Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 13, 2011

Kerajaan Pusat hanya pandang sebelah mata pemimpin dari Sarawak !

Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Sabah),
Timbalan Speaker Dewan Rakyat II YB Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Sarawak)
Tan Sri Pandikar Amin juga pernah dipilih sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Ahli-Ahli Parlimen Komanwel untuk sessi 2007-2008.
Pemimpin dari Sarawak buat pertama kali mulai disisih.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Datuk Seri Hj Mohd Shafie Apdal (Sabah),
Timbalan Menteri YB Datuk Joseph Entulu Belaun (Sarawak)
Datuk Seri Mohd Shafie juga pernah dipilih setelah dicadang oleh Kerajaan Pusat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Ahli-Ahli Parlimen Komanwel (CPA) untuk penggal 2008 - 2011.
Pemimpin dari Sarawak dipandang sepi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin (Sabah)
Tiada penjawat awam warga Sarawak yang dilantik ke jawatan tertinggi dalam pasukan PDRM peringkat Persekutuan.
Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, YB Datuk Armani Mahiruddin (Sabah)
Sekali lagi warga Sarawak gagal untuk memenangi hati pemimpin Kerajaan Pusat ke jawatan tersebut.
Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Abdul Gani Patail (Sabah)
Belum pernah lagi rakyat Sarawak diberi kepercayaan setinggi itu oleh Kerajaan Pusat. Dimana silapnya?
 Menteri Luar Malaysia, YB Datuk Seri Anifah Aman (Sabah)
Timbalan Menteri, YB Datuk Richard Riot (Sarawak)
 Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Tan Sri Benard Dompok (Sabah)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili (Sabah)
Timbalan Menteri, YB Datuk Hj Fadillah Yusof (Sarawak)
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga telah dipilih oleh kerajaan pusat untuk menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Sistem Pilihan Raya di negara ini dan ini sekali lagi pemimpin dari Sarawak terus tersisih.
Hakim Besar Borneo bagi wilayah Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum (Sabah)
Jawatan ini saja yang memberi peluang kepada warga Sarawak secara bergilir-gilir dengan Sabah.

Sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad mengakhiri zaman pemerintahannya selama 22 tahun lewat 2003 dan diambilalih pula oleh penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, nasib pemimpin dari Bumi Kenyalang mulai mendapat layanan agak jauh berbeza oleh kerajaan pusat jika dibandingkan dengan pemimpin dari Sabah.

Pentadbiran Tun Abdullah ketika itu seakan-akan cuba membersihkan pemimpin-pemimpin yang berasal dari Sarawak dari dalam kerajaan pimpinannya. Ini jelas apabila berlaku perlantikan untuk jawatan-jawatan tertentu yang cenderung meminggirkan pemimpin dari Sarawak namun sebaliknya lebih banyak pemimpin dari Sabah yang diberi dengan jawatan-jawatan yang penting dalam kerajaan.

Keadaan itu nampaknya terus berlarutan walaupun pucuk kepimpinan negara telah bertukar apabila Datuk Seri Haji Mohd Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Pak Lah. Tidak banyak perubahan dilakukan oleh Perdana Menteri ke-6 itu untuk mewujudkan kesamarataan dari segi jawatan dalam kabinet persekutuan antara Sarawak dengan Sabah.

Sebenarnya rakyat Sarawak amat terkilan dengan keadaan tersebut biarpun kerajaan pusat terpaksa mengubat perasaan duka lara rakyat Bumi Kenyalang dengan habuan-habuan besar setiap kali pembentangan bajet dilakukan berikutan ketiadaan pemimpin mereka diberi kepercayaan untuk menerajui satu atau dua jawatan penting pada peringkat pusat sebagaimana yang dinikmati oleh pemimpin dari negeri Sabah.

Rakyat Sarawak tdak menaruh harapan sangat kepada Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud untuk memanjang kekecewaan itu kepada kerajaan pusat kerana sebagai rakyat kami memang faham dan sedar bahawa Ketua Menteri juga masih sayangkan jawatan yang sedang beliau pegang kini dan perlu menjaga hati pemimpin pusat agar tidak terguris dan terpaksa mendiamkan saja rungutan daripada rakyat Bumi Kenyalang berkenaan dengan perkara itu.

Apa-apapun dengan tarikh pembubaran Parlimen Malaysia yang semakin dekat, adalah diharapkan agar jurang perbezaan yang sangat ketara di antara Sarawak dengan Sabah dan Semenajung dari segi pembahagian jawatan oleh kerajaan Pusat haruslah ada kesamarataan bagi menjaminkan logo dacing tidak akan menjadi senget sebelah, tapi biar kekal seperti sebelumnya.

Tiada ulasan:

Arkib Blog