Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 19, 2012

BARUA 3.0: wajah-wajah pemberontak bersiri yang akan bertempur pada 28 April ini !

 Wanita Besi Berkarat, Ambiga Sreenavasan satu-satunya wanita yang terus diberi kepercayaan oleh pihak penentang kerajaan untuk mengetuai kempen menghasut orang ramai serta seluruh rakyat Malaysia bangkit memberontak serta melawan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional. Perjuangan beliau diselang-seli dengan usahanya menyokong perjuangan kumpulan LGBT yang mendesak kerajaan supaya membenarkan budaya songsang diamalkan oleh puak-puak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual di negara ini.
 Ini orang tua yang tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari... A.Samad Said menerusi beberapa puisi yang pernah didekliminasinya semasa perhimpunan haram BARUA 2.0 pada 9 Julai 2011 tahun lalu secara berlapik mendakwa beliau mencintai perpaduan, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian namun dalam masa yang sama turut bersekongkol dengan puak-puak yang sedang giat untuk memporak-purandakan keadaan keselamatan dalam negara dan beliau juga merupakan antara individu yang begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan agar kerajaan segera menghapuskan PPSMI dari sukatan pelajaran negara.
 Tian Chua, wakil rakyat PKR kawasan Parlimen Batu. Terkenal dengan tabiat menyerang serta memberontak terhadap pihak berkuasa khususnya pihak polis. Pada perhimpunan haram BARUA 3.0 yang dijangka diadakan di Dataran Merdeka 28 April ini, kemungkinan besar beliau akan menyertai perhimpunan haram tersebut, ini berdasarkan kepada sejarah pemberontakan beliau terhadap kerajaan yang tak sudah-sudah sehingga membawa menjadi satu kes di mahkamah.
 Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang...Zuraida Kamaruddin atau sering menjelma menjadi hantu Mak Limah Lampir memang tidak serik-serik untuk menyertai pemberontakan tanpa mengira siapa penganjurnya, asalkan pemberontakan dilakukan untuk menentang segala rancangan serta usaha murni yang dibuat oleh phak kerajaan.
 Pada perhimpunan BARUA 2.0 tahun lepas, Mat Syabu Timbalan Presiden PAS ini juga turut serta memberontak namun ketika kehadiran polis, beliau menjadi gelabah dan kemudian cuba melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakan tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu melanggar trak polis yang diletakkan di tepi jalan.
 Adam Songsang, mahasiswa yang telah disingkirkan oleh pihak universiti kerana telah menjatuhkan maruah universiti tempat beliau menimba ilmu apabila menyalahgunakan masa untuk belajar kepada kegiatan yang sangat bertentangan dengan peraturan serta undang-undang universiti. Sering mengetuai sekumpulan mahasiswa yang berjaya beliau perdayakan dalam perhimpunan haram menentang kerajaan. Memberontak dan mendesak kerajaan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sehingga kini terus menekan agar kerajaan memberi pendidika percuma kepada golongan mereka.
 Terkenal kerana sering terkencing dalam seluar, Shamsul Iskandar Akin atau lebih lebih dikenali sebagai Sam Kemetot oleh golongan blogger pro-BN. Beliau merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR atau singkatannya AMK. Pernah menghasut rakyat agar bangun bersama beliau bangkit memberontak menentang kerajaan dan lakukan kekerasan sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir terhadap kerajaan pimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak. Maknanya Sam Kemetot menyeru rakyat supaya memberontak sehingga kerajaan sedia ada menjadi lemah dan seterusnya memberi ruang kepada pihak Pakatan Haram DAP, PKR serta PAS untuk merampas kuasa.
Ini pula adalah Tamrin Abdul Ghaffar anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba. Allahyarham juga adalah merupakan bekas Timbalan Presiden UMNO sebelum Anwar Ibrahim. Sebagai anak kepada bekas pejuang tulen bangsa dan negara, tindakan Tamrin yang sanggup bersekongkol dengan pengkhianat negara seperti S. Ambiga, A. Samad Said, Tian Chua dan lain-lain untuk turut serta dalam perhimpunan haram BARUA 3.0 pada 28 April ini adalah satu perkara yang sangat dikesali.

Sebagai anak kepada bekas pemimpin yang sangat dikagumi akan semangat kebangsaan dan juga semangat kenegaraannya, Tamrin tidak sepatutnya melibatkan diri dengan sebarang kegiatan songsang yang diterajui oleh puak-puak PAS(Parti Ambiga Sreenavasan) yang nyata boleh memudaratkan keadaan keamanan serta keharmonian di dalam negara. Beliau sepatutnya mempertahankan perjuangan murni yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Ghaffar dulu dan bukannya turut serta memberontak di jalanraya untuk memusnahkan semua hasil penat lelah perjuangan yang dilakukan oleh para pejuang yang terdahulu termasuk allahyarham bapa beliau.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MUKE2 NI SEME MUKE TAKDE REZEKI BROO. KLU ADE SAPE2 YG NAK BALING TELOR BUSUK TU JGN RAGU2!..BALING JEK KEHKEHKEHKEH

hilbert berkata...

muka pemberontak semua mereka ni bro..

kalau zaman tahun 60an, 70an pemberontak seperti mereka ini memang tak dapat bernafas punya..gerenti kena masuk dalam

Tapi zaman ini mereka bebas untuk melakukan pemberontakan terhadap kerajaan

Arkib Blog