Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Januari 19, 2012

Hakikatnya, BN Sarawak hilang lagi 4 kerusi DUN & 1 kerusi Parlimen!

Barisan Nasional Sarawak harus menerima hakikat bahawa ia kini telahpun kehilangan 4 kerusi untuk Dewan Undangan Negeri iaitu bagi DUN Marudi yang diwakili oleh YB Datuk Sylvester Entrie Muran, DUN Tasek Biru yang diwakili oleh YB Datuk Peter Nansian Ngusie, DUN Bekenu yang diwakili YB Puan Rosey Yunus manakala DUN Batu Danau Limbang diwakili oleh YB Paulus Ngumbang dan keempat-empat wakil rakyat ini pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 tahun lepas bertanding atas tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 lalu Barisan Nasional Negeri yang dianggotai oleh 4 buah parti komponen memenangi 55 kerusi DUN daripada 71 kerusi yang dipertandingkan di mana parti pembangkang yang terdiri dari DAP 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi berjaya menambah kerusi menjadikan 16 kerusi dikuasai mereka namun BN Negeri masih mengekalkan penguasaan 2/3 majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri.

Namun sesudah tujuh bulan berlalu iaitu sebaik sahaja selesainya proses pilihan raya negeri, kemelut serta krisis dalaman dua buah parti komponen BN Negeri iaitu SUPP dan SPDP yang sememangnya telahpun berlaku sejak sebelum berlangsungnya pilihanraya negeri lagi terus berlarutan tanpa ada usaha yang konkrit untuk menyelamatkan keadaan diambil oleh pihak pengurusan parti masing-masing yang akhirnya mewujudkan dua team dalam SUPP iaitu Kumpulan Wong (Datuk Sri Wong Soon Koh dan Kumpulan Chin (Datuk Seri Peter Chin Fah Kui).

Keadaan menjadi lebih buruk lagi berikutan tindakan Kumpulan Wong yang disertai oleh Ahli Parlimen Lanang YB Datuk Tiong Thai King, ADUN Opar YB Ranum Mina, ADUN Simanggang YB Datuk Francis Hardin Hollis, ADUN Senadin YB Datuk Lee Kim Shin, ADUN Bengoh YB Dr. Jerip Susil dan ADUN Engkelili YB Dr. Johnical Rayong Ngipa telah memulaukan majlis Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali SUPP ke-22 di Kuching pada 10 Disember 2011 lalu yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sementera kemelut dalaman parti yang berterusan melanda sebuah lagi parti komponen BN Sarawak iaitu SPDP selepas tamatnya pilihanraya negeri bukan saja gagal untuk ditangani dengan bijak oleh Presiden parti YB Tan Sri William Mawan malah ianya telah mengundang berbagai krisis baru terhadap parti dan keadaan menjadi semakin rumit apabila 3 Anggota Dewan Undangan Negeri dari parti berkenaan iaitu YB Datuk Peter Nansian Ngusie, YB Puan Rosey Yunus, YB Paulus Ngumbang serta seorang Wakil Rakyat Parlimen bagi kawasan Mas Gading YB Datuk Dr.Tiki Lafe telah dipecat dari parti menjadikan keempat-empat mereka ini kini sebagai wakil rakyat Bebas iaitu tidak berparti.

Ini semua berlaku terhadap SPDP selepas parti tersebut memecat Naib Presidennya YB Datuk Sylvester Entrie Muran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan DUN Marudi pada Mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP yang dipengerusikan oleh Tan Sri William Mawan dalam bulan November 2011 lalu. Dan bagaimana pula jika SUPP juga akan mengambil tindakan serupa memecat kesemua wakil rakyatnya yang bersekongkol dengan Datuk Sri Wong Soon Koh menentang presiden parti?

Jika pada asasnya jumlah kesemua kerusi bagi BN Sarawak kini sudahpun berkurangan daripada 55 kerusi sudah tinggal 51 kerusi iaitu setelah ditolak empat pemimpin SPDP yang dipecat dan andaikata SUPP juga turut memecat 7 wakil rakyatnya termasuk seorang Ahli Parlimen daripada parti maka bermakna BN Negeri semakin lemah apabila mereka hanya menguasai 44 kerusi dalam DUN Sarawak. Oleh itu, dimanakah fungsi Pengerusi Barisan Nasional Sarawak iaitu YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dalam menjernihkan keadaan yang sedang melanda dua parti dalam komponen BN Negeri? Takkanlah nak biarkan saja keadaan menjadi semakin bercelaru serta seolah-olah tidak terpimpin...

3 ulasan:

NSK berkata...

Salam...
Bilakah agaknya cara dan pdekatan YB BN di Sarawak nak berubah..
Situasi yg saudara tulis ini dah mggambarkan mereka ( YB2 BN )masih tak sedar betapa goyahnya masa depan BN di Srwk..
Masih pentingkan diri, rasa diri hebat dan perlu dihormati oleh masyarakat..
Sedangkan mereka lupa pd rakyat / pengundi stlh selesai PRN.. Apa yg sy perhatikan, jumpa rakyat cuma bila ada majlis rasmi... Jentera parti di peringkat akar umbi masih gagal mdekati pmaslahan rakyat..
Apa nak jadi, bila pelbagai isu rakyat tidak dselesaikan dgn sempurna...
Kita sygkan BN, tapi apkh YB2 BN rela tewas dlm PRU13 nanti...
Nas BTU

hilbert berkata...

Salamm..

betul pengamatan saudara NSK, saya lihatpun sedemikian, masing2 mereka tengah menjaga kedudukan sendiri dalam parti dan bukannya menjaga BN keseluruhannya.

Yang kita kesal tindakan tidak matang Presiden SPDP yang mengambil jalan mudah memecat 5 wakil rakyatnya.. sama saja dgn tindakan Presiden PRS yg menggugur YB Larry S'ng sebagai calon BN di Pelagus ketika PRN Sarawak ke-10.. siapa yg rugi kalau bukan BN Negeri!

NSK berkata...

Salam...
Daripada senario yg berlaku ini, menampakkan seakan -akan ada unsur sabatoj terhadap parti besar BN.
Hakikatnya YB2 nie tak kisah pun sama ada BN masih terus memerintah atau tidak di Srwk.
Tetapi kita harus belajar terhadap apa yg berlaku di Slgr ataupun P.Pinang.
Melayu Bumiputera hakikatnya hilang kuasa hanya sekadar jd boneka parti cuavanis biaDAP. Mahukah kita melihat ini berlaku di Srwk.
Pemantauan sy terhadap beberapa blog pro pembangkang di Srwk, jelas ada nada hasutan terhadap kaum melayu dan bumiputera. Tidak dapat dinafikan ada jurang layanan kerajaan terhadap dua kaum ini, namun usahlah terlalu diperbesarkan. Kerajaan juga harus mengkaji pekara ini... Ibarat menarik rambut dalam tepung.
Ingin saya tekanan disini, YB2 BN di Sarawak jgn jadi duri dlm daging dan terus bongkak akan kekuasaan yg ada. Sampai masa berubah, dekati rakyat seikhlas mungkin dan selesaikanlah mslh rakyat semampunya. Gerakkan saluran parti diperingkat akar umbi dan buktikan kita mampu bekerja secara berpasukan...
Sy mungkin masih mentah dlm warna warni politik, tp sy melihat dari sudut pengalaman kejatuhan kerajaan di Semenanjung...
Tidak juga sy nafikan beberapa gerak kerja beberapa YB terbukti memikat hati pengundi.. Contohnya YB Nancy Sukri di Parlimen Batang Sadong.
Beliau melaksanakan gerakan membantu rakyat tanpa mengira waktu dan bangsa.Inilah yg kita mahukan. Tanyalah masyarakat Iban di Simunjan, mereka tetap menyanjungi YB Nancy. Malah penduduk di luar parlimen beliau turut mendapat sentuhan beliau. Malangnya apa yg YB Batang Lupar lakukan, apakah terlalu sibuk dengan tugasan sebagai Timbalan Menteri.
Ini sekadar sedikit perkongsian... TQVM Blog Anak Merdeka.

Arkib Blog