Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 02, 2011

Datuk Maglin, menteri dalam kabinet DS Najib yang sungguh mengarut !!!

Jika di dalam kabinet Tun Dr Mahathir seketika waktu dahulu iaitu ketika beliau masih lagi Perdana Menteri Malaysia, ada seorang menteri dalam kabinet beliau sering tampil dengan berbagai-bagai idea yang pelik dan mustahil. Dia adalah Tan Sri Sanusi Junid, bekas Menteri Pertanian Malaysia dan juga bekas Menteri Besar Kedah.

Beliau kerap kali membawa idea-idea yang tidak terfikir oleh kita namunpun begitu ada juga beberapa idea menarik beliau boleh diterima seperti kempen minum air kelapa muda, kempen satu kampung satu produk dan beberapa yang lain lagi.

Tetapi ada satu cadangan beliau kepada rakyat Malaysia ketika masih menjawat jawatan Menteri Pertanian Malaysia dulu dimana beliau telah mengesyorkan kepada rakyat negara ini yang ketika itu sedang berdepan dengan krisis makanan asas iaitu beras agar mereka segera menanam pokok padi di atas atap atau bumbung rumah masing-masing.

Menurut Tan Sri Sanusi, langkah tersebut bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras import dari negara luar yang tentunya memerlukan kos yang sangat besar dan beliau berpendapat sekirannya rakyat Malaysia sanggup menerima cadangan itu mereka bukan saja mampu mengurang beban kerajaan malah mengurangkan juga kos sara hidup seisi keluarga apabila masing-masing rakyat Malaysia mempunyai sawah padi diatas bumbung rumah.

Itu dulu. Sekarang ini ada lagi menteri yang jauh juga mengarutnya. YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, beliau merupakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Warisan II. Beliau kini sedang sibuk dengan berbagai laman portal. Kononnya kerajaan BN yang punya.  Ada yang sudah dibangunkan dan ada lagi yang akan diwujudkan.

Menurut Datuk Maglin, akan ada satu lagi laman web atau portal diwujudkan khusus untuk seluruh rakyat Malaysia. Laman web tersebut menurutnya lagi sangat berbeza dengan laman web milik kerajaan yang sedia ada. Jika laman web sebelum ini ianya tertakluk kepada peraturan-peraturan serta undang-undang yang tertentu namun laman web yang dikataka oleh Datuk Maglin ianya tak ubah seperti besi yang kebal.

Dalam laman web terbaru itu, menurut beliau sesiapa saja tanpa mengira darjat, agama, bangsa atau latar belakang hidup mereka boleh kemukakan sebarang pertanyaan, usulkan cadangan, mengkritik kerajaan dan sesiapa saja, mereka dijamin tidak akan diambil sebarang tindakan oleh pihak kerajaan atau pihak berkuasa.

Mengenai aduan yang diterima, pihak mereka juga berjanji akan selesaikan segala laporan atau aduan yang diterima hanya dalam maa seminggu sahaja. Mampu ke??? rakyat Malaysia kini dah mencecah 20 juta orang. Dalam 20 juta orang itu, bermacam-macam karenah mereka yang perlu pihak kerajaan layan. Jadi, mampu kah kiranya Datuk Maglin selesaikan masalah dalam tempoh seminggu seperti yang dijanjikan ???

Tiada ulasan:

Arkib Blog