Jika Tan Sri Abdul Ghani Patail juga sama seperti hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah yang punya rasa keberatan untuk menentukan tindakan yang sewajarnya beliau buat, jadi apa salahnya jika tugas itu serahkan saja kepada orang lain atau lebih tepat lagi, seperti apa yang telah berlaku pada 9 January lalu apabila satu gerakan yang dikenali sebagai "Rakyat Hakim Negara" dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk berhimpun bagi memberi tekanan kepada hakim dalam membuat keputusan kes liwat II.
Gerakkan itu yang bertemakan "Bebas Anwar 901" sengaja diwujudkan oleh puak-puak dari dalam Pakatan Haram pembangkang bertujuan untuk melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim dari disabitkan dengan jenayah seks luar kebiasaan atau luar tabiee iaitu meliwat pekerja lelaki beliau sendiri.
Ternyata usaha mereka itu telah membuahkan hasil apabila hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah akhirnya terpaksa membuat penghakiman cuma dalam masa 3 minit saja yang mana keputusan beliau melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim dari dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan walaupun mahkamah telah ditunjukkan dengan begitu banyak sekali bukti termasuklah keterangan mangsa sendiri selaku saksi utama kes telah mengejutkan ramai pihak.
Berikutan dengan keputusan itu, pihak mangsa terutama sekali Mohd. Saiful serta seluruh ahli keluarganya dan juga seluruh rakyat Malaysia sudah banyak kali merayu kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail agar berbuat sesuatu berhubung dengan keputusan itu. Yang nyata bukan sahaja Mohd. Saiful atau bapa beliau malahan hampir keseluruhan rakyat Malaysia mahukan Tan Sri Ghani Patail membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi supaya pengadu beroleh keadilan bagi dirinya dan pelaku kes jenayah seksual itu harus dihukum sama dengan pesalah-pesalah yang lain sebelum ini.
Tetapi, sekiranya Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail masih berdiam diri, apa lagi yang termampu kita semua lakukan demi suatu keadilan buat mangsa liwat Anwar Ibrahim ?
Apakah perlu untuk seluruh rakyat Malaysia jelata bangkit dan bangun menuntut pengadilan yang seadil-adilnya bagi Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan menyeru satu perhimpunan rakyat secara besar-besaran sepertimana yang telah dilakukan oleh puak-puak Pakatan Haram pembangkang pada 9 January lepas sebagai satu usaha menekan Tan Sri Abdul Ghani supaya akur dengan desakan orang ramai yang mahu beliau membuat pertimbangan yang sewajarnya merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan yang dibuat oleh hakim 9 January itu?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Januari 19, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
penghakiman di dunia tidak dapat mengatasi penghakiman di akhirat, sekiranya ada pihak bersengkokol menganiaya dan menidakkan hak Saiful Bukhari maka hukumannya nanti hanya Allah SWT nanti akan jatuhkan... Allah SWT maha Mengetahui dan di padang masyar tiada lagi peguambela dan pendakwaraya!
Terima kasih Cinta_damai atas komen..
Harap Peguam Negara menimbang secara serius rayuan berbagai pihak yg mahukan keadilan buat mangsa liwat ditegakkan
Catat Ulasan