nabi2 yang lain sebagaimana Muhammad s.a.w., Ibrahim a.s., Adam a.s., Musa a.s. dll.

Ingin Tahu berkata...

Memang tepat ayat 79 surah albaqarah dalam menerangkan apa yg telah terjadi kepada kitab injil iaitu sama seperti yg terjadi pada kitab taurat malah kitab zabur juga. Kandungannya telah diubah oleh orang yg berkepentingan/nafsu.

Malah dalam perenggan terakhir saudara ada menerangkan isi kandungan Injil yg sudah tidak logik iaitu kejadian Yesus yg mengesahkan keesaan Tuhan (bercanggah dengan konsep trinity) dan Yesus tiada pengetahuan tentang kiamat (bercanggah dengan sifat Tuhan yang maha mengetahui).

Demikianlah ayat 79 surah albaqarah menerangkan apa yg telah terjadi pada Injil hari ini. Wallahualam.

taufiq Mohd Noor berkata...

Alhamdulillah. Saya berdoa agar awak dilimpahi rahmat serta petunjuk dari Allah.

Semua Rasul Rasul Allah tidak meminta upah utk menyampaikan kebenaran, hanya Allah Pemberi Ganjaran pada makhlukNya di seluruh alam ini.

Fadzli Fuzi berkata...

Saudara hilbert,

Boleh baca buku tulisan Prof Bart Ehrman "Misquoting Jesus".Beliau adalah pakar dalam ilmu Bible textual criticism.Penemuan beliau ialah Kitab Injil yg ada sekarang ini merupakan salinan2 daripada manusia2 biasa dan ditokok tambah oleh penyalin2.Hasil kajian beliau menyimpulkan terdapat banyak kesilapan pada Bible oleh kerana kesilapan daripada penyalin2 Bible.Maka Bible yg ada sekarang sudah hilang keasliannya.

Beliau sebelum ini merupakan born again Christian,tapi menjadi atheist disebabkan kajiannya sendiri.Boleh contact saya di pedutorres@yahoo.com kalau saudara tak jumpa buku tersebut di Malaysia.

Fadzli,USA

hilbert berkata...

Bro Isac, terima kasih..
itulah yg kami mahu fahami..banyak kebenaran yg terkadung dalam Al Quran Nabi Isa a.s tidak didedahkan...jika dilakukan akan membantu orang2 Kristian memilih jalan mana yang mereka mahu..

Ingin Tahu, terima kasih bro.. terima kasih atas kesediaan berkongsi ilmu..

Taufiq Mohd Noor, terima kasih.. ye..moga begitulah hendaknya..

Sdra Fadzli Fuzi..,
terima kasih atas keperihatinan saudara serta makluman yang diberikan..

ISAC berkata...

Bahkan Hilbert,

Dalam Islam, Nabi Isa a.s. merupakan salah seorang daripada 25 orang nabi lagi rasul yang wajib kami kenal dan tahu namanya. Klik sini: http://traditionalislam.freeservers.com/25_rasul.htm

Bahkan baginda juga merupakan salah seorang daripada rasul yang bertaraf Ulul Azmi. Yang bermaksud nabi/rasul yang memiliki kesabaran atau keteguhan hati yang tinggi. Adapun yang termasuk rasul ulul azmi adalah Nabi Nuh as., Ibrahim as., Musa as., Isa as. dan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Alaihi Wassalam (SAWW).

5 orang nabi/rasul yang mempunyai taraf tertinggi. Apapun dalam Islam, nabi Muhammad s.a.w. merupakan penghulu segala nabi/rasul

hilbert berkata...

Bro Isac,

Adakah di dalam Al Quran terkandung segala kebenaran tentang kisah Nabi Isa a.s dan jika iya mengapa ianya tidak disebarkan oleh orang Islam kepada manusia seluruhnya agar boleh menyelamatkan manusia dari terlalu jauh menyimpang dari hukum Tuhan?

Jika kedatangan Nabi Isa a.s ke dunia ini beserta Kitab Injil yang dibawanya bertujuan bagi menyelamatkan umat manusia, apa bezanya dengan Nabi Muhamad SAW dan juga Kitab Suci Al Quran yang diwahyukan kepada Baginda?

Peranan orang2 Islam dlm perkara ini sy fikir amat besar sebenarnya demi meneruskan tugas serta peranan yg telah ditinggalkan oleh Baginda Nabi Muhamad SAW dalam misi untuk menyelamatkan manusia dari melakukan dosa...jadi apa salahnya menyebarkan hal2 kebenaran tentang Nabi Isa a.s ini sebagaimana yang diriwayat dalam Al Quran kepada orang2 Kristian..moga mereka sedar dan tahu siapakah yang sewajarnya mereka sembah.

Ini mungkin sesuatu yang amat sensitif kepada sesetengah pihak namun bagi saya demi kebenaran adalah tidak salah bagi orang2 Kristian untuk tahu kedudukan sebenar Yesus Kristus dan selebihnya terpulanglah kpd individu itu sendiri samada masih mahu kekal ataupun berhijrah ke agama yang benar.

azahan nik berkata...

Sdr hilbert....

Boleh search joshua evans di youtube....jawapan yg sdr cari akan sdr jumpa di sana.....

ISAC berkata...

Brother Hilbert,

Pendakwah2 Islam, tidak sebegitu proaktif dan mendesak sebagaimana pendakwah2 Kristian yang sanggup masuk jauh ke pendalaman negara2 membangun.

Lihat sahaja bagaimana kedatangan Portugis sekitar tahun 1500 ke benua sebelah sini diikuti oleh Belanda, Inggeris, Sepanyol dan Perancis. Selain atas sebab ekonomi, kedatangan mereka adalah untuk menyebarkan agama Kristian dan menyekat pengaruh Turki dan Islam di dunia sebelah sini.

Di Malaysia sendiri yang menjadikan Islam sebagai agama resmi, pendakwah2 Islam juga kelihatan tidak begitu bersungguh2 di dalam menyebarkan agama Islam.

Mungkin atas sebabe berikut;
i)"complesent", kerana Tanah Melayu misalnya telah lebih 600 tahun menjadikan Islam sebagai agama resmi.
ii)Tiada sokongan kewangan sebagaimana persatuan agama Kristian yang dengarnya mempunyai dana besar kepada mubaligh2 yang menyebarkan agama tersebut.
iii)Budaya orang Melayu/Bumiputera yang tidak mahu "bergaduh" dengan kaum dan penganut agama2 lain jika berdakwah menarik penganut2 agama lain menganuti agama Islam. Jestru JAKIM hanya ditubuhkan untuk membantu saudara2 baru yang mahu memeluk Islam atas kerelaan dan kesedaran sendiri dan bukannya kerana dakwah secara "entensive" oleh Jakim.

Ini hanyalah berdasarkan pemerhatian peribadi saya.

Bahkan saya pernah membaca satu artikel di mana seorang Paderi di Sabah yang berjumpa seorang Imam di sebuah masjid menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam, imam tersebut pada mulanya tidak berani kerana takut akan diambil tindakan oleh Dato' Pirin Kitingan yang ketika itu Ketua Menteri Sabah dan dikatakan mempunyai kaitan dan pengaruh yang sangat kuat dengan pihak gereja.

Pertanyaan tuan tentang mengapa umat Islam sendiri tidak begitu bersungguh2 untuk menceritakan tentang pandangan Islam terhadap siapa sebenarnya Isa a.s. memang agak menghiris hati kami sendiri kerana seolah2 tidak berusaha untuk membantu saudara seinsan (manusia) di dalam mencari kebenaran.

Terus terang perkara tersebut amat sensitif. Saya pun X menyalahkan PERKIM 100% Pastinya semua agama akan menolak dengan keras andai ada ahli masyarakatnya (kariah) yang mahu "murtad" ataupun keluar agama. Tidak kira Islam, Kristian, hindu dan lain2...

Rasanya tuan pasti pernah terbaca kisah "Natrah". Bagaimana rusuhan telah berlaku dan memakan angka korban yang ramai.

Malah ada banyak lagi kisah2 seumpamanya yang berlaku tetapi tidak dihebahkan demi untuk menjaga kerharmonian disebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia.

Ianya sememangnya isu yang sangat sensitif malah untuk menguat-kuasakan undang2 mahkamah Syariah untuk penganut2 agama Islam sahajapun sejak kebebelakangan ini kami mendapat bantahan daripada Majlis Peguam.

Lihat sahaja bagaimana keluarga simati yang sanggup "mencuri" jenazah demi untuk mengkebumikannya mengikut agama asal walaupun ditegah oleh Majlis Agama Islam di negeri2 terbabit.

Bahkan Nazri, penyanyi utama kumpulan Nasyid Raihan juga pernah dikejar oleh bapanya sendiri dengan parang sehingga terpaksa melompat ke bawah daripada rumah kampung gara2 memeluk Islam.

Mungkin ada yang akan kata kerajaan tidak serius, apapun kerja berdakwah adalah tugas umat Islam jestru masing2 perlulah berperanan mengikut kemampuan masing2.

Sebagaimana sifat yang wajib bagi nabi Muhammad s.a.w. Benar, Amanah, Menyampaikan dan Bijaksana sebagai umatnya sewajarnya umat Islam perlu mewarisinya.

Buat tuan, feel free to ask, apa yang kita boleh kongsi, kita akan kongsikan. Kalau nak belajar dengan lebih mendalam, PERKIM ada menganjurkan kelas2 agama.

ISAC berkata...

Untuk pengetahuan tuan sebelum kitab Injil diturunkan, kitab Zabur dan Taurat telah terlebih dahulu diturunkan.

Bahkan lebih awal dan diantara waktu tersebut juga 100 suhuf/kitab2 kecil telah diturunkan.

Tetapi kitab2 yang lebih awal tersebut juga telah dipinda dan diubah oleh umat kemudiannya iaitu selepas kewafatan nabi2 mereka bukan semua tetapi pada sebahagian daripada ayat2 untuk menguntungkan mereka.

Itulah di antara sebab mengapa Allah s.w.t. menurunkan beberapa kitab.

Apa yang pasti Allah telah memberi jaminan bahawa Al Quran akan terpelihara hingga ke akhir zaman.

Jika tuan selidiki, ada diantara ayat2 di dalam Injil yang selari dengan Al Quran. Bahkan Al Quran menceritakan kisah nabi Isa a.s. dan nabi2 terdahulu dengan jelas.

Untuk pihak pengetahun selain Injil dan Al Quran, Zabur dan Tauratjuga merupakan kitab2 Allah asalnya. Tetapi bagaimana agama Yahudi dan Islam mengharamkan pemakanan babi/khinzir tetapi agama Kristian yang diturunkan selepas Zabur dan Taurat (agama Yahudi) dan sebelum Al Quran (agama Islam)pula boleh memakannya???

Pelik bukan??? Keempat2 kitab datang dari langit tetapi satu kitab menghalalkannya.

hilbert berkata...

Terima Kasih bro Isac atas penjelasan yang panjang lebar dan saya telah fahaminya.

Minta maaf bro, pada tulisan tertentu(pertanyaan) yang tidak sewajarnya namun ianya tidak bermaksud untuk mengguris hati mana-mana pihak kerana lebih jauh maksud untuk saya sampaikan namun sukar untuk berbuat demikian.

Mudahkan saja maksud saya; pendirian saya kekal bahawa Malaysia akan tetap stabil, makmur, aman dan sejahtera selagi negara ini ditadbirkan oleh pemimpin2 Melayu dan Islam.

Saya menjadi takut apabila memikirkan sekiranya suatu hari nanti orang2 Melayu dan Islam hilang kuasa politik di negara ini ekoran tindakan pihak2 tertentu yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini...boleh saya bayangkan bagaimana nasib bangsa Bumitera yang lainnya? Tentu mereka akan sengsara hidup dalam penindasan tambahan pula ada yang tidak mahu bersatu..

Bagi saya secara peribadi, Melayu dan Islam adalah asas kepada keadaan yang adil, aman dan harmoni di Malaysia tetapi walaubagaimanapun apakah dengan hanya bertahan tanpa bertindakbalas terhadap asakan-asakan yang semakin melampau terhadap Islam di negara ini oleh golongan tertentu, Islam dan Melayu masih kuat untuk mentadbir negara, membela kaum Bumiputera lainnya?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bro Isac, minta maaflah pada mana2tulisan saya yang tidak kena ye..

dr.yorQue berkata...

ehem,,mungkin agak lambat komen entry ni...tanpa disedari, menitis air mata saya membaca anda kat entri nih, bro!persoalan dah agak jelas di jawab...saya tertarik dgn komen anda yg menyebut,

"...Harap ada keberanian dipihak orang Islam di negara ini seperti di Indonesia untuk menjelas kekeliruan ini tentang Yesus Kristus atau Nabi Isa a.s...jangankan 'kami' turut tersesat dengan ajaran yang seolah-olah kabur yang 'kami' sendiri kurang pasti..."

jika semua 'kami'itu mcm anda, mungkin mudah untuk dijelaskan, tapi tak semua yg faham, dan ramai yg mengatakan islam itu complicated bila sesuatu hukum diterangkan...semoga kitak dapat hidayah.ya jak kmk doa. chill!!

=))

jujur ikhlas berkata...

itu pun nak jadi isu ke....tak de isu lain ke.....yang kiamat tu sudah ada....ia sedang berlaku...sperti mana yang kamu buat sekarang....kamu sedang mengkiamatkan dunia dengan komen2 kamu itu semua....apa kamu semua ini tuhan ke-2????...pandai2 nak komen2....apakah ilmu didada kamu sudah cukup untuk dibawa ke syurga....fikirlah wahai teman...rakan2..dunia ini hanyalah sementara...berbuat baiklah kamu selagi ada peluang....malaikat maut sentiasa ada dimana2...saitan pun sentiasa ada dimana-mana...so kristian punya hal...dia punya hal la.....muslim punya hal ...dia punya hal la...so jangan jadikan ini sebagai 1 isu....masing2 ada kepercayaan...kecilkan la kepala mu itu....dan jangan terlalu membesarkannya.........jangan kamu fikir yang kamu itu adalah yang terbaik....setiap agama ada kelebihan ada kekurangan.....

jujur ikhlas berkata...

adakah kamu nak menghapuskan agama kristian dimuka bumi ini..???...adakah ini yang kamu pelajari dalam agama kamu..???..yang hendak membenci agama orang lain...seolah-olah agama kamu itu la yang terbaik.....so plsss bloger...takde bnde lain ke yang nak post???...

jujur ikhlas berkata...

tulis ke blog pasal politik ke ape ke....harga minyak....harga barang ke...or anything kecuali agama dan bangsa...pls...

hamba Allah berkata...

Assalamualaikum kepada muslimin n muslimat. Salam sejahtera kepada yg bukan muslim... Sy rasa blog ni berguna kepada umat islam untuk meningkatkan iman dan sebagai benteng kepada diri masing2. Yg membaca perlu berfikir dan xperlu emotional. Kta perlu tahu tentang salahsilah dan sejarah agama lain juga kebenarannya...blog ni bnyk memberi pendedahan kepada semua. Itula hakikatnye...tidak ada yg memburuk2 kan agama lain...oleh itu tingkatkan ilmu dan mantapkan rohani supaya kta dpt elakkan anasir2 luar yg boleh menggugat keimanan kta terhadap Allah...berdakwah dan menyampaikan dgn cara berhemah...innamal a'malu binniat...sesusngguhnye Allah memelihara sekelian makhluk..maka bersyukurlah

Arkib Blog