Kekecewaan serta kemarahan pihak DAP terhadap tindak-tanduk Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan selama ini nampaknya semakin sukar untuk disembunyikan lagi. Daripada Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh sehinggalah menjalar kepada Setuausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mereka kelihatan begitu bengang dengan sikap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Bermula dengan keakraban yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan itu ketika bersama dalam program anjuran kerajaan Barisan Nasional baik pada peringkat persekutuan mahupun pada peringkat negeri Kelantan terutama sekali apabila ianya melibatkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, kelihatan Datuk Nik Aziz begitu ceria dan teruja apabila beliau bersama-sama dengan Perdana Menteri di atas satu pentas.
Karpal Singh yang ternyata sangat tidak senang atas perbuatan curang Datuk Nik Aziz itu hanya mampu untuk memendam perasaannya yang sudah terlalu amat pedih bagai dihiris duri sembilu itu, akan tetapi, biarpun sekian lama terpaksa menahan sabar tatkala berdepan dengan permainan Mursyidul Am PAS itu akhirnya Karpal Singh gagal juga bertahan sehingga tersemburlah perkataan-perkataan yang turut mendedahkan sesuatu yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum iaitu "belang" sebenar DAP yang selama ini hampir berjaya mengelirukan rakyat apabila beliau turut bermain kata-kata dengan Datuk Nik Aziz.
Apabila Datuk Nik Aziz berkata bahawa PAS akan tetap melaksanakan undang-undang hudud di negeri Kelantan, lalu Karpal Singh tiba-tiba berubah menjadi sangat sedih. Dalam hati kecilnya, Karpal Singh tertanya-tanya, apa pula mimpi Menteri Kelantan itu, tiba-tiba saja dia buang tabiat? Kan hari tu Presiden PAS Hadi Awang sudahpun membuang dasar negara Islam jauh-jauh dan telah diganti dengan dasar baru iaitu Negara Kebajikan tetapi kenapa pula Datuk Nik Aziz kutip balik?
Jauh disudut hati Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya mahu agar PAS kembali semula menjalinkan kerjasama dalam semangat perpaduan dengan UMNO, demi masa depan orang Melayu serta demi agama Islam di negara ini tetapi bagi Datuk Nik Aziz itu semuanya hanya akan tetap menjadi angan-angan kosong selagi PAS terus merelakan diri diperkudakan oleh DAP. Bagi Datuk Nik Aziz, UMNO lebih memahami kehendak serta kemahuan PAS jika dibandingkan dengan DAP ataupun PKR.
Di penghujung perjuangannya yang semakin dimamah usia senja itu dalam menegakkan hukum hudud di Bumi Kelantan, nampaknya Datuk Nik Aziz mula bangkit dan berani untuk berdepan dengan Karpal Singh tanpa perlu menunggu Pengerusi DAP itu menjadi mayat terlebih dulu untuk melangkah tubuhnya semata-mata mahu menubuh sebuah negara Islam tetapi Datuk Nik Aziz mahu membuktikan bahawa beliau berani dan sedia untuk melangkah tubuh Karpal Singh hidup-hidup apabila berkata bahawa PAS tidak kisah sekiranya DAP mahu keluar dari gabungan Pakatan Haram pembangkang hanya disebabkan PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, September 26, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan