Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, April 21, 2012

Video BARUA 3.0: Tamrin turut menghina sejarah perjuangan ayahnya, Tun Abdul Ghafar !



Apakah Datuk Tamrin, anak kepada bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba lupa bahawa pengunduran bapa beliau dari jawatan nombor dua dalam kerajaan serta parti pada tahun 1993 adalah kerana untuk memastikan demokrasi terus subur dalam parti disamping tidak mahu berlakunya sebarang perpecahan dalam parti berikutan sokongan yang semakin kuat diterima daripada UMNO Bahagian juga Cawangan terhadap Naib Presiden UMNO ketika itu Anwar Ibrahim yang dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Tamrin patut sedar bahawa sekiranya memang tiada keterbukaan ataupun tidak ada amalan demokrasi dalam kepimpinan Barisan Nasional mahupun UMNO ketika itu sehingga kini apakah tidak timbul di dalam pikiran beliau yang Anwar Ibrahim tentu sekali tidak akan berpeluang untuk mencabar kedudukan bapanya dalam UMNO serta dalam kerajaan. Dan sudah pasti Anwar Ibrahim juga akan turut kempunan untuk merasa duduk di kerusi Timbalan Perdana Menteri kerana UMNO membelakangkan amalan demokrasi.

Namun sayang seribu kali sayang kerana Tamrin telah terlupa tentang sejarah kejatuhan karier politik bapa beliau adalah disebabkan perancangan yang halus serta licik mereka yang kini mendalangi perhimpunan haram bersih 1, bersih 2 serta bersih 3 iaitu Anwar Ibrahim. Kalau bukan kerana Anwar Ibrahim tentu sekali allahyarham bapa beliau akan bersara secara terhormat daripada parti serta kerajaan dan bukannya berundur daripada jawatan TPM akibat tewas kepada tekanan daripada pihak-pihak yang menyokong pemimpin yang mendakwa kononnya beliau adalah pejuang demokrasi dan kebebasan di negara ini.

Cuba baca kisah hidup serta kisah perjuangan yang dilalui oleh Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba bersama UMNO di sini yang cuba dinafikan oleh anaknya sendiri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar bekas Ahli Parlimen BN Kawasan Batu Berendam Melaka.

5 ulasan:

SolitaireHunter berkata...

Mamat ni dulu yang bangkrapkan MARA semasa dia jadi Chairman dulu, guna dana untuk selamatkan Kelab Golf Rahman Putra kemudian gunakan Anwar fitnahkan KP MARA masa tu sampai beliau letak jawatan.

Betapa besar jasa Allahyarham Tun Ghafar Baba tapi dia jadi pelingkupnya!

aliffarman berkata...

manusia jenis ni wang bukan keperluan utama tapi kuasa utk menunjuk2. kalu niat dia tulus ikhlas tentu dia boleh bertahan macam pemimpin BN yang lain. fikirkan sejenak adakan kerajaan sekarang kejam? adakan rakyat malaysia menderita kebuluran akibat kerajaan sediada? kamu berhak menegur, membongkar jika mereka rasuah atau membazir tapi jangan musnahkan negara ini kerana sikap tamakan kuasa. bahagiakan tun ghafar baba jika hidup melihat anak sendiri memusuhi perjuangan yg dia sendiri perjuangkan. anak yang memalukan.

hilbert berkata...

Terima kasih bro SolitaireHunter & Aliffarman atas komen anda berdua,

Pemimpin macam inilah yang memang patut ditolak seluruh rakyat, tersingkir kerana kesalahan sendiri tetapi pihak lain pula yang dipersalahkan..tidak mahu melihat kepada diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..DIA LUPE ATAU SENGAJE WAT2 LUPE WAKTU ANUWAR JATUHKAN BAPAK DIA?. TERUK BAPAK DIA ANUWAR KEJEKAN! TP TUN GAFAR TAU DAN DIA SEORANG PENYABAR. X MCM ANAK DIA NI. BLUM APE2 DH JD NK JD SI TANGGANG. BLAJA DGN ASSMIN DAN MAZLAN ALIMAN LER TUH KEHKEHKEH

hilbert berkata...

itulah Bro,,,nampak sangat KeTamrin tu nak lingkupkan sejarah perjuangan tulen almarhum bapa beliau bersama UMNO dulu,,,senang2 pulak dia kutuk UMNO itu ini

Arkib Blog