Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 27, 2012

Hentikan segera perbuatan membunuh dan amalan memakan daging buaya !

 Kejadian mangsa serangan buaya ganas di Batang Lupar dan di beberapa kawasan lain dalam negeri Sarawak bukanlah satu cerita baru malahan ianya sudah kerapkali berlaku sejak sekian lama terutama sekali dikawasan yang diduduki oleh masyarakat Iban dan juga masyarakat Melayu.

Persoalannya, kenapa kejadian seperti ini sering berulang dan tiadakah jalan lain dapat dibuat untuk mengatasinya? Untuk menjawab mengenainya memang agak sukar kerana sebijak manapun manusia yang secara lahiriahnya telah dibekalkan dengan akal fikiran yang sempurna pasti tidak akan mampu untuk membaca waktu bila serangan buaya akan berlaku dan terhadap siapa.

Serangan buaya ganas terhadap penduduk pendalaman di Sarawak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan yang terbaru melibatkan seorang remaja lelaki Peter Heerema Sadan, baca di sini yang didapati telah hilang hampir seminggu yang lalu selepas menghantar adik tirinya balik ke rumah sebaik mereka selesai mengambil air bersih dari sungai berdekatan untuk kegunaan memasak.
Buaya merupakan sejenis reptilia yang sejak dulu lagi dipercayai memiliki sifat yang amat pendendam iaitu akan membalas dendam terhadap mana-mana keturunan manusia yang pernah menyakiti ataupun yang pernah membunuh salah seekor buaya dari kalangan mereka dengan bertindak balas akan menyerang balik, membaham, membunuh serta memakan mangsa yang berjaya ditawan.

Saya tidak pernah memikirkan bahawa buaya tidak akan bertindak menyerang manusia secara rambang kalau bukan tanpa sebabnya kerana buaya sepertimana juga dengan haiwan buas yang lainnya tentu akan menyerang balik barangsiapa yang cuba mengganggugat kawasan habitatnya apatah lagi kalau ada yang sampai ke tahap membunuh serta mengambil dagingnya untuk dijadikan sebagai menu makanan.

Kepada kerajaan negeri Sarawak, bukanlah maksud tulisan ini bertujuan mahu menafikan hak para waris mangsa buaya ganas dari menuntut bela di atas kematian ahli keluarga mereka akibat dari serangan maut oleh buaya tetapi demi untuk mengurangkan kejadian serangan buaya dari terus berlaku terhadap rakyat di tempat tertentu di negeri ini maka eloklah rasa untuk kerajaan Sarawak menggubal satu undang-undang baru iaitu melarang sama sekali amalan sesetengah masyarakat di negeri ini yang gemar memakan daging buaya dan menangkap anak-anak buaya untuk tujuan komersil.

Kepada mana-mana pengusaha restoran yang ada menyediakan menu makanan berasaskan daging buaya maka mohonlah kerjasama daripada mereka ini supaya beralihlah kepada menu daging haiwan lain untuk restoran masing-masing. Mereka perlulah berkorban sesuatu demi menjaga keselamatan pihak di negeri ini dan diharap agar tindakan sebegini sekurang-kurangnya boleh mengurangkan risiko serangan buaya kerana saya percaya tentang sumpah buaya bujang senang akan terus memburu tujuh keturunan manusia yang telah membunuh ahli keluarganya.

Ingatlah bahawa buaya lain yang bersifat pendendam juga pasti akan terus memburu mereka termasuklah generasi mereka yang pernah membunuh dan memakan daging buaya yang ditangkap dan dalam perkara ini maka kerajaan negeri harus berbuat sesuatu dan didiklah rakyat agar lebih beretika dari segi amalan pemakanan mereka dan sedarkanlah segelintir daripada mereka ini bahawa memburu, membunuh, memiliki, menyimpan, memperdagangkan kulit buaya, memakan dagingnya merupakan satu kesalahan disisi undang-undang.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...MACAM2 YG PELIK ADA KAT DUNIA NI..KAT JEPUN ADE LELAKI SANGGUP POTONG, MASAK DAN HIDANG ALAT SULIT DIA KAT ORG..HAII DUNIA DH NAK TERBALIK LER BROO HUHUHU

NFH berkata...

Salam 1Malaysia,

Saya sungguh terharu membaca tulisan saudara yang sangat prihatin. Rupanya ramai dikalangan kita org Msia yang suka makan daging buaya? Baru saya tahu...

Saya pun sokong sangat usaha ke arah mengaharamkan memburu buaya atau apa2 jenis binatang liar. Dahlah kita ambil tempat tinggal mereka untuk tujuan pembangunan. Lepas tu kita sanggup pulak seksa dan makan daging mereka. Kejam sangatlah manusia ni. Tak cukup ke binatang ternak untuk dimakan?

Saya nak beri sokongan moral kat saudara untuk meneruskan usaha murni ni. Semoga kita dapat belajar menghormati kehidupan makhluk lain yang berkongsi bumi ini dengan kita. Insyallah..

Terima Kasih

hilbert berkata...

bro Jeffry, orang jepun dan China memang suka buat benda2 pelik dan pecah rekod dunia...tetapi yang terkeluar dari tamadun manusia..contohnya macam perbuatan membuang organ di badan sendiri kemudian memasak lalu memakannya..

Unknown, terima kasih bro..tujuan kita nak wujudkan keadaan yg lebih selamat untuk semua orang baik di darat maupun di air

Arkib Blog