Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 09, 2011

Cukai 6%: ..apa ni Najib? Janganlah tambah lagi kesengsaraan rakyat!!!

 Sebagai pengguna kepada perkhidmatan syarikat telekomunikasi terbesar negara iaitu Celcom, saya terkejut dengan ura-ura bahawa kerajaan akan memperkenalkan cukai enam peratus ke atas kad pra-bayar yang dibeli oleh para pengguna melibatkan semua syarikat telekomunikasi seperti celcom, digi, maxis dan lain-lain lagi.

Celcom contohnya, syarikat berkenaan sudah terlalu kaya, duit bertimbun-timbun dan ada yang kelihatan jatuh dari langit bertaburan di merata-rata tempat hingga ada yang tersangkut kat celah peha pejalan kaki, jatuh melekat kat cermin depan kereta, jatuh ke atas tanah terkena pijak lagi...lihatlah iklan Celcom Exec di tv kalau tak percaya...tapi kenapa nak lagi minta pengguna membayar cukai 6%?

Langkah yang akan diambil oleh kerajaan itu jelas untuk menyiksa rakyat atau pengguna dan dalam masa yang sama juga membantu syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan yang sudah kaya itu untuk membuli para pengguna.

Liputan internet atau perkhidmatan lainnya berkaitan dengan celcom misalnya bukanlah ssesuatu yang boleh dibanggakan sangat malah saya sebagai pengguna seringkali tidak berpuashati dengan mutu yang sepatutnya terbaik tetapi malang sekali ianya tidak seperti yang di war-warkan.
Kes panggilan takberjawab. Ada kes dimana kalau kita isi kredit RM10 ataupun RM5 misalnya...kita buat panggilan ke nombor-nombor yang kita kehendaki...apabila panggilan tidak terjawab oleh kerana lama tidak disambut pemilik dan apabila suara operator yang menjawab maka secara otomatik kredit kena caj dimana semakin lama kita mendengar suara operator maka semakin banyaklah nilai kredit kita yang kena telan.

Saya tak naklah untuk mengulas terlalu panjang lebar mengenai khabar ini kerana mungkin ianya masih diperingkat cadangan ke apa, namun kita semua sangat berharap agar kerajaan jangan terlalu mengikut telunjuk syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan sekiranya masih mahu mengharapkan sokongan rakyat dalam PRU-13 nanti...pertimbangkanlah semula keputusan tersebut jika benar rakyat yang didahulukan...

2 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Nasihat dari Idris Jala ke?

hilbert berkata...

Apa2pun kita takkan terima keputusan ini bro..menyusahkan golongan bawahan

Arkib Blog