Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 20, 2012

Datuk Nik Aziz merayu UMNO bina negara Islam baru buat PAS !

Samada sedar ataupun tidak, Datuk Nik Aziz sebenarnya telah bercakap kosong tentang negara Islam yang kononnya sentiasa diangkat oleh PAS menjadi dasar perjuangan kepada parti itu. Hakikatnya Datuk Nik Aziz mengigau di siang hari dan terbayang-bayang bahawa PAS masih kekal dengan dasar awal penubuhannya dulu iaitu menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam sepenuhnya termasuklah undang-undang hudud yang akan digunapakai.

Pada Muktamar PAS yang ke-57 tahun lepas, Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang telahpun mengumumkan kepada seluruh para pengikut PAS, DAP serta PKR bahawa dasar yang dipegang dalam perjuangan PAS selama ini iaitu untuk menegakkan Negara Islam serta perlaksanaan hukum hudud sudah dimansuhkan serta-merta sempena muktamar itu dan digantikan dengan dasar baru iaitu Negara Berkebajikan.

Apabila isu "muzakarah" antara UMNO dengan PAS meledak semula, banyaklah pemimpin PAS dan rakan mereka dalam Pakatan Haram DAP dan PKR yang buka mulut, Datuk Seri Hadi kata macam ini, Datuk Nik Aziz kata macam tu, Datuk Mustafa Ali kata begini, Mat Syabu kata begitu, Mahfuz Omar buat lawak bodoh, Karpal Singh berulang kali bagi amaran, Kit Siang, Guan Eng, Anwar Berahim semua dah sedia nak kenakan UMNO hanya kerana ketakutan yang tak bertepi mereka terhadap cadangan pembentukan sebuah negara Islam secara rasmi di Malaysia.

Yang peliknya dalam isu ini, PAS sebuah parti yang sudah boleh dikategorikan sebagai besi lusuh, barang kitar semula, tin aluminium kosong dalam Pakatan Haram boleh lagi berlagak sebagai sebuah parti yang kuat, yang mendapat sokongan padu dari seluruh kalangan orang-orang Melayu dan juga orang-orang Islam di negara ini namun pada hakikatnya PAS sekarang ini benar-benar sedang menagih simpati daripada parti UMNO yang mereka kutuk siang dan malam untuk menyambung hayat mereka sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Apabila dipikir balik tentang syarat-syarat gila yang telah diletakkan oleh Datuk Nik Aziz kepada UMNO yang dia dakwa kononnya beriya-iya sangat nak bermuzakarah dengan PAS maka kita boleh rasakan bahawa Datuk Nik Aziz kini sudah berada dalam keadaan di bawah sedar di mana beliau sudah terlupa bahawa PAS kini telah tiada dasar khusus menjadikan Malaysia sebuah negara Islam kerana ianya telahpun dicampak jauh ke tengah lautan samudera oleh Datuk Seri Hadi Awang dan tanpa Datuk Nik Aziz sedari bahawa segala usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara sudahpun lama diisi oleh parti UMNO.

Jadi tinggal apa lagi yang ada pada perjuangan PAS sekarang ini sehinggakan begitu angkuhnya Datuk Nik Aziz mahu meletakkan berbagai-bagai syarat kepada UMNO jika mahu bermuzakarah dengan PAS? BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 yang mereka perjuangkan bersama Ambiga dan A. Samad Said sentiasa gagal membawa Pakatan Haram ke Putrajaya. Seksualiti Merdeka juga gagal. Sokongan terhadap Israel, Yahudi juga menemui jalan buntu...sebahagian besar rakyat Malaysia telah menolak bulat-bulat usaha PAS dan PKR untuk meraih sokongan rakyat negara ini menerusi jalan itu.

Kerana terpaksa, PAS sanggup melutut dihadapan UMNO walaupun dalam masa yang sama terpaksa juga berdrama, jual mahal tetapi realitinya PAS sangat mengharapkan sentuhan UMNO bagi memulihkan segera imej serta maruah parti mereka yang begitu teruk tercalar akibat perhubungan haram mereka dengan DAP dan juga PKR. Untuk membina semula keruntuhan itu maka PAS kena tebal muka, merayu kepada UMNO, ubah dasar nasional mu dan gantikan dengan dasar negara Islam sebab negara Islam PAS dah tiada lagi di dunia ini gara-gara takutkan DAP. ....Alahaiiiiiiii kesian PAS...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KEHKEHKEH ORG TUA KUTOK X SEDAR DIRI TU TENGAH MAMAI LERR BROO..AGAKNYE BARU LEPAS PEKENE DAUN KETUM LA TUH. BG SYARAT MERAPU..SAMA MACAM DIA BUAT FATWA MERAPU DIA GAK KEHKEHKEH ADOIYAII KESIAN LAK KENE LUDAH NGAN RAKYAT...HARKK PTUIHHHH!!!

hilbert berkata...

itu bro, agar tidak ketara sangat sudah terdesak maka Datuk Nik Aziz terpaksa menebal muka bagi syarat yg bukan2 kepada UMNO...dia ingat rakyat dah lupa yg PAS dah kehilangan negara Isle mereka dulu lg dah hehe

hamdan berkata...

Salam Bro,Aku ingin mengesyorkan kepada Kepimpinan UMNO agar TOLAK cadangan muzakarah dengan PAS.Apa tidaknya,dia ajak kita bermuzakarah tapi dia mahu kita ikut syarat dia.Ke tak bengong namanya.Tapi seperti biasa nik ajis akan berkata `itu semua salah UMNO`

hilbert berkata...

bro Hamdan,
kita harap Presiden UMNO dan timbalannya akan membuat keputusan terbaik mengenai....Nik Aziz bukan hebat sangatpun,,cuma hebat dia pandai menukar pendirian pada masa yg berlainan...dia lambang seorang pemimpin yg langsung tiada prinsip

Arkib Blog