Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Disember 13, 2011

Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-XIV: Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku !

 Hari ini terukir satu lagi sejarah buat seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada negara kerana kita semua menerima seorang Raja baru bagi memayungi kita secara keseluruhan dengan segala kesejahteraan, keharmonian, keamanan dan juga kemakmuran.

Perlantikan untuk kali yang kedua Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 tentunya akan membawa banyak pengertian atau makna tersendiri buat kita seluruh rakyat Malaysia.

Ketika dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 pada 21 September 1970, kebetulan ketika itu Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 adalah YABhg Tun Haji Abdul Razak bin Hussein dan pada hari ini 13 December 2011 untuk kali yang kedua Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, kebetulan pula Perdana Menteri Malaysia ke-6 adalah YAB Datuk Seri Hj Mohd Najib anak sulung kepada Allahyarham Tun Haji Abdul Razak.

Semoga semua petanda ini akan membawa banyak kemakmuran buat negara kita serta Malaysia terus mendapat segala nikmat selama tempoh pemerintahan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah. Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !
Yang di-Pertuan Agong ke - 14 (13 December 2011 -                         )
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah
Sultan Kedah Darul Aman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 13 (13 December 2006 - 12 December 2011)
Tuanku Mizan Zainal Abidin Sultan Al-Muktafi Billah Shah
Sultan Terengganu Darul Iman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 12 (13 December 2001 - 12 December 2006)
Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail
Raja Perlis Indera Kayangan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 11 (26 April 1999 - 21 November 2001)
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj
Sultan Selangor Darul Ehsan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 10 (26 April 1994 - 25 April 1999)
Al-Marhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
 Yang di-Pertuan Agong ke - 9 (26 April 1989 - 25 April 1994)
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullah
Sultan Perak Darul Ridzuan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 8 (26 April 1984 - 25 April 1989)
Al-Marhum Sultan Iskandar Alhaj Sultan Ismail
Sultan Johor Darul Takzim
 Yang di-Pertuan Agong ke - 7 (26 April 1979 - 25 April 1984)
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musa'in Billah Sultan Abu Bakar R'ayatuddin Al-Muadzam Shah
Sultan Pahang Darul Makmur
 Yang di-Pertuan Agong ke - 6 (21 September 1975 - 29 Mac 1979)
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra Sultan Ibrahim
Sultan Kelantan Darul Naim
 Yang di-Pertuan Agong ke - 5 (21 September 1970 - 20 September 1975)
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah
Sultan Kedah Darul Aman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 4 (21 September 1965 - 20 September 1970)
Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Darul Iman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 3 (21 September 1960 - 20 September 1965)
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail
Raja Perlis Indera Kayangan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 2 (14 April 1960 - 1 September 1960)
Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj Tuanku Alaiddin Sulaiman Shah
Sultan Selangor Darul Ehsan
Yang di-Pertuan Agong Pertama (31 Ogos 1957 - 1 April 1960)
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Tiada ulasan:

Arkib Blog