Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Disember 09, 2011

Kalau DAP mahu letak calon Melayu, PAS pula letaklah calon Cina...baru ngam!!!

Sekiranya DAP benar-benar mahu meletakkan calon dari kalangan kaum Melayu untuk mewakili parti perkauman terbesar itu bagi kawasan yang majoritinya Melayu pada PRU-13 nanti maka PAS tidak perlulah terlalu risau sebab tindakan DAP itu sebenarnya telah membuka jalan kepada PAS untuk berbuat perkara yang sama.

Bukankah PAS sudah ada sayap yang mewakili kaum bukan Melayu dalam partinya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), oleh itu apa salahnya bagi PAS untuk meletakkan juga calon dari kalangan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina sebagai calon PAS di kawasan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina atau Tiong Hua pada PRU-13 kelak.

PAS harus berani menari mengikut rentak gendang yang dipalu oleh DAP bukan sekadar terikut-ikut menggoyang kepala lutut tetapi mesti berani menggerakkan seluruh anggota tubuh mereka sebagaimana beraninya DAP bertindak untuk menceroboh kawasan yang sepatutnya diperuntukkan kepada PAS.

Inilah masanya untuk PAS menunjukkan kepada para penyokong parti bahawa slogan "PAS for All" bukan hanya sekadar mainan kata semata-mata sahaja tetapi mesti diterjemahkan ke dalam perjuangan mereka untuk semua bangsa dan agama apabila PAS sudah ada wakil bukan Islam dan Melayu di dalam parti dan tambahan pula PAS kini bukan lagi sebuah parti yang berasaskan kepada Islam sebaik mereka menukar dasar perjuangan parti kepada Negara Berkebajikan.

3 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..WALLY SLIPAU KENA LA ADIL..KLU DAP BRANI TUNJAL KEPALA PAS, KNP PAS TAKUT2 NAK TUNJAL KEPALA KOMUNIS? HUHUHUHUHU

hilbert berkata...

Tu lah bro,

kalau dengan UMNO bukan main eksyen lagi PAS tu, tapi bila dah kena dengan DAP terus menikus,,,

Aku berkata...

Bukankah DAP itu "parti demokratik untuk semua kaum"? Letaklah calon Melayu DAP bertanding di kerusi majoriti Bukan Melayu.

Arkib Blog