Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, November 16, 2011

Nurul & Tony terus berusaha sekat hak rakyat dan kerajaan !



Bukan saja bermaksud untuk menyekat kerajaan daripada memberikan keselesaan kepada rakyat Malaysia terutama sekali di dalam perkara yang melibatkan hak rakyat untuk mendapat barang-barang keperluan asas pada harga yang amat berpatutan daripada peniaga malahan jika dilihat dengan lebih mendalam lagi, perbuatan YB Nurul Izzah dan juga YB Tony Pua yang berterusan mengadakan kempen bertujuan untuk memboikot operasi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) merupakan satu tindakan yang hampir sama dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Israel terhadap misi rombongan bantuan kemanusiaan "Freedom Flotilla" oleh banyak negara ke Palestine.

Kita semua tahu dan maklum bahawa pihak Israel senantiasa berusaha dengan berbagai cara untuk menyekat segala bentuk bantuan yang dibawa oleh kumpulan misi berkenaan dari sampai tangan penduduk atau rakyat Palestine yang sekian lama hidup menderita akibat penindasan oleh rejim pengganas zionis itu.

Jadi apa bezanya dengan perbuatan oleh kedua-dua pemimpin Pakatan Haram pembangkang ini yang sedang berusaha keras untuk membantut segala bentuk program yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Tiada satupun usaha murni kerajaan untuk membela rakyat yang tidak mendapat tentangan daripada mereka.

Bila lagi agaknya mereka ini akan menjadi pemimpin pembangkang yang profesional atau yang matang, yang berfikiran positif, yang tahu menilai mana kebenaran dan mana kepalsuan, boleh menerima seadanya dengan fikiran yang terbuka sesuatu daripada pihak lawan. Jika pihak BN dan kerajaan boleh bersedia untuk menerima dan mendengar cadangan atau pandangan daripada pihak pembangkang tetapi kenapa mereka tidak boleh berbuat demikian?

Sekurang-kurangnya demi rakyat, mereka sepatutnya perlu juga dalam keadaan yang tertentu untuk melakukan sedikit pengorbanan, misal kata mereka boleh ketepikan dulu soal kepentingan politik masing-masing saat kerajaan sedang giat berusaha untuk memastikan agar rakyat terlepas daripada masalah semasa yang sentiasa membelenggu kehidupan mereka.
Posted by Picasa

2 ulasan:

Mas berkata...

Apa susahnya! cadangkan je agar PR buka kedai rakyat ... jadi kita para pengguna bolehlah memilih nak membeli dikedai mana ... bertambah pilihan ... nak jaga status pergi hyper market nak jaga poket cari kat kedai KR1M atau kedai PR

Dorang ni bukan boleh di sekat dari bercakap ... suruh je buat cam krajaan dah buat ... buktikan boleh ke tak boleh

hilbert berkata...

hahaha!!!...nak suh PR buka kedai macam BN? hehe..makin sengsara rakyat Malaysia kena tipu mereka nanti dengan barang2 yg dah luput tarikh hehe

Arkib Blog