Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Disember 03, 2011

BN Sarawak akan hilang beberapa kerusi Parlimen pada PRU-13 !

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional Sarawak dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi khususnya kerusi Parlimen kepada pihak pembangkang dan BN Sarawak pasti akan berdepan dengan keadaan yang sangat getir dalam usaha mereka untuk mempertahankan beberapa kerusi yang masih disandang ketika ini.

Memandangkan kepada masalah yang sedang dihadapi oleh dua buah parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP serta SPDP sejak sebelum PRN Sarawak lagi sehingga kini yang tidak menampakkan yang krisis dalaman parti masing-masing akan selesai, adalah bukan sesuatu yang mustahil banyak perkara yang tidak diduga akan dilakukan oleh ahli-ahli atau sesetengah pemimpin parti untuk mensabotaj parti mereka sendiri pada PRU-13 nanti.

SUPP yang masih belum lagi pulih dari kecederaan yang dialaminya ketika PRK Parlimen Sibu tahun lepas dan keadaan terus menjadi lebih parah sehingga pada PRN Sarawak yang lalu apabila banyak calon parti berkenaan kalah teruk kepada calon pembangkang dan begitu juga dengan SPDP yang tidak sudah-sudah menghadapi masalah kepimpinan parti sehinggalah sampai kepada isu pemecatan Naib Presiden SPDP Datuk Sylvester Entrie oleh Presiden parti Tan Sri William Mawan bulan lepas.

BN Sarawak kini hanya bergantung harap kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Pehin Sri Taib Mahmud selain Parti Rakyat Sarawak (PRS) pimpinan Tan Sri Dr James Masing untuk terus berkuasa di negeri Sarawak. Disaat parti SUPP dan SPDP sedang bergelut dengan masalah kepimpinan parti mereka masing-masing, PBB terus bergerak seperti biasa mendekati rakyat tanpa banyak masalah yang dilihat boleh menyebabkan PBB akan turut kehilangan kawasan seperti SUPP dan juga SPDP.

2 ulasan:

C L J berkata...

Kerja meruntuhkan yang sedia ada itu lebih mudah dari membina dan mengukuhkan. Inilah gerak kerja yang diajarkan oleh gerakan negetisma yang ditaja oleh pecita cita untuk menakluk dunia.

C L J berkata...

Itu belumlagi diambil kira kerja kerja melaga lagakan antara penganut agama dangan penganut agama lain. Anwar sendiri kelihatan melancarkan kerja itu semenjak beberapa ketika yang lalu. Mashaallah.

Arkib Blog