Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 24, 2011

Tiada ucapan takziah atas kematian Gaddafi, apakah kerajaan Malaysia takut kepada Obama?

Sudah hampir seminggu peristiwa pembunuhan bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi berlaku setelah beliau terkorban ditangan pemberontak NTC pada hari Rabu 19 Oktober lepas namun sehingga kini didapati tiada sebarang ucapan takziah secara rasmi dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung kejadian itu untuk disampaikan kepada ahli keluarga serta para pengikutnya yang masih tinggal.

Jika kita melihat reaksi segera kerajaan Malaysia sebelum ini iaitu sekiranya ada berlaku kematian yang melibatkan para pembesar negara asing maka Wisma Putera yang bertindak sebagai jurucakap kepada kerajaan akan menyampaikan ucapan takziah melalui nota yang diserahkan ke pejabat perwakilan atau pejabat kedutaan negara terbabit ataupun ada juga yang menandatangani buku ucapan takziah yang telah disediakan oleh pihak kedutaan negara berkenaan.

Contoh kalau kita imbas kembali ketika berlakunya kematian seperti bekas Presiden Amerika Syarikat Ronald Reegan, bekas Presiden Perancis Jaques Chirac, Ketua Katholik sedunia Pope John Paul, bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhuto, bekas Perdana Menteri India Indira Gandhi dan Rajiv Gandhi, bekas Perdana Menteri Lubnan Rafiq Hariri, bekas Presiden Filipina Qurazon Beniqno Aquino dan banyak lagi, maka kita boleh lihat bagaimana respon segera dari kerajaan Malaysia tetapi apabila berlaku kematian melibatkan pemimpin Libya ini, kenapa kerajaan Malaysia masih membisu?

Apakah Malaysia tiada hubungan diplomatik secara sah dengan kerajaan Libya yang dipimpin oleh Gaddafi sebelum ini atau adakah kerana takut dengan gertakan kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat yang pandai membodek Malaysia dengan bermacam-macam kata manisnya selama ini yang sehinggakan boleh membuat kerajaan menjadi mudah leka maka untuk menjaga hati Amerika Syarikat sesuatu perlu dilakukan, kalau Amerika Syarikat membenci negara atau orang itu maka Malaysia juga harus turut sama membencinya jika tidak Malaysia akan terlepas dari belaian manja Amerika Syarikat.

Jelaslah kini segala usaha pihak Barat terutamanya Amerika Syarikat untuk menutup segala kebaikan yang dilakukan oleh Gaddafi kepada masyarakat Libya, masyarakat negara lain juga dari pandangan penduduk dunia semakin berjaya apabila terdapat sesetengah negara yang pernah menerima sumbangan Gaddafi ikut sama menari dengan irama yang dimainkan oleh pihak Amerika Syarikat dan Israel. Cuma kita akan tunggu apakah pendirian yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia seterusnya berhubung dengan kematian Muammar Gaddafi ini, adakah tetap membisu atau sebaliknya?

3 ulasan:

Yuseri Yusoff berkata...

Saya baru fikir nak tulis hal ni...

Panglima Perang Cyber berkata...

saya rasa DS Najib sudah ulas.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

ucapan takziah blm jumpa.

hilbert berkata...

Malaysia sekurang-kurangnya perlu bersimpati dengan nasib yang menimpa Gaddafi, kongsi kesedihan dengan keluarga beliau...beri semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan

Arkib Blog