Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 05, 2012

Al-Quran tidak hangus dalam satu kebakaran rumah di Kuching Sarawak

KUCHING 5 Mac - Hanya wang tunai sebanyak RM2,000 milik pekerja Indonesia yang diletakkan di dalam Al-Quran sempat diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh keluarga lain tinggal sehelai sepinggang apabila kuarters pekerja sebuah kilang memproses arang di kawasan perindustrian Demak Laut di sini, ranap dijilat api tengah hari semalam.

Kebakaran sekitar jam 12:05 tengah hari disedari oleh pekerja tempatan yang tinggal tidak jauh dari kuarters tersebut yang seterusnya menghubungi para penghuni kuarters terjejas yang sedang bersiar-siar di bandar ketika itu.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sarudu, 25, antara mangsa pertama sampai di tempat kejadian, memberitahu dia bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Melihat keadaan rumah kayu sepanjang tujuh pintu itu yang hampir musnah, dia seterusnya cuba memasuki rumah tersebut dengan harapan dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting termasuk wang tunai sebanyak RM2,000 yang diselitkan di dalam Al-Quran dalam almari.

Bomba yang sempat menghalang Sarudu daripada memasuki kawasan itu atas faktor keselamatan, bagaimanapun membantunya untuk mendapatkan Al-Quran tersebut. "Walaupun gagal menyelamatkan harta benda dan dokumen penting yang lain, tetapi saya bersyukur kerana wang sebanyak RM2,000 bersama Al-Quran ini berjaya diselamatkan," katanya.

Pada mulanya, katanya, dia menyangka wang itu tidak dapat diselamatkan berdasarkan keadaan luaran kitab suci itu yang agak terjejas oleh kebakaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tabuan Jaya Tawan Lingem memberitahu, dua buah jentera dari balai bomba tersebut dan Padungan berserta 17 anggota dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12:15 tengah hari.

"Ketika kita tiba di tempat kejadian, keadaan rumah pekerja tersebut sudah 80 peratus musnah dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:30 tengah hari," jelasnya.

Menurutnya, angka sebenar penghuni kuarters kediaman itu tidak dapat dipastikan memandangkan semua penghuni berada diluar ketika kejadian.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan - Sumber berita serta gambar 100% dari Utusan Borneo Online

3 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..SALAH SATU MUKJIZAT AL-QURAN TU BROO..SUBHANALLAH

hilbert berkata...

Iya bro, banyak sudah kita dapati berlaku perkara2 yg diluar dugaan boleh terjadi dan pastinya menuntut agar manusia perlu sedar akan kebesaran Yang Maha Esa

Muka Petang berkata...

salam tuan blog, saya ingin bertemu dengan tuan untuk PRU13 nanti?!!

Arkib Blog