Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mei 19, 2012

Tidak usah layan syarat gila Datuk Nik Aziz !

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memang seorang pemimpin yang tidak lagi boleh untuk dipercayai apa jua kenyataan yang beliau buat tentang perpaduan antara UMNO dengan PAS.

Kalau benar Datuk Nik Aziz jujur dan ikhlas hendak mencapai perpaduan dalam hubungan dikalangan orang-orang Melayu UMNO dan PAS beliau tidak sewajarnya meletakkan berbagai syarat selagi kedua-dua belah pihak belum duduk semeja mengadakan perbincangan mengenainya.

Ini belum apa-apa lagi tetapi Nik Aziz sudahpun mengenakan bermacam-macam syarat terhadap UMNO yang menggambarkan seolah-olah PAS merupakan sebuah parti yang berpegang teguh kepada prinsip, sentiasa mempertahankan dasar perjuangan parti iaitu dasar negara Islam dan hukum hudud serta mengutamakan soal akidah orang-orang Melayu Islam lebih daripada kepentingan politik peribadi.

Namun malang sekali sebab PAS kini bukanlah lagi sebuah parti yang boleh dianggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam kerana banyak perkara berkaitan Islam yang patut mereka pertahankan telah lama diabaikan malah Dasar Negara Islam yang mereka perjuangkan sejak penubuhan PAS juga telah digantikan dengan dasar baru iaitu Dasar Negara Berkebajikan.

Dan ini amat pelik dan sangat lucu sekali apabila PAS melalui Datuk Nik Aziz telah mengenakan syarat kepada UMNO agar menggantikan dasar parti daripada Dasar Kebangsaan kepada Negara Islam sebelum bermuzakarah dengan PAS sedangkan pada waktu yang sama PAS sendiri telahpun menggugurkan dasar negara Islam daripada perjuangan parti mereka.

Syarat gila yang kedua diletakkan oleh Datuk Nik Aziz terhadap UMNO ialah mahukan kedua-dua rakannya dalam Pakatan Haram iaitu DAP dan PKR diterima sekali menyertai muzakarah itu atas alasan kerana PAS sekarang bukan lagi bersendirian seperti dulu tetapi telah ada kawan dalam pakatan. Inilah yang saya katakan bahawa tidak payahlah nak dilayan lagi kebodohan apa-apapun cadangan daripada pihak Pakatan Haram ini.

Nak menjayakan usaha perpaduan antara UMNO dengan PAS adakah patut DAP diajak sekali bermesyuarah? Terlupakah Datuk Nik Aziz tentang amaran keras yang banyak kali diberikan oleh Karpal Singh terhadap PAS jika masih berhasrat mahu mendirikan Negara Islam di Malaysia?

UMNO jangan layan lagi pemimpin songsang pakatan haram pembangkang, banyak sangat sudah perkara yang telah mereka laku semuanya "diluar tabiee" !

4 ulasan:

Jokiden berkata...

Hahaha... agak dah..

Ini samalah degan syarat Puteri Gunung Ledang kepada Sulatan Melako dulu-dulu..

Bingai @ Bangang berkata...

dia nak perangkap UMNO pulak? macam budak-budak. hehehe

Jeffry berkata...

SLM BRO..WALLY SLIPAU DAH TUA..DAH NYANYUK..DAH TAK KENAL AGAMA. DLM KEPALE OTAK DIA CUMA INGAT UNDI..DULU MINTAK BANTUAN SYAITAN. SKRG TERHEGEH2 RAYU UMNO SOKONG MUZAKARAH..BAG SYARAT MCM HARAMZADER..SYARAT YG XDE KENE MENGENE LANGSUNG DGN PERPADUAN ORG ISLAM..MANE LER DIA DPT ILHAM MERAPU TU ADOIYAIII..DH BUANG TEBIAT ORG TUA KUTOK TU KEHKEHKEH

hilbert berkata...

Jokiden,
syarat yg Nik Aziz letak lagi gila bro...pihak PAS sendiri yg dah buang Islam dari parti tapi mau lagi suruh UMNO kutip balik,,,

BB,
harap UMNO berwaspada sentiasalah dgn tipu muslihat puak2 pakatan haram tu,..

Bro Jeffry,
slm, itulah dinamakan sebagai syarat gila Datuk Nik Aziz...kalau benar2 ikhlas nak pertahankan perpaduan dikalangan orang Melayu dan Islam, apahal pula dia nak bawa sekali DAP masuk muzakarah..,gila syarat betul orang tua tu

Arkib Blog