Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mac 22, 2012

Camelia Ibrahim semakin tidak sabar nak ganti DS Shahrizat..

Perhimpunan Agung UMNO ke-59 pada 25-26 Mac 2009 menyaksikan Naib Ketua Wanita UMNO ketika itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah berjaya menewaskan boss beliau Tan Sri Rafidah Aziz apabila berjaya mendapat 507 undi daripada 796 perwakilan sayap wanita sedangkan selebihnya 280 masih setia dengan Tan Sri Rafidah Aziz.

Walaupun pada awalnya Datuk Seri Shahrizat telah beberapa kali menyatakan keengganan beliau untuk mencabar Tan Sri Rafidah atas prinsip kesetiaan kepada ketua namun akhirnya beliau terpaksa juga akur serta mengenepikan perasaan itu setelah semakin banyak pencalonan yang diterimanya daripada sayap wanita bahagian-bahagian yang mahukan beliau bertanding menentang Tan Sri Rafidah Aziz.

Datuk Seri Shahrizat ketika itu tidaklah keseorangan dalam berdepan dengan Tan Sri Rafidah kerana terdapat seorang lagi yang sangat mengidam-idamkan sesuatu dari jawatan sebagai Naib Ketua Wanita UMNO iaitu Datuk Kamilia Ibrahim yang senantiasa berdiri teguh dibelakang beliau, memberikan kata-kata perangsang agar jangan gusar atau resah dalam mencabar ketuanya.

Tetapi kini apabila musibah telah menimpa kerjaya politik Datuk Seri Shahrizat berikutan isu NFC, tetiba saja Datuk Kamilia beralih angin, beliau cuba mengkhianati ketuanya sendiri yang dipilih secara sah oleh para perwakilan supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO.

Dulu Datuk Seri Shahrizat tak pernahpun melakukan perkara sedemikian terhadap Tan Sri Rafidah tetapi cara Datuk Kamilia nyata tidak kena malahan tindakannya menggesa Datuk Seri Shahrizat agar segera berundur dari jawatan Ketua Wanita UMNO adalah sangat bertentangan dengan kehendak suara ramai pergerakan itu yang sebelum ini memilih DS Shahrizat untuk mengetuai mereka.

4 ulasan:

COLTORAS berkata...

Tiada kepelikan dalam politik. Siapa sangka Rais Yatim masuk UMNO balik selepas bakar jambatan. Masa dalam PPSM46, apa ayat buruk tentang Dr M yang dia tak sebut?. Tapi kerana politik dia sanggup telan semua muntahnya. Datuk Kamilia ada asas untuk NASIHAT DS Shahrizat kerana jika DS Shahrizat terus berkeras hati rasa tak bersalah, mangsanya ialah UMNO dalam PRU 13.

Jeffry berkata...

SLM BRO..TAK SLH KLU KAMELIA TAK SBR NAK JADI KETUA WANITA. TP BIAR LA BERADAP SKET. SEKURANG2NYE SHAHRIZAT DAH LETAK JAWATAN DLM KABINET. KENAPA KAMELIA GLOJOH SGT? APA JASA KAMELIA SETAKAT NI SELAIN MELALAK MCM ORG MEROYAN? HUHUHUHU

hilbert berkata...

Coltoras,
tapi bagaimana dengan mereka yg mahukan DS Shahrizat dulu, maksud sy yang mencadang dan kemudiannya memilih beliau ke jawatan Ketua Wanita UMNO...takkanlah Datuk Kamilia begitu terdesak sekali sehingga sanggup pula membelakangi semangat demokrasi dalam parti.

Slm bro Jeff,
betul tu bro..demokrasi yg diamalkan oleh UMNO membenarkan itu semua tetapi langkah yg diambil leh Datuk Kamilian seolah-olah mahu menidakkan amalan demokrasi dalam parti..

darapanas berkata...

Saya ni wahli Wanita dan juga pengundi pada pilihanraya nanti..sejak isu NFC ni keluar, saya dah tekad tidak akan mengundi UMNO sekiranya Sharizat tidak berundur daripada menerajui perherakan wanita dan juga jawatan Kerajaan...she is absolutely work hard just for the money..don't you all see that reality? Kerja kerasnya selama ini bermatian-matin menubuhkan squad sayanglah..kerana apa? Sebab 250 juta dah masuk poket dia...jd kenalah main politik kotor..berlakon senyum siang malam tapi hakikatnya bila dah terpalit baru nak tunjuk sinsing lengan...angkat kain..boleh jadi Ketua ke kalau mcm tu..sorrylah pada saya dia tak layak langsung..hanya org buta, dunggu dan faham ajaran Islam...akan menghalalkan perbuatan dia dan keluarga! Pls. wake up ok!

Arkib Blog