Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Oktober 28, 2011

Harga tiket: laman web FAM kena godam, konsert Elton John camne pula ?

 Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia ( di sini ) telah digodam sejak awal pagi ini oleh mereka yang tak berpuas hati terhadap FAM. Berbagai perkataan kesat telah diletak kat situ. Logo FAM pula ditukar dengan imej yang tak sewajarnya, dan ia gara-gara keputusan FAM yang tetap mahu menaikkan harga tiket perlawanan menjadi RM50.

Patutnya FAM bertolak ansurlah juga dalam perkara seperti sebegini, barulah tak timbul benda-benda macam ini.
Tetapi bagaimana pula dengan pendapat rakyat Malaysia tentang harga tiket ke konsert penyanyi dari negara bekas penjajah British, Elton John yang akan mengadakan konsert solonya di Arena of Stars, Genting Highland pada 22 November depan ?

Tak nak ambil tindakan sama ke ke atas pihak penganjurnya iaitu AirAsiaRedTix kerana mengenakan harga tiket yang jauh lebih mahal daripada FAM untuk ke konsert Elton John itu nanti?

Lihat juga harga tiket untuk ke konsert Elton John pada 22 November kelak; dari serendah RM383 menjadi RM483, RM783, RM883, RM1183 dan seterusnya meningkat kepada RM1383 untuk setiap satu harga tiket.

Kenapa tak persoalkan harga tiket untuk konsert Elton John itu tetapi boleh pula memprotes harga tiket yang dikenakan oleh FAM? Macamana lah sukan bolasepak di negara kita nak maju kalau sikap sebegini masih menebal dalam masyarakat Malaysia...

2 ulasan:

imran ahmad berkata...

Lumrah dunia untuk perlawanan dalam negara sendiri harga tiket dipersoalkan. Untuk Elton John harga beratus-ratus pun sanggup, xde plak nak protes.

hilbert berkata...

Yelah sdra Imran,

apalah salahnya kita sumbangksn sedikit wang demi sukan bolasepak negara kita..kira macam amal jariah juge lah...

maju sukan untuk negara!

Arkib Blog