Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 29, 2011

Liwat II: perhimpunan Bebas Anwar 901 menyekat kebebasan hakim !

Dulu sekiranya terdapat kes salahlaku yang melibatkan beberapa pemimpin teritinggi daripada Barisan Nasional yang telah ataupun yang sedang dibicarakan di mahkamah tetapi mengapak sekarang pihak pembangkang yang satu ketika dulu begitu lantang sekali bersuara menuduh para hakim dikawal, disekat kebebasan mereka dalam menentukan bentuk hukuman terhadap mereka yang disabitkan dengan kes yang dibicarakan telah bertindak sebaliknya pulak apabila mereka sendiri kini sedang giat berusaha untuk mempengaruhi keputusan hakim agar melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembantu perbadinya Mohd. Saiful Azlan Bukharry?

Dalam kes yang melibatkan bekas Ketua Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, bekas Menteri Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan bekas Menteri Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam misalnya, pihak Pakatan Haram awal-awal lagi telah membuat kesimpulan dan menuduh bahawa ada campurtangan kerajaan dalam menentukan keputusan yang dibuat walaupun kes sedang dalam perbicaraan dan mendakwa kebebasan Hakim disekat serta tiada kebebasan undang-undang di negara ini.

Tetapi bagaimana pula dengan tindakan terkini oleh pihak Pakatan Haram khususnya PKR yang mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 January 2012 depan bertujuan untuk mendesak hakim agar membebaskan Anwar dari kes liwat IInya? Mengapa mereka tidak memberi ruang kepada badan kehakiman di negara ini untuk membuat keputusan secara bebas sebagaimana yang dikehendaki ramai terutama oleh mereka sendiri sebelum ini? Mengapa harus mengawal dan menyekat kebebasan hakim?

3 ulasan:

ajai62 berkata...

Assalam Bro

Senang aje jawapannya... Siapa yang ikut berhimpun tu BODOH dan sudah dibayar... Mana ada kerja bodoh yang tak berbayar sekarang?

hilbert berkata...

ye tak ye juga,,,macam kumpulan Laskar Merah Kuning di Indon, kumpulan baju merah di Tahiland,,sanggup terima sebungkus nasi sebagai upah untuk turut serta dalam berdemo,,,itulah juga SMM dan Adam Adli dll

COLTORAS berkata...

kalau org sokong PAS atau sokong DAP mati-matian sy x heran sbb dua2 tu parti yg wujud lama ada prinsip/ideologi sendiri, pemimpinnya pun kekal dgn prinsip itu (kecuali generasi baru mereka yg sudah mula menyempang). tapi geng yg sokong PKR dan AI ni sy mmg x faham langsung. Hati mereka dh mati dgn kepercayaan AI adalah seperti AI masa tahun 74 dan AI masa jd Presiden ABIM.

Arkib Blog