Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 25, 2011

Bebas Anwar 901: Shamsul dilantik peguam utama, Karpal naik berang pada Anwar !!!

Bekas ketua peguambela Anwar Ibrahim untuk kes liwat II YB Karpal Singh menjadi berang ekoran tindakan drastik Anwar Ibrahim yang melantik Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR (AMK) saudara Shamsul Iskandar sebagai peguam utama dalam kes beliau bagi menggantikan tempat Karpal Singh.

Karpal Singh yang terkejut dengan perkembangan terbaru berkaitan dengan kes liwat II itu amat marah kepada Anwar dan telah memberi kata dua kepada Ketua Pembangkang itu, tarik balik perlantikan Shamsul sebagai Ketua Peguam jika mahu menang dalam kes itu atau beliau akan menarik diri serta-merta sebagai peguambela dan Anwar akan kalah dalam perbicaraan itu.

"Sebagai seorang peguam veteran yang ternama, yang tersohor, yang teragung, sudah tentulah saya sangat terguris dan tersinggung dengan tindakan terburu-buru Anwar itu. Saya sudah berkorban begitu banyak masa dan tenaga untuk Anwar menang dalam kes liwat II itu malah saya juga sanggup mengenepikan prinsip saya sebagai seorang peguam yang paling hebat di muka bumi ini dengan sanggup memohon penangguhan demi penangguhan kes liwat itu kepada Mahkamah semata-mata mahu melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembancuh kopinya.

Rungut Karpal lagi, "Namun inikah balasan yang harus saya terima dan harus Anwar berikan kepada saya? Setelah perbicaraan kes sudah sampai ke peringkat keputusan, tau tau Anwar Ibrahim buat pelan lain untuk menyelamatkan diri. Apa Anwar tidak percaya lagi kepada kemampuan saya? tidak percaya kepada keupayan berbelas-belas lagi peguambela yang beliau sendiri lantik sehingga memaksa beliau menubuh gerakan 'Bebas Anwar 901'?"

"Kalau saya tahu ini akhirnya balasan Anwar, sedari dulu saya tidak mahu terima dia sebagai anak guam. Cuba tuan-tuan puan dan saudara semua pikir, kalaulah Anwar Ibrahim menang dalam kesnya pada 9 January tahu depan, siapa yang akan mendapat nama bagus? Tentu bukan saya atau barisan peguambela yang lainnya tetapi Shamsul Iskandar yang akan dapat nama sebab dia sudah dilantik Anwar jadi ketua menjalankan kempen bebas itu" tambah Karpal lagi dengan penuh emosi.

3 ulasan:

Jeffry berkata...

KEHKEHKEHKEH..CUN BRO!..KESIAN KERPAL..PENAT2 TURUN NAIK MAHKAMAH LAST2 ANUWAR DAH TAU DIA TERSEMBAM GAK KAT SG BULOH. SAM KETOT VOLUNTEER TEMANKAN BOSS DIA DLM PENJARA..BUAT KAIN BILASAN! KEHKEHKEHKEH ADOIYAIIII

hilbert berkata...

he he he,,,saja bro, nak kasi kepala itu Karpal Singh bertambah pusing;;; sudah dengan itu P. Ramasamy kita tambah lagi bahan perisa hehe..biar sedap sikit

noormalaysia berkata...

Itu saiko-war anwar dan kapal sink....persediaan untuk hadapi kekakalahan

Arkib Blog