Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, April 24, 2012

(((BOM))) di Dataran Merdeka 28 April ini ?

Apakah jaminan yang boleh diberi oleh pihak berkuasa bahawa tidak akan berulang kembali tragedi letupan bom seperti yang pernah berlaku semasa perhimpunan 901 Bebas Anwar 9 January 2012 lalu tidak akan berlaku pada perhimpunan haram terbaru yang dijangka bakal diadakan hari Sabtu, 28 April ini oleh kumpulan pengganas BARUA 3.0 pimpinan Ambiga Samad Sreenavasan Said?

Dan dimanakah asasnya apabila Menteri Dalam Negeri sendiri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan bahawa tidak akan berlaku sebarang keganasan berlaku pada perhimpunan 28 April ini malahan Datuk Seri Hisham tanpa berselindung telah menawarkan kerjasama untuk membantu perhimpuan itu berjalan dengan lancar?

Perlu diingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia, walaupun BERSIH 3.0 bagi mereka namun bagi saya ianya adalah BARUA 3.0 merupakan sebuah pergerakan pengganas setaraf dengan Hindraft serta Tamil Tiger yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan tanpa menghormati hak majoriti rakyat Malaysia lain yang cintakan kedamaian serta keamanan di negara ini.

Ambiga Samad dan Samad Ambiga adalah dua kepala pengganas, pemberontak yang memang hebat dan berani. Jika tidak masakan kedua-duanya mampu menundukkan begitu ramai pemimpin-pemimpin pembangkang tunduk serta sanggup untuk menyertai perhimpunan yang akan mereka anjurkan hari Sabtu hujung minggu ini.

Selain itu kedua-duanya Samad Ambiga dan Ambiga Samad cukup digeruni oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang sepatutnya dulu ke hadapan bagi mencegah perhimpunan haram itu daripada berlaku terpaksa tunduk sehingga sanggup pulak ke hulu ke hilir membantu mencari lokasi sesuai untuk pergerakan pengganas itu berhimpun.

Memang hebatkan, kedua-duanya boleh menunduk semua pihak... Datuk Seri Hisham yang dulu memang terkenal dengan amaran demi amarannya tetapi kini terpaksa mengalah seratus peratus. Apakah Datuk Seri Hisham sudah mengarah pegawai bawahan beliau agar melakukan pemeriksaan secara teliti di sekitar kawasan Dataran Merdeka serta di beberapa laluan menuju ke lokasi seperti yang dituntut oleh Ambiga Samad dan Samad Ambiga bagi penganjuran BARUA 3.0 mereka itu?

Pastikan pergerakan haram itu tidak menyembunyikan sebarang bahan letupan di tempat-tempat tertentu berdekatan Dataran Merdeka yang boleh mengundang pelbagai kemudaratan kepada keselamatan orang awam pada hari berkenaan.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

BIARKAN BROO..DIORANG SAJE NAK MENGUNDANG CELAKE..KLU BTUL2 TERJADI LG JGN PLAK NAK SLHKAN SAPE2..SIAP LAAA AMBINGAI KENE TAJI KEHKEHKEHKEH

Jeffry berkata...

BIARKAN BROO..DIORANG SAJE NAK MENGUNDANG CELAKE..KLU BTUL2 TERJADI LG JGN PLAK NAK SLHKAN SAPE2..SIAP LAAA AMBINGAI KENE TAJI KEHKEHKEHKEH

Arkib Blog