Semalam sekumpulan penduduk di Mukah berkumpul berdekatan dengan pasar basah iaitu pasar yang menempatkan para peniaga yang menjual berbagai jenis barang makanan berasaskan sumber laut dan juga hasil pertanian. Perhimpunan itu diketuai oleh Tuan Haji Siri Dani, iaitu seorang aktivis masyarakat terkenal di bahagian Mukah. Berita selanjutnya boleh juga lihat di sini
Mereka berkumpul kononnya untuk menunjukkan kepada pemimpin atasan BN Sarawak serta juga BN Pusat tentang sokongan mereka kepada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir iaitu anak lelaki sulung Pehin Sri Taib yang sebelum ini dikatakan akan menjadi calon PBB/BN bagi Parlimen P.213 Mukah menggantikan tempat penyandang sedia ada YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.
Kepada penduduk di Mukah amnya dan juga penyokong BN di bahagian itu khususnya, janganlah terlalu ghairah dan teruja untuk menerima wakil rakyat yang baru lebih-lebih lagi apabila mengetahui dianya adalah anak kepada Ketua Menteri Sarawak sendiri, tetapi mereka harus ingat bahawa Mukah sebagai bahagian yang ke-10 dalam Sarawak dan terletak pula dalam kawasan SCORE(Koridor Tenaga Boleh Di Perbaharui Sarawak) sangat memerlukan seorang wakil rakyat yang benar-benar memahami isu setempat dan peka dengan kehendak rakyat dalam kawasan yang diwakili.
Rakyat di Parlimen P.213 Mukah tidak perlu dipaksa untuk memilih seseorang yang hanya bergantung kepada populariti atau mereka yang datang dari keluarga bangsawan untuk menjadi seorang wakil mereka di Dewan Rakyat tetapi biarlah nanti calon BN bagi Parlimen Mukah merupakan anak tempatan, yang memang lahir di dalam wilayah Mukah, datang dari keluarga yang sederhana, tahu tentang kisah suka duka kehidupan rakyat di Mukah serta tahu bagaimana cara untuk membawa pembangunan kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen yang diwakilinya.
YB Dr Muhammad Leo sudah lebih tujuh penggal diberi kepercayaan oleh para pengundi di kawasan Parlimen Mukah untuk menjadi wakil kepada mereka namun sepanjang tempoh itu, apakah usaha yang telah beliau lakukan untuk pembangunan di Bahagian Mukah ? Tiada... melawat rakyat dalam kawasan yang di wakili memang kurang sekali malah boleh dikatakan dalam setahun juga seakan-akan tidak pernah.
Jadi, jika rakyat Mukah tidak mahu berlaku pisang berbuah dua kali, maka eloklah jangan terlalu taksub sehingga kita dilihat sanggup untuk turut mengabaikan nasib masa depan rakyat di kawasan Mukah semata-mata kerana kita terlalu bangga dengan keturunan wakil rakyat yang kita idam-idamkan. Oleh itu adalah sangat diharapakan agar rakyat di Mukah tidak membiarkan undi kita itu nanti sebagai lesen bagi membolehkan mereka menambahkan lagi harta kekayaan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, September 25, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan