Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 06, 2011

Majlis makan malam: JAIS vs Protestant dan tiada kaitan dengan Katholik !

Ada kekeliruan nampaknya timbul berikutan dengan isu kehadiran pihak JAIS dan Polis ke sebuah gereja mazhab Protestean aliran Methodist di Damansara Utama Selangor pada malam Rabu 3 Ogos lalu. Masih ramai rakyat Malaysia belum tahu bahawa Roman Katholik dengan mazhab-mazhab didalam Protestant sebenar ada berbeza iaitu tidak sama. Lihat apa yang berlaku di Ireland Utara.

The Malaysian Insider dalam laporannya telah mengaitkan nama Vatican apabila mereka menyatakan "serbuan" berlaku setelah dua minggu Putrajaya menjalinkan hubungan dengan Vatican iaitu pertemuan bersejarah antara Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib dengan Pope Benedict XVI di Vatican City bulan Julai lalu.

Dalam laporan The Malaysian Insider juga mereka kata "JAIS dan Polis" telah "menyerbu" Gereja Methodist di Damansara Utama. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak JAIS untuk hadir serta membuat pemeriksaan ke atas umat Islam yang hadir ditempat yang tidak sepatutnya mereka berada melainkan kalaulah orang-orang Islam itu berada di Surau, Masjid ataupun di Madrasah.

The Malaysian Insider dalam kebanyakkan laporan mereka hanya suka buat tangkap muat tanpa memahami fakta-faktanya terlebih dulu. Buat kerja tidak secara profesional. The Malaysian Insider harus dan wajib tahu bahawa Pope Benedict XVI adalah pemimpin Katholik seluruh dunia dan bukannya ketua kepada seluruh orang-orang Kristian dari mazhab-mazhab lain seperti dalam Pakatan Protestant.

Jadi tidak ada gunanya untuk The Malaysian Insider cuba mengaitkan lawatan Perdana Menteri Ke Vatican baru-baru ini dengan isu JAIS dengan puak-puak Protestant di Selangor...

8 ulasan:

Jamaludin berkata...

Golongan bangsat memang putar alam.

salam for jihad berkata...

Seluruh umat Islam adalah wajib utk menyokong tindakan JAIS dalam menjalankan tugas mereka. cukup2lah kita sebagai Islam asyik memberi sahaja atau melihat sahaja agama dan negara kita diperkotak-katikkan selama ini oleh golongan kafirun nih...dimana pulak pandangan golongan yg menggelarkan diri mereka ulamak?jangan asyik nak perjuangkan politik jer tok lebai oiii...agama yang patut didahulukan...

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..KLU DLM AGAMA KRISTIAN ADA PENGANUT PROTESTAN DAN KATHOLIK BEGITU JUGAK DLM ISLAM..ADA SUNAH ADA SYIAH..KEJADIAN PUAK SYIAH MEMERANGI AHLI SUNNAH PERNAH BERLAKU. INI SEKALIGUS MEMBURUKKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DI MATA DUNIA..PAS SEDAR PERKARA NI TAPI SAJE BUAT2 TAK TAU SBB MEREKA ANGGAP AGAMA ISLAM ANUTAN MEREKA SAJE YG BTUL!..CHEH

Panglima Perang Cyber berkata...

mantap.

Panglima Perang Cyber berkata...

artikel tuan sudah ditweet

Razif AR Al-Marbawi berkata...

tahniah saudara hillbert kerana menjelaskan kekeliruan ini..

kebanyakan umat Islam Malaysia tak faham mengenai mazhab2 dlm Kristian ini..

Pada saya, golongan protestan mmg byk menimbulkan salah fhm dan mengganggu gugat keharmonian beragama, sama juga seperti golongan Syiah dalam Islam

harap saudara boleh terus memberi penerangan agar permasalahan agama seperti ini tidak menjadi barah dalam masyarakat

hafez j malim berkata...

salam 1 malaysia hilbert

terima kasih kerana selalu menjadi penerang yang baik jika berlaku sesuatu isu sensitif sebegini... rasa bertuah ada teman blogers yang peka dengan hal2 begini walaupun kita berbeza agama.

hilbert berkata...

Salam 1Malaysia rakan2 blogger dan terima kasih atas komen kalian semua di atas..

Saya sebagai penganut Katholik sebenarnya rasa terpanggil untuk menulis artikel ringkas ini bagi membantu menerangkan serba sedikit mana yang agak mengelirukan agar ianya tidak menambahkan lagi kekusutan pada mana2 isu yg berkaitan.

Dan yang penting saya harap pemimpin Katholik di Malaysia sentiasa kekal berpegang kepada semangat saling menghormati sesama rakyat di negara ini yg berlatar belakang agama, budaya dan adat yang berbeza.

Dan juga harapan agar komuniti Katholik di negara ini terus berusaha untuk menjadi sebahagian masyarakat Malaysia yang sentiasa menyumbang sesuatu yang berfaedah kepada negara ini tanpa menimbulkan berbagai masalah seperti yang dilakukan oleh segelintir pihak dalam Protestant.

Arkib Blog