Projek jalan kampung kerajaan Barisan Nasional untuk sebuah penempatan penduduk dalam kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat dan juga dalam kawasan Parlimen Mukah yang sudah terbengkalai sejak beberapa bulan lalu.
Projek yang dianggar bernilai RM180,000.00 itu untuk fasa pertamanya telahpun dilaksanakan oleh satu kontraktor sebagaimana nama yang terdapat pada gambar pada papan tanda di atas. Kontraktor terbabit hanya bertanggungjawab memulakan kerja menyediakan tapak serta membina parit di sepanjang kedua-dua belah jalanraya.
Dan mengikut perjanjian, sebaik saja kerja kontraktor yang pertama selesai maka tugas seterusnya akan diambilalih oleh kontraktor yang kedua. Kontraktor yang seterusnya ini diberi tanggungjawab untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan jalanraya ini mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya sebelum berakhirnya tahun 2011.
Untuk itu, kontraktor berkenaan dikehendaki menyiapkan kerja mereka sesuai dengan klafikasi yang telah ditetapkan. Proses yang pertama mereka perlu memastikan kerja-kerja menembok jalanraya dengan ukuran ketebalan pasir harus padat sekurang-kurangnya 0.5 meter tebal di atas permukaan tanah sebelum melakukan kerja berikutnya seperti menembok dengan batu dan seterusnya kerja menyimen atau mentar jalanraya.
Tetapi malangnya apabila kontraktor yang kedua ini telah tidak amanah didalam kerja-kerja mereka. Adakah patut untuk menjimatkan kos tergamak mereka menggunakan bahan-bahan mudah reput sebagai ganti kepada pasir iaitu bahan asas yang utama dalam setiap projek melibatkan jalanraya.
Kulit pokok rumbia atau "ruyung sagu" telah digunakan oleh kontraktor ini untuk kerja-kerja mereka bagi menggantikan pasir. Kulit rumbia ini sangat mudah reput atau buruk tetapi bagaimana pihak pemaju projek untuk jalanraya ini sanggup menipu pihak kerajaan semata-mata mahu mengurangkan kos pembinaan serta mengaut keuntungan yang lebih bagi pihak mereka.
Sudahlah menggunakan bahan-bahan yang tidak sepatutnya untuk melaksanakan projek yang diperolehi daripada kerajaan, projek yang sepatutnya siap penghujung tahun 2011 lalu sudah beberapa kali tertangguh dan ini telah mendatangkan rasa tidak puas hati kepada penduduk setempat.
Sangatlah diharapkan agar wakil rakyat bagi Parlimen Mukah YB Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad atau ADUN Dalat, YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah dapat turun padang melihat sendiri mana-mana projek yang telah diluluskan pembinaannya dan pastikan supaya pihak kontraktor juga harus mematuhi setiap perjanjian sepertimana sebelum mereka berjaya mendapatkan projek tertentu daripada kerajaan.
Pastikan setiap projek tidak kira daripada kerajaan pusat mahupun oleh kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan rakyat yang memilih kerajaan sedia ada boleh menikmati segala kemudahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dengan selesa tanpa sebarang rungutan. Oleh itu rayuan kepada Ahli Parlimen Mukah, pantaulah projek-projek yang bermasalah di dalam kawasan parlimen anda.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Februari 11, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
3 ulasan:
NI DAH KIRE KES SABOTAJ KONTRAK KERAJAAN BROO. DAH DI BERI PELUANG TP SALAHGUNA PELUANG. DI SEBABKAN KONTRAKTOR MCM NI LER YG BG NAMA BURUK KT KERAJAAN..ADOYAIII
Wakil rakyat kami entah dimana dalam perkara sebegini bro, batang hidung mereka pun tak nampak.
Patutnya mereka sekali-sekala kenalah meninjau projek yang dimajukan syarikat kontraktor..lihat bagaimana mereka melakukan kerja2
Siapa suruh tak pantau. heheh
Catat Ulasan