Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 04, 2011

'Industri seks bebas' akan wujud di Malaysia jika PR tubuh kerajaan !

Belumpun lagi berjaya menubuhkan sebuah kerajaan di Malaysia, tetapi telah banyak pihak yang selama ini berdiri teguh di belakang Pakatan Pembangkang kini seolah-olah sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melakukan berbagai perkara walaupun mereka pada dasarnya memang mengetahui bahawa ada perkara yang tertentu yang dibawa itu nyata bertentangan dengan nilai budaya masyarakat timur serta bercanggah sama sekali dengan ajaran semua agama di dunia.

Bagi saya pula, sekiranyalah Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS telah ditakdirkan berjaya untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru di negara ini adalah bukan satu yang mustahil berlaku jika kerajaan yang mereka tubuh itu akan membuat banyak kelainan jika dibandingkan dengan apa yang pernah kerajaan terdahulu, Barisan Nasional lakukan untuk negara ini sejak pembentukan Malaysia lagi.

Maksud saya ialah, kerajaan Pakatan Haram Pembangkang mungkin akan cuba untuk mewujudkan beberapa industri bagi menambah sumber baru tanpa mengambil  kira samada sumber itu halal ataupun haram asalkan ianya mampu menjana ekonomi negara.

Melihat kepada reaksi beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang berhubung dengan isu yang sedang hangat kini 'Seksualiti Merdeka' yang melibatkan Ambiga Sreenavasan, saya rasa adalah sesuatu yang bukan mustahil bagi pihak pakatan pembangkang jika mereka sudah jadi kerajaan untuk menjadikan kegiatan yang berunsurkan perlakuan seks sebagai satu punca pendapatan baru bagi negara.

Kerajaan mereka mungkin akan membenarkan berlakunya segala kegiatan yang melibatkan bermacam-macam jenis dan tabiat seks di negara ini tanpa sebarang halangan. Rakyat juga mungkin akan dibenarkan untuk terus mengamalkan seks bebas mengikut selera mereka dan ikut apa yang mereka mahu tanpa perlu rasa ragu-ragu akan dikenakan dengan tindakan undang-undang.

Dan yang mungkin pasti akan dilakukan oleh kerajaan Pakatan itu kelak ialah, ini berpandukan kepada kesungguhan mereka hendak membawa masuk budaya liar dan songsang dari Barat ke Malaysia maka bukanlah perkara yang mustahil bagi mereka untuk menjadikan kegiatan seks bebas sebagai daya tarikan baru pelancongan negara yang memfokuskan minat pelancong luar untuk berkunjung ke negara ini dan andaikata ini berlaku maka sudah tentulah kerajaan Pakatan akan iktiraf kegiatan yang berunsurkan seksual di antara pelancong asing dengan warga tempatan sebagai satu 'industri baru' untuk negara.

Seperti apa yang berlaku di Bali Indonesia, Thailand dan Filipina...kegiatan seksual secara bebas tanpa kira apa jantina yang berlaku antara pelancong asing dengan penduduk tempatan di tempat berkenaan seolah-olah telah lama direstui dan ini telah menjadi tarikan utama kepada pelancong asing berkunjung sehingga berulang-kali dan hasil dari kegiatan tidak bermoral seperti itulah yang dilihat banyak menyumbang kepada pendapatan negara tersebut khususnya dalam sektor pelancongan.

3 ulasan:

C L J berkata...

Barulah namanya bebas dan MERDEKA ...

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..AKTIVITI SONGSANG FEVRET ANUWAR BAKAL DI LAKSANAKAN. TUNGGU MASA KLU DIA DI TABALKAN JD PRESIDEN M'SIA PERTAMA HUHUHUHU

hilbert berkata...

Apa yg sedang dilakukan oleh puak2 pakatan haram pembangkang kini seperti membayangkan kepada kita semua bahawa itulah yang akan mereka akan laksanakan nanti di negara ini jika berjaya sebagai sebuah kerajaan..

terima kasih C L J & bro Jeff :-)

Arkib Blog