Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, April 18, 2012

Tanda2 kiamat? Gerhana bulan atau anak bulan terbit pagi dari timur?

Ini bukan gambar sebenar yang saya ambil sebab tidak cukup peralatan untuk merakam dengan jelas keadaan bulan seakan-akan gerhana namun berbentuk tidak ubah seperti anak bulan yang dapat saya saksikan sendiri waktu pagi 17 April dan pagi ini tadi 18 April iaitu dua kali berturut-turut.

Saya seperti biasa sering bangun awal jam 5 pagi tetap dan oleh kerana keadaan cuaca tidak mendung di langit, keadaan nampak sangat cerah membolehkan saya melihat kejadian agak aneh bagi saya iaitu bagaimana anak bulan boleh terbit dari arah timur lebih-lebih lagi pada waktu selepas subuh.

Pagi semalam saya mulai rasa seperti ada yang agak luarbiasa apabila bulan berada dalam keadaan sedemikian namun pagi ini saya sudah memang bersedia untuk melihat sekali lagi adakah kejadian begitu berulang semula dan nyata telahan saya tepat sebaik saya menoleh ke langit bentuk bulan sama seperti pagi semalam iaitu seolah-olah sedang mengalami gerhana juga berbentuk seperti anak bulan.

Haraplah kepada mereka-mereka yang pakar tentang fenomena yang berkaitan dengan bulan ini dapat kiranya pada pagi esok untuk sama-sama melihat apakah sebenarnya yang terjadi terhadap bulan dan mudah-mudahan cuaca baik seperti pagi semalam dan juga pagi ini bagi membolehkan kita untuk melihat dengan jelas kejadian ini.

1 ulasan:

mabong berkata...

tak ada apa yang pelik tuuu.. "bulan terbit" pada waktu nak malam atau maghrib di sebelah barat dan bila menjelang subuh akan berpindah kesebelah timur, itu yang dimaksudkan bulan terbit dari sebelah barat dan tenggelam disebelah timur

Arkib Blog