Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 28, 2011

Mengapa ya? semakin tinggi mereka belajar makin bodoh pulak !

Setahu saya mereka bergelar mahasiswa yang pergi menuntut ataupun belajar ke pusat-pusat pengajian tinggi tidak kira samada swasta mahupun awam bukannya lamapun cuma untuk tempoh beberapa tahun saja dan jarang yang kita dengar sampai melebihi enam tahun.

Tetapi mengapa mereka harus mensia-siakan masa emas yang mereka perolehi itu yang sepatutnya untuk menuntut ilmu bagi bekalan untuk masa depan diri, keluarga dan bangsa dengan perkara-perkara yang nyata tidak berfaedah sama sekali seperti melakukan berbagai-bagai aktiviti protes terhadap pihak kerajaan yang selama ini telah banyak menyediakan bermacam-macam bentuk kemudahan untuk mereka mendapatkan ilmu?

Bukan semua anak-anak muda khususnya lepasan sekolah di negara ini yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi sebagaimana yang diterima oleh kebanyakkan pelajar yang sudah berjaya diterima masuk ke IPTS atau IPTA contoh seperti Adam Adli serta serta mereka yang lain yang menubuh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kemudiannya bertindak umpama seekor anjing yang tersepit akan menggigit balik tangan orang yang telah membantu melepaskannya dari tersepit.

Di Sarawak dan di Sabah, bukan sedikit jumlahnya mereka yang telah habis belajar di sekolah menengah yang berusaha memohon untuk mendapat tempat di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara ini bagi meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi namun ada yang terpaksa akur dan menerima keadaan apabila gagal di terima masuk atas banyak sebab seperti gagal menerima pinjaman pelajaran dan sebagainya.

Tetapi yang peliknya mengapakah mereka yang sudah berjaya diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi telah menyalahgunakan peluang yang mereka perolehi itu untuk tujuan yang lain sehingga sanggup pula mengabaikan tujuan sebenar mereka sebelum ini iaitu sebelum menjejakkan kaki ke institusi tertentu di negara ini?

Sepatutnya apabila semakin tinggi mereka pergi untuk belajar maka semakin matang dan semakin cerdiklah cara mereka berpikir sebelum bertindak dan bukan sebaliknya...

3 ulasan:

Ghazali berkata...

Sdr.,
Jawapannya amat mudah pada pandangan saya. Yang makin tinggi itu adalah bidang dan isikandungan pelajaran yang dipelajari tetapi tahap dan martabat pemikiran dan aqal mereka tidaklah setinggi bidang dan isikandungan pelajaran itu. Ini disebabkan mereka hanya belajar tetapi tidak mengamalkannya.... Kalau mereka mendakwa mereka mengamalkannya saya berani kata pengamalan itu tidak memenuhi kehendak dan isikandungan pelajaran atau Ilmu sendiri

ajai62 berkata...

Assalam Bro

Mereka belum boleh digelar Mahasiswa kalau akal fikiran masih ditahap bangku sekolah... Tak percaya ini semua muka jenis lulus cukup makan... dan yang paling berkemungkinan acuan dirumah mereka memang jenis penyokong pembangkang... Buang aje adanya mereka tak membawa manfaat kepada Universiti mereka... Ramai lagi orang lain yang nak belajar...

hilbert berkata...

ye lah, patutnya kalau mereka yang spesis Adam Adli ini sudah rasa hilang minat untuk menimba ilmu disebabkan keinginan yg berkobar-kobar untuk berpolitik adalah lebih baik berhenti ikut pengajian dan berikan tempat kepada bakal penuntut yg meman berminat untuk belajar.

Buang masa saja kerajaan menyekolahkan anak2 muda seperti Adam Adli tu...bukan memberi sebarang faedahpun kepada generasi yg akan datang....

Arkib Blog