Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mac 04, 2012

Ketinggalan 20 tahun di belakang, Indonesia mula kejar Malaysia dalam industri otomobil

 Umpama seorang pelari yang tertinggal jauh di belakang para peserta lain dalam acara larian sukan olah raga, maka begitu jugalah dengan Indonesia yang kini sudah mulai mengorak langkah untuk turut bergiat di dalam industri berat sebagai pengeluar kenderaan awam bagi kegunaan dalam negara dan juga untuk tujuan eksport.

Setelah Malaysia menerusi kilang Proton berjaya melancarkan pemasaran kereta nasional pertamanya pada 1 September 1985 iaitu lima bulan selepas Syarikat Proton yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 atas idea bernas Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mara ke hadapan maka ini seolah-olah seperti telah membuat pihak tertentu di Indonesia berkeinginan untuk turut mencontohi Malaysia dalam bidang tersebut.

Gambar atas dan bawah merupakan kereta nasional pertama Indonesia model GEA keluran Syarikat PT INKA (Industri Nasional Kereta Api) dan kini dikatakan telahpun berada dipasaran Indonesia dan sedia untuk menerima tempahan daripada rakyatnya. Dengan kuasa 650 cc dan had kelajuan 85 KM/Jam, kereta ini dijual dalam harga Rp40 - Rp50 juta rupiah atau dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM18,000.00.
Menurut Humas PT INKA, Fathor Rashid, walaupun kereta nasional pertama Indonesia ini telah siap sedia beralih tangan daripada pembekal kepada para pengguna, namun masih banyak kekurangan pada kereta ini yang perlukan pembelinya untuk menambah aksesori dan sebagainya mengikut kehendak mereka masing-masing.

Tidak seperti kereta nasional keluaran Malaysia, kereta buatan Indonesia belum lagi tersedia dengan alat-alat seperti AC, tape stereo mahupun power window. Untuk seterusnya bolehlah klik kat sini .

Anak Merdeka; nasib baiklah Malaysia yang 20 tahun lebih awal dari Indonesia telah berjaya membuat kereta nasional sendiri, kalau tak siap lagilah negara kita dituduh "maling! maling! maling!" pasal reka bentukpun hampir serupa Produa Kembara, Kancil serta Viva jer.

Serba sedikit tentang sejarah kilang kereta Proton.

PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.) ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit.

PROTON merupakan gagasan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM).

Pemegang Saham PROTON
(1) Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) 70%
(2) Mitsubishi Motors Corporation, Jepun 15 %
(3) Mitsubishi Corporation, Jepun 15 %

Lokasi Kilang PROTON
(1) Kawasan Perindustrian HICOM, Batu 3, 4000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
(2) Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, kilang kereta nasional Proton setakat ini telah berjaya mengeluarkan lima belas jenis atau model keretanya Proton Arena, Proton Gen-2, Proton Iswara, Proton Juara, Proton Persona, Proton Perdana, Proton PERT, Proton Putra, Proton SAGA versi lama dan baru, Proton Satria/GTI/R3/Neo, Proton Savvy, Proton Tiara, Proton Waja, Proton Wira, Proton Exora/MPV.

Pada 2 Ogos 2008, Syarikat Kereta Proton telah berjaya mencatatkan sejarahnya yang tersendiri sebaik saja berjaya mengeluarkan kereta yang ke 3 juta pada tarikh berkenaan. Sebagai rakyat Malaysia kita semua patut rasa berbangga dengan pencapaian yang begitu memberansangkan dimana sesudah lebih 20 tahun barulah ada negara jiran cuba mengejar negara kita dari belakang dan mahu bersaing dengan Malaysia di dalam industri ini.

Syabas dan tahniah kepada syarikat PROTON dan juga selamat berjuang kepada PT INKA semoga usaha anda semua akan membuahkan hasil walaupun mungkin agak mustahil untuk mengatasi Malaysia dalam hal yang tertentu tetapi sekurang-kurangnya industri otomobil negara sudah ada pesaingnya.

9 ulasan:

tobeng berkata...

Tak sampai hati nak komen,tapi bolehlah sebagai permulaan.Mana tahu 20 tahun lagi perusahaan aotomobil indon boleh berdiri sama tinggi dengan proton.

Tapi harga RM18000 untuk kereta cenggitu adalah sangat2 mahal.Mungkin harga RM8000 adalah lebih munasabah untuk golongan rakyat kebanyakan indon dan lebih mampu milik.

Ghazali Lateh berkata...

Nak tergelak pun tak sampai hati. Cuma rakyat Malaysia perlu sedar betapa negara kita sebenarnya jauh lebih maju berbanding negara jiran. Tapi masalahnya, masih ramai yang tidak bersyukur dan asyik mengatakan rakyat Malaysia menjadi mangsa kezaliman. Padahal, setiap rumah di malaysia ada kereta, bukan satu malah dua, tiga, empat, dan lebih.

Jeffry berkata...

SLM BRO..JGN JD MCM INDIA PLAK. KETA NANO YG DI JANGKA DPT SAMBUTAN SEBLOM NI TP AKHIRNYA BUNGKOS GAK. WLUPUN MURAH TP XDE KUALITI. APA PUN DI MASA AKN DTG KITA X TAU LAA. CUMA HARAP2 PROTON TERUS BERADA SELANGKAH KE DEPAN DR PESAING DI RANTAU ASIA TENGGARA

Bingai @ Bangang berkata...

Walaupun Indonesia terkebelakang dalam pembuatan kereta tetapi mereka telah membina dan mengekspor helikopter sebelum kita ada Proton lagi. malahan kita sendiri menempah helikopter dari sana. Kelewatan mereka membina kereta sendiri mungkin kerana kemampuan rakyatnya yang terbatas menyebabkan pasaran kereta hanya berada dikalangan sekelumpok golongan yang mampu sahaja.

Produk seperti itu sememangnya sesuai sebagai permulaan untuk rakyat yang kurang mampu kerana ianya hanya merupakan kereta asas sahaja. Kalau kita imbas kembali, Kancil edisi pertama juga tidak mempunyai pendingin udara dan power window pun kerana ianya dibina untuk golongan kurang mampu.

Mahal? Berapakah harga Kancil edisi pertama yang aku sebutkan di atas tadi semasa ianya mula dijual? RM16,000.00? hehehehe


Aku Yang Bingai
Bini orang tu ostad! di TendangTerajang

hilbert berkata...

Tobeng: harap begitulah bro, kita tak dengkipun asal pihak sebelah sana rasional dalam semua perkara. Baru lagi mereka akui "kopitiam" hak milik mereka, apa benda pulak lepas ini.

Bro Ghazali, yup..betul bro saya setuju dan terima kasih.

Salam bro Jeff, saya dapat tahu kereta nasional pertama Indon ni dah berapa kali diuji pandu atas jalanraya namun belum lagi diluluskan akibat banyak masalah teknikal. Masalah brek dan sebagainya...

bro B @ B, salam bro..,
dalam ertikata lainnya Indonesia memang lebih dulu mencapai kemajuan di bidang teknologi, namun tanpa sokongan yang berterusan daripada pelbagai pihak mereka pasti akan tetap sukar juga untuk bertahan.
Indonesia idak seperti Malaysia, pentadbiran kerajaan kita yang cekap itulah pendorong utama kepada majunya sesebuah syarikat tak kiralah apapun produk mereka.

hafez j malim berkata...

SALAM HILBERT

Lama betul saya tidak mengomen di blog sdra. Mahu tidak mahu mereka memang patut akui Malaysia jauh ke hadapan dalam bidang automobil ini. Orang luar boleh katakan apa sahaja tentang PROTON tetapi pada kita PROTON adalah lambang kejayaan inovasi kepimpinan Tun Mahathir... salute to Tun Mahathir !!!!

hilbert berkata...

Ye Cikgu Hafez,

kita amat bertuah duduk dalam negara Malaysia dan punya pemimpin2 yg berkaliber seperti Tun Dr M dan sekarang DS Najib.

Kereta PROTON memang berkualiti tinggi dan setiap rakyat Malaysia wajar beri sokongan jitu kepada Syarikat negara ini dengan memiliki produk kita sendiri.

slava vagabund berkata...

di tengah perkembangan ekonomi indon yang tengah baik tidak mustahil ianya akan mendukung perkembangan industri tempatan untuk memenuhi pasaran lokal..

tidak mustahil 20 tahun lagi akan berjaya..

Mohd Sharuddin berkata...

tahniah INDONESIA..semoga berjaya seperti malaysia...

Arkib Blog