Jika sebelum ini bukan main lantang lagi Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendesak agar Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil segera meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti hanya kerana isu yang sengaja ditimbulkan oleh pihak Pakatan Haram. Malah Bung Mokhtar telah berulangkali meminta supaya Datuk Seri Sharizat segera berundur kononnya demi untuk menjaga nama baik parti ekoran isu NFC yang melibatkan suami Senator berkenaan.
Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghaffur Salleh, beliau adalah merupakan seorang Ahli Parlimen tetapi bertindak seperti tidak tahu untuk menghormati undang-undang negara apabila turut sama menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu supaya melepaskan semua jawatan yang dipegangnya sebeberapa segera yang boleh.
Setahu saya isu berkenaan dengan NFC itu iaitu ketika desakan dibuat oleh kedua-dua wakil rakyat dari Sabah itu sedang dalam siasatan pihak polis dan hasil siasatan telahpun diumumkan oleh pihak polis tidak lama kemudian serta mendapati dan mengesahkan bahawa tidak wujud sebarang unsur-unsur penyelewengan dalam isu membabitkan syarikat yang diuruskan oleh suami kepada Datuk Seri Sharizat itu.
Sangat pelik, apabila pihak polis telah menyatakan bahawa tidak ada kes penipuan sebenarnya dalam isu NFC sebagaimana yang didakwa oleh pihak Pakatan Haram namun Bung Mokhtar dan Ghaffur Salleh terus melalak di dalam Parlimen memaksa Datuk Seri Sharizat meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam kerajaan dan parti.
Tetapi bertambah pelik lagi apabila timbul isu baru, isu Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia tidak nampak bendera PM telah diturunkan oleh Adam Adli jambu baru Anwar Ibrahim, hingga setakat ini tidak ada sebarang respon yang kita dapat daripada kedua-dua pemimpin dari Negeri Di Bawah Bayu itu. Sama-sama kita tunggu bagaimana reaksi Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Ghaffur Salleh terhadap kes mahasiswa menurunkan bendera Datuk Seri Najib di PWTC, adakah keduanya akan turut mendesak agar Datuk Saifuddin segera meletakkan jawatan kerana isu itu ?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Disember 20, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan