Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 26, 2012

BARUA 3.0: 56 tahun dalam UMNO 56 tahun Kadir menipu rakyat Malaysia



Bekas Menteri Penerangan Malaysia, Abdul Kadir Fadzir terang-terang telah mengakui bahawa selama ini tiada wujud pilihanraya bersih di negara ini malah jauh sekali amalan demokrasi sebagaimana yang difikir oleh orang lain.

Maknanya selama beliau berada di dalam parti UMNO juga selama berada di dalam kerajaan maka selama itulah beliau telah menipu orang-orang UMNO serta menipu seluruh rakyat Malaysia.

Kalau begitu, bererti kemenangan beliau sebagai calon Barisan Nasional pada setiap kali Pilihan Raya Umum diadakan sebelum ini semuanya adalah atas dasar penipuan semata-matalah tetapi kenapa pula ketika itu beliau menerima kemenangan itu dan tidak menolaknya jika beliau seorang yang betul-betul bersih, telus dan adil?

Dia tahu semua undi yang beliau terima pada ketika itu semuanya tipu kenapa juga mahu terima tawaran jawatan dalam kerajaan? Apa yang kita boleh lihat tentang siapa Kadir Fadzir apabila beliau mendakwa "walaupun pada masa itu dia duduk dalam kerajaan, tapi sokong pembangkang dari dalam?"

Bagi saya beliau merupakan seorang pemimpin yang sungguh munafik, pandai berpura-pura serta kuat berbohong kepada diri sendiri juga kepada seluruh rakyat Malaysia... pemimpin yang sebeginikah yang mahu menuntut ketelusan daripada pihak lain?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KADIAQ BOWTIE NI PUN SPESIS LUPE DARATAN BROO. MASE DLM KERAJAAN DIA PUN PULUN GAK PROJEK SANA SINI SMPI X INGAT DUNIA. SKANG NI BILE DH XDE JAWATAN MULA LE BERPRANGAI MCM MUSANG HUHUHUHU

Megat Alam Gempita berkata...

Kadiaq telah menjolok sarang tebuan, hehehe aksi beliau menjolok 'sarang' pompuan akan didedahkan. ish...ish...ish jahat betui bekas Menteri UMNO ni ye. Terpaksa Zainuddin Maidin dan Rais Yatim bersihkan segala kekotoran yang dipalitkan oleh Kadiaq dalam Kementerian Penerangan selama ini.

hehehe 'sandwich girl' tidak boleh lupakan bowtie!

hilbert berkata...

orang macam Kadir nak bercakap pasal ketelusan, keadilan atau apa2 yang baik memang memualkan...

Tetapi, kalau setakat dia nak sertai BARUA 3.0 tu tak apalah,,,ni siap dia kutuk sebuah parti yg beliau sendiri pernah naungi bertahun-tahun dibawahnya

Arkib Blog