Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 10, 2011

Ada apa dengan keluang ?

Tabiat pelik sang keluang ialah mengenai deria rasanya yang nyata berbeza mengikut jenis pokok buah-buahan terutama sekali ketika datangnya musim berbunga ataupun semasa musim berbuah.

Pada musim durian mengeluarkan bunga dan seterusnya apabila bunga durian mulai mekar, nyata sekali pada waktu malam amat mudah untuk kita melihat keluang akan berterbangan dan hinggap di setiap pokok durian yang sedang berbunga untuk menghisap manisan dari bunga yang baru keluar dari kelopak.

Namun, keluang akan menjauhkan diri dari pokok durian setelah bunga-bunga mula menghasilkan bibit-bibit yang seterusnya membesar sehinggalah menjadi buah durian yang telah matang dan sedia untuk gugur.

Tetapi berlainan pula keadaannya tatkala tiba musim rambutan berbunga. Keluang tidak tertarik untuk keluar ketika pokok rambutan sedang berbunga namun tarikan kepada keluang ialah setelah pokok rambutan mengeluarkan buahnya dan menjelang malam, keluang telah bersedia untuk menyerbu setiap pokok rambutan yang sudah masak buahnya.

Itu yang peliknya, keluang hanya akan tertarik kepada pokok durian ketika pokok tersebut sedang berbunga namun meninggalkannya setelah pokok berkenaan mulai berbuah tetapi berbeza dengan pokok rambutan, keluang hanya akan datang hinggap di pokok rambutan ketika buahnya sudah mulai masak tetapi tidak menghiraukannya ketika pokok rambutan sedang berbunga.

2 ulasan:

Afzainizam berkata...

spesis keluang sekarang dah jarang nampak kelibat tau...

dulu masa kecik mmg banyak kat kampung aku sekarang dah ghaib

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
wiper silikon dan wiper kereta biasa

hilbert berkata...

kebanyakkan keluang akan muncul apabila tiba musim bunga..entah darimana datangnya

Arkib Blog