Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 16, 2011

Akta ISA: BN tumbang sebelum PRU-13 bermula

Dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) nampaknya kerajaan Barisan Nasional terus-menerus mematuhi kehendak serta tuntutan gila pihak Pakatan Haram. Terdahulu apabila kerajaan BN terpaksa tunduk dan akur dengan desakan demi desakan pihak tersebut untuk menghapuskan Peperiksaan dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah seluruh negara.

Kini Akta ISA pulak diruntuh demi memuaskan hati pihak Pakatan Pembangkang. Kerajaan BN tida sedar bahawa suara yang masih mahu agar ISA dipertahankan sebenar jauh lebih ramai dari suara yang menentangnya. Tetapi kenapa kerajaan BN harus tunduk kepada suara minoriti? Apakah suara kecil lebih berkuasa dari suara majoriti.

Kerajaan BN silap perhitungan dalam perkara ini. Kerajaan BN tidak sedar walaupun suara membantah Akta ISA seolah-olah lebih nyaring dan bingit mahu agar akta berkenaan dihapuskan tetapi bilangan mereka lebih kecil jika dibandingkan dengan suara senyap yang sentiasa menyokong akta ISA itu. Kenapakah kerajaan BN awal-awal lagi sudah menyerah kalah?

Kita lihatlah, apa lagi warisan peninggalan pemimpin yang terdahulu mampu dipertahankan oleh BN selepas ini? Yang baik sekalipun untuk generasi seterusnya kiranya BN tidak mampu untuk mempertahankannya apabila ditekan oleh pihak pembangkang pasti akan dihapuskan jua...

5 ulasan:

C L J berkata...

Kebijaksanaan membawa perubahan itu boleh muncul dalam berbagai rupa berbagai bentuk. Semuga yang baru itu tetap lebih baik dan lebih bijak dari yang sebelumnya. Inshaallah.

anak melayu berkata...

Apa insyaalah? Jangan harap la bro. Aku satu family dah tak nak mengundi, tap tak apa la kan? Dengan pemansuhan ni kan akan ramai apek2 DAP akan sokong BN? tak gitu? Jangan salah faham bro, sokong je undi nya tetap tidak.

juburjubur berkata...

NAJIB RAMAI KATA SYOK SENDIRI SAMA DGN PAK LAH.. TELINGA DIA PEKAK, MATA DIA BUTA.. HATI DIA HITAM...NKRA.. ( NAJIB KERJA ROSMAH ARAHKAN )...YG DIA TAK BERANI MANSUH HANYA "ROSMAH MANSUH"...TOL BILA NAK MANSUH...DEB BILA NAK MANSUH.. NAJIB HANYA DAPAT SOKONGAN LUAR BIASA BAB 'UNDI' APEK SEMUA KE DAP...

Afzainizam berkata...

EEEMMMM.... Rasanya dari segi keamanan kena ada gak ISA ni....

Tapi zaman dah berubahhh mungkin ada pendekatan baru yang nak dilakukan nanti...

Undi ke tak undi tu persenal lahhh... tapi nampaknya banyak kehendak pembangkang telah di penuhi

hilbert berkata...

Salam dan terima kasih atas komentar diatas,

bg saya alasan atas pemansuhan ISA macam tak logik juga sebab kalu nak meniadakan semua peninggalan penjajah British tu bukan sikit yg masih ada di Malaysia.... tapi dalam pada tu berduyun-duyun juga orang sekarang hantar anak-anak belajar ke Britain setiap tahun... apa erti semua tu

Arkib Blog