Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, April 18, 2012

Sampai bila kumpulan Adam Adli mahu terus menyusu?

Pendidikan percuma yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia bermula dari darjah 1 sehingga ke darjah 6 dan seterusnya dari tingkatan satu membawa ke tingkatan 5 serta tingkatan 6.

Sejak dari sekolah rendah lagi rakyat Malaysia telahpun diperkenalkan dengan sistem pendidikan percuma oleh pihak kerajaan dan sepatutnya perkara ini diambilkira juga oleh mereka-mereka yang kini begitu giat mencabar kerajaan supaya terus menanggung kos untuk membiayai pengajian mereka di menara gading secara percuma.

Sebagai individu yang sudahpun masuk ke alam dewasa, mahasiswa-mahasiswa yang berada di dalam kumpulan Adam Adli sewajarnya sudah mampu untuk berfikir secara matang dan bersedia untuk belajar hidup "berdiri di atas tapak kaki sendiri" ataupun berdikari tanpa mengharapkan seratus peratus bantuan percuma daripada pihak kerajaan bagi menampung kos pengajian mereka.

Mengambil contoh bayi yang baru lahir kuat menyusu susu badan ibunya, selang beberapa bulan perubahan demi perubahan berlaku pada bayi di mana bayi bertukar menjadi kanak-kanak kecil yang mulai tahu mengensot kemudian mula belajar merangkak, berdiri, berjalan dan seterusnya berlari sehingga ia menjadi seorang kanak-kanak yang nakal iaitu dari seorang bayi yang minum susu ibu kepada susu botol lalu bertukar selera kepada minuman lain dan seterusnya lebih suka meneguk air biasa menggunakan cawan.

Kalau seorang bayi yang semakin meningkat usianya tahu jelak untuk meminum minuman susu secara berterusan tetapi bagaimana pula mereka-mereka yang dulunya dari kelas Tadika kemudian sekolah rendah, sekolah menengah dan kemudian ke pusat-pusat pengajian tinggi masih juga mahu dimanja dengan semua benda yang percuma.

Tidak terpikirkah mereka, bahawa sebagai pelajar yang telah bergelar mahasiswa mereka juga tentunya mempunyai tanggungjawab serupa sepertimana warganegara lain terhadap Malaysia serta rakyatnya. Tidak salah untuk mereka menuntut sesuatu yang menjadi hak mereka tetapi adalah sangat tidak wajar apabila mereka terus memaksa kerajaan tunduk mengikut segala kehendak mereka yang mahu PTPTN dihapuskan dan kemudian minta pula kerajaan beri pendidikan percuma.

1 ulasan:

njah50 berkata...

Only idiot like him yang tidak mahu memahami reality hidup

Arkib Blog