Di sebalik keghairahan pihak Pakatan Haram Pembangkang yang seringkali membangkit serta memainkan isu 'pengundi hantu' di negara ini, ramai kalangan pemimpin bawahan mereka sendiri khususnya para penyokong pakatan berkenaan tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh permainan politik jijik pemimpin tertinggi PKR, DAP dan juga PAS.
Contoh yang pertama, jawatan Ketua Umum PKR yang disandang oleh Anwar Ibrahim sepertmana ramai pihak sedia maklum bahawa tidak wujud sebenarnya jawatan tersebut di dalam perlembagaan Parti Keadilan Rakyat sejak parti berkenaan ditubuhkan jauh sekali jika Anwar Ibrahim dipilih untuk ke jawatan berkenaan mengikut proses demokrasi sebagaimana jawatan yang lain di dalam parti.
Penasihat SeUmur Hidup DAP, jawatan yang dipegang oleh Lim Kit Siang juga serupa dengan jawatan Ketua Umum PKR yang tidak melalui proses pemilihan malahan jawatan tersebut juga memang tiada dalam perlembagaan parti.
Contoh jawatan ke-3 terdapat dalam PAS, Mursyidul Am PAS. Jawatan itu juga tidak sah serta tidak ada disebut di dalam perlembagaan parti PAS. Perlantikan Datuk Nik Abdul Aziz sNik Mat ebagai Mursyidul Am PAS dibuatkan hanya berdasarkan kepada kesesuaian beliau berpakaian laksana seorang ulama yang benar-benar alim, penuh dengan ilmu agama didalam dada walhal dalam dada Datuk Nik Aziz penuh dengan dendam kesumat yang tak kunjung padam terhadap UMNO.
Mereka bertiga ini baik Anwar Ibrahim, mahupun Lim Kit Siang ataupun Datuk Nik Abdul Aziz di lihat lebih berkuasa daripada pengerusi atau presden parti itu sendiri. Segala keputusan yang mahu dibuat terlebih dulu pasti akan dirujuk kepada ketiga mereka dan sekiranya ketiga-tiga mereka ini tidak menyetujuinya maka setiap ahli parti juga perlu akur dengan kehendak pemimpin yang memegang jawatan tidak sah dalam parti itu.
Karpal Singh yang diberi kuasa sebagai Pengerusi DAP, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden PKR dan Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat hanya menjadi bunga hiasan kepada ketiga-tiga parti berkenaan seumpama barangan lusuh yang berhabuk dan tidak bernilai sama sekali.
Ini sangat berbeza sekali jika dibandingkan dengan UMNO serta parti-parti lain di dalam di komponen Barisan Nasional. Dalam Barisan Nasional setiap parti mempunyai struktur jawatan yang menurut perlembagaan parti dan setiap perlantikan akan ditentukan melalui proses pemilihan yang bebas oleh semua para perwakilan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Mei 12, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan