Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 03, 2011

Liwat II: Anwar hadiri pesta dan pameran "Pucuk Jambu" hari ini di KL

Hari ini bersambung semula perbicaraan peringkat pembelaan kes liwat II Anwar Ibrahim. Kononnya sebelum ini pihak pembelaan akan memanggil pakar bedah Dr. Thomas Hoogland yang pernah merawat Anwar ketika melakukan "pembedahan olok-olok" di Munich Jerman sekitar tahun 2004 sebagai saksi untuk kes liwat II ini.

Dr. Thomas Hoogland diperlukan oleh pihak Anwar ialah sebab kononnya pakar bedah itu boleh menerang dan menjelaskan statutus kesihatan Anwar Ibrahim yang dikatakan telah "Mati Pucuk" dan tidak memungkinkan beliau mampu untuk melakukan sebarang aktiviti seks.

Itu senang saja. Cadangan kepada Anwar Ibrahim, antara petua yang perlu diamalkan ialah "pucuk jambu" yang masih muda. Pengambilan daun jambu muda atau pucuk jambu terutamanya jenis jambu batu dengan kerap boleh membantu mengatasi masalah "mati pucuk."

Pucuk jambu batu selain berkhasiat untuk mengatasi masalah jerawat, kencing manis, kolestrol tinggi, kudis, seriwan mulut dan berbagai lagi juga boleh digunakan dalam merawat lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk.

Caranya mudah saja, cari pokok jambu batu...jangan pula kebas tanaman orang tetapi kalu mahu minta dululah...kemudian ambil pucuk jambu batu yang muda, rebus dan airnya boleh diminum bila dah jadi suam-suam kuku. Dan jangan sesekali minum "coffee" selama tempoh mengamalkan minum air rebusan pucuk jambu batu itu...

Tiada ulasan:

Arkib Blog